Tuesday, December 20, 2011

Ziarah Di Musim Haji





Assalamualaikum dan Selamat Sejahtera


Selingan Melegakan



Setelah tiba di Makkah dari Jeddah pada pagi Isnin 24 Oktober 2011 bersamaan 26 Zulkaedah 1432H, jemaah haji KT 70 menjalani beberapa program yang diatur pihak pengurusan dan pengendalian haji.

MENUNGGU BAS DI HADAPAN PINTU UTAMA HOTEL ROYAL EIMAN, MAKKAH



Foto kiri: dari kiri - Hj Hakim; Hjh Saripah; Hjh Alimah; Datin Hjh Zabedah; Dato' Hj Muhammad Hatta. Foto kanan: dari kiri - Hj Hakim; Hjh Saripah; penulis; Hjh Alimah; Datin Hjh Zabedah


Foto kiri: dari kiri - Penulis; Hjh Alimah; Hjh (bonda Hj Hedzir); Hj Hedzir Foto kanan: dari kiri - Penulis; Hjh Alimah; Hjh Shima; Hj Zahari


Jemaah KT 70 Pakej Nilam 4 sabar menunggu ketibaan bas untuk lakukan ziarah


"Ha . . . apa lagi . . . jom kita . . ."
begitu mungkin dikatakan Dato' Hj Muhammad Hatta
apabila bas tiba untuk mengangkut para jemaah


Pihak pengurusan THTS yang menyelaraskan hal-ehwal kerja haji para jemaah haji pakej Nilam 4 ada menyediakan program ziarah ke Padang Arafah, Jabal Rahmah, Jamrah di Mina, Masjid Jaaranah (Miqat Umrah) serta ke Bukit/Gua Hira' sebelum hari sebenar pelaksanaan rukun dan wajib haji oleh jemaah haji.



Salam, Hjh Alimah. . . . tak singgah ke?



Melihat dari dalam bas sahaja. Conserve energy untuk yang rukun dan wajib nanti . . .


Maka, pada 26 Oktober 2011 yakni hari ke-4 setelah tiba di Makkah kami pun dibawa berziarah. Tujuannya agar jemaah haji dapat mengalami terlebih awal serba sedikit akan rasa dan suasana di tempat-tempat penting lagi bersejarah itu dan membiasakan diri dengan keadaan di Arafah, Muzdalifah dan Mina kelak.


DI JABAL RAHMAH


Pemandangan dari kaki Jabal Rahmah

Kiri: Hj Hedzir dan kanan : penulis. Pose di lapangan/tapak perkhemahan Padang Arafah



Foto kiri: dari kiri - Datin Hjh Zabedah; Dato' Hj Muhammad Hatta; Hj Muhammad; Hjh Rahmah Foto kanan: dari kiri - Dato' Hj Muhammad Hatta; penulis; Hj Hedzir; Hj Muhammad; Hjh Rahmah


Kiri: Penulis; Hj Hedzir. Kanan: dari kiri - Dato' Hj Muhammad Hatta; Hj Hedzir; Hj Muhammad; Hjh Rahmah


Kali ini (foto kiri) penulis. Foto kanan: Dato' Muhammad Hatta; penulis


Lagi pose Hj Hedzir (kiri) dan penulis (kanan)


Penulis (kiri) dan Hj Hedzir (kanan), bergambar dekat dengan Hospital Kecemasan Jabal Rahmah


DI MASJID JAARANAH

Masjid ini Miqat Umrah



Kiri: Penulis berlatarbelakangkan Masjid Jaaranah. Kanan: Papan tanda mengingatkan pengunjung tentang arah kiblat untuk bersolat



DI BUKIT /GUA HIRA'



[Teman cuma terbayangkan betapa kuatnya azam dan tenaga Nabi Muhammad SAW yang sering kali . . . malah setiap kali melakukan perjalanan hebat pergi balik dan turun naik bukit untuk ke gua Hira' . . . masya-Allah]


Penulis: "Kita ambil gambar kenang-kenangan di sini sajalah . . . Nak daki sampai puncak bukit sana tu . . entahlah. "Tapi kalau Hj Hedzir nak try bolehlah," sambung penulis.



Alhamdulillah segala program dapat diisikan dengan lancar. Sebilangan besar jemaah haji jelas gembira dengan pengalaman baru mereka masing-masing.

Terima kasih THTS.


dsuarang.blogspot.com

3 comments:

  1. Salam Uda!

    Tk paparan dan gambar2 yang amat terkesan....Jabal Nur/Gua Hira!berderai air mata mengenangkan sejarah Rasullullah berkhalwat di situ hingga Wahyu Pertama datang pada Baginda. SUBHANALLAH...! Amat teringin nak mendaki tapi blm kesampaian,Insyaallah akan cuba jika di izinkan nnt.AMIN! Drpd.Basri

    ReplyDelete
  2. Salam Uda!

    Tk kerana berkongsi sms tu.....amat tersentuh dgn ungkapan tu....Buat yang biasa2, Allah akan buat yang LUAR BIASA!
    Syukur Alhamdulillah banyak gambar2 yang mengusik jiwa....terkenang Umrah yang lalu 2005...tapi tak banyak gambar dirakam waktu itu...tinggal hanya kenangan...selalu berdoa agar Allah memperkenankan utk berkunjung lagi ke Masjidil Haram dan Masjid Nabawi,Insyaallah!---Basri

    ReplyDelete
  3. dsuarang.blogspot.comDecember 31, 2011 at 11:29 PM

    Salam Basri,

    Kita merancang Allah SWT menentukan. Insya-Allah niat yang murni itu akan kesampaian jua sekiranya memang sudah dijanjikan menjadi hak kita.

    ReplyDelete