Assalamualaikum dan Selamat Sejahtera
Sojar Tegar
Andai dipisah, lagu dan irama . . . lemah tiada berjiwa, hampa.
Demikian boleh diibaratkan kepada seorang hamba Allah bernama Basri Omar. Beliau yang pada hujung kerjaya utamanya bersara sebagai Lt Kol (B) Hj Basri bin Hj Omar memang tidak boleh dipisahkan daripada warna warni ketenteraan.
Demikian boleh diibaratkan kepada seorang hamba Allah bernama Basri Omar. Beliau yang pada hujung kerjaya utamanya bersara sebagai Lt Kol (B) Hj Basri bin Hj Omar memang tidak boleh dipisahkan daripada warna warni ketenteraan.
Nostalgia Zaman Kadet
Basri memang tegar sebagai seorang soldadu. Kalau orang dulu-dulu kata 'sojar tegar'. Hidup matinya atas semangat ketenteraan. Itu tidak dinafikan. Basri sudah menempuh berbagai rintangan sepanjang menjalankan tanggung jawab sebagai anggota tentera yang berani dan setia khasnya sebagai pegawai dalam unit Rejimen Askar Jurutera Diraja Malaysia.
Ibu bapa dan sanak saudara turut gembira atas kejayaan anak masing-masing
Selesai Peristiwa 'Passing Out'
Penulis yang telah mengenali Basri sejak zaman bujangnya pada awal tahun-tahun 1970-an tidak mahu sangat memfokus kepada kewibawaanya sebagai seorang askar yang penyudahnya terbukti cemerlang dengan penganugerahan Pingat Gagah Berani (PGB) kerana jasa dan keberaniannya menentang musuh negara.
Namun . . . oleh kerana jasanya terhadap negara yang tercinta terlalu besar . . . maka tidak dapat tiada . . . jasa dan bakti itu tetap akan timbul diperbincangkan bersekali apabila kita menyentuh tentang Basri bin Omar.
Berbagai peristiwa kenangan
Orang ramai memang sudah dimaklumkan akan hal ini. Sudah terpampang di dada berbagai akhbar tentang kewibawaan Basri sebagai seorang pegawai tentera khususnya pakar bom. Basri juga sering diundang menyertai berbagai program berkaitan bidang ketenteraan di televisyen. Temu ramah dalam berbagai majalah tempatan juga menjadi bukti penghargaan terhadap bakti yang telah dicurahkan Basri kepada negara.
Sekarang penulis lebih teruja mengetengahkan Basri sebagai seorang 'preman' biasa. Penulis ingin melupakan seketika Basri yang sebahagian besar hidupnya dipengaruhi amalan ketenteraan yang tebal. Penulis ingin menampakkan Basri sebagai orang yang punya perasaan seni dan berjiwa sentimental.
Kenapa? Mudah jawapannya. Walau pun beliau akan sentiasa berjiwa askar . . . Basri tidak semestinya tidak boleh memiliki perasaan halus. Basri tidak semestinya tidak boleh menyimpan perasaan yang sentimental. Pendeknya . . . bukankah Basri masih seorang insan biasa?
Maka melalui penulisan berikutnya (dalam blog ini), penulis akan cuba menyingkap sifat-sifat 'kemanusiaan' dan ciri-ciri 'keihsanan' dalam diri Basri bin Omar. Realitinya . . . Basri seorang anak 'bendang' yang bercita-cita tinggi dan telah berusaha sedaya upaya untuk berjaya.
Buat permulaan biarlah penulis terakan sedikit pandangan peribadi. Basri sudah penulis sekeluarga anggap sebagai rakan, taulan, kawan, sahabat, saudara dan adik-beradik. {All-in-One . . . bak kata jiran omputih aku tu!}
Paling penting . . . beliau adalah seorang ahli keluarga yang sangat mesra dan dikasihi.
Sebelum menyambung lagi penulisan tentang Basri bin Omar (dalam episod lain kelak) . . . penulis berhajat memaparkan sebuah puisi yang pernah penulis abadikan untuknya dahulu . . . buat tatapan sesiapa yang sudi.
Berasaskan 'pemerhatian' ini sekurang-kurangnya akan terbentuk suatu pandangan 'munasabah' terhadap insan yang difokuskan:
Suatu Pengamatan
Lalu . . . dia pun menoleh sebentar
terbayang era persekolahan dan zaman dia membesar:
Keperibadiannya digilap selaras budaya STAR
orang tuanya berdoa saban malam dan siang
lantaran inginkan anak mereka cemerlang . . .
Berkat doa itu dan dengan kegigihannya sendiri
anak kelahiran bumi jelapang padi ini
sentiasa bijak melaksanakan amanah yang diberi
rata dunia dijelajahi meraih pengalaman sebagai perwira
iltizamnya menjulang tinggi, semangatnya marak menyala . . .
Organisasi dirinya yang mantap dan baktinya yang luhur
menyebabkan diiktiraf keberaniannya yang tersohor
anugerah PGB daripada pemerintah menjadi bukti
rahmat daripada Allah pula sentiasa mengiringi!
AMB 22.05.2005
terbayang era persekolahan dan zaman dia membesar:
Keperibadiannya digilap selaras budaya STAR
orang tuanya berdoa saban malam dan siang
lantaran inginkan anak mereka cemerlang . . .
Berkat doa itu dan dengan kegigihannya sendiri
anak kelahiran bumi jelapang padi ini
sentiasa bijak melaksanakan amanah yang diberi
rata dunia dijelajahi meraih pengalaman sebagai perwira
iltizamnya menjulang tinggi, semangatnya marak menyala . . .
Organisasi dirinya yang mantap dan baktinya yang luhur
menyebabkan diiktiraf keberaniannya yang tersohor
anugerah PGB daripada pemerintah menjadi bukti
rahmat daripada Allah pula sentiasa mengiringi!
AMB 22.05.2005
Kita take-a-break di sini. Insya-Allah penulisan tentang Basri Omar kita sambung . . . dalam episod . . . tidak berapa lama lagi . . . {Coming Soon . . . kata jiran omputih teman}. Tunggu . . .
dsuarang.blogspot.com
Salam Uda & klrga!
ReplyDeleteSyukur Alhamdulillah!atas kepedulian dan pemerhatian terhadap saya yang kerdil ini....doa dan harap ianya akan jadi teladan dan contoh serta pembakar SEMANGAT pada anak2 dan sdr2 saya serta jenerasi akan datang....apa lah sangat saya ini cuma seorang insan yang ingin berjasa demi mencari KEREDHAAN Allah SWT...moga2 segalanya di BERKATI AMIN!......JAZAKALLAHU KHAIRAN KATHIRA!
Saya dlm sedang Musafir di Utara kini...di Kubang Jelai,Tokai,Pendang ,Kedah.
Salam Adinda Basri,
ReplyDeleteAlahai . . . suatu sumbangan kecil saja daripada Uda . . . sebagai tanda penghargaan peribadi terhadap seorang 'sojar tegar'.
Semoga adinda menjadi ikutan baik ahli-ahli keluarga dan sanak saudara serta sahabat handai.
Mudah-mudahan Allah terus-terusan mencurahkan rahmat-Nya ke atas diri adinda dan seisi keluarga. Amin.
Macam dirancang-rancangkan pula. . . penulisan artikel ini dipos pada ketika adinda bermusafir ke daerah-daerah yang banyak menyimpan kenangan 'hidup' kepada adinda.
Apapun selamat bermusafir dan jumpa lagi insya-Allah.
Assalamualaikum Abg Uda, selamat menyambut kemenangan Ramadhan, maaf zahir batin. Tahniah Abg Uda atas penerbitan kisah Kol Basri.
ReplyDelete