Assalamualaikum dan Selamat Sejahtera
That Long?
"You mean to say . . . you've never met this guy . . . this friend of yours . . . all this while . . . for about fifty years now . . . until this day?"
That was the question my omputih neighbour posed. Well, I have to divulge the 'naked' truth to him! That was exactly what had happened.
We've not met for almost half a century. Although most of us have stayed in basically familiar or similar areas and surroundings of KL/Selangor . . . we were not destined to meet Zakaria Tawi again after leaving MBH KL (Malay Boys Hostel, Kuala Lumpur) sometime in 1962/63 . . . until today . . . Saturday 19 March 2011.
Alahai . . . terbawa-bawa pula aku bercakap omputih macam jiran omputih aku ni.Tak apa ye . . .
Namun, sesungguhnya aku dan kawan-kawan lain seasrama ketika zaman persekolahan 1950/1960-an dulu (Harun, Ghazali & Jamil) baru pada hari ini (hari kenduri perkahwinan anak lelaki Zakaria Tawi) dapat bertemu semula dengan Zakaria. Kami juga dapat bertemu Ali (adik Zakaria) yang pernah menghuni MBH KL buat seketika waktu dulu.
Aku bersyukur kepada Allah SWT kerana mempertemukan kami lagi. Aku juga berterima kasih kepada Ghazali yang rajin berhubungan dengan Ali hingga Zakaria dapat 'dikesan' semula.
Kepada pasangan pengantin baru Uja & Nain . . . Pakcik-pakcik semua ucapkan selamat berbahagia sepanjang masa. Semoga segala-galanya berjalan baik bagi kedua-dua anakanda dalam menempuh hidup baru. Amin.
Antara foto-foto kenangan di majlis kenduri perkahwinan Zulkarnain & Huzaifah di Kelana Jaya:
Foto kiri: Dari kiri - Jamil, Zakaria, Penulis & Ghazali. Foto kanan: Dari kiri - Harun, Penulis, Jamil & Ghazali.
OK gak macam ni ye . . . kita duduk-duduk makan. Lepas tu tak payah basuh pinggan . . . Ha ah le . . .
Geng lama MBH KL bila berjumpa . . . memang dah trained . . . salam mesti lama-lama.
Pakcik sesat jalan sikit je tadi . . . tapi dekat sejam setengah baru dapat jalan kona kiri ni . . . duit tol meningkat ke sekarang Yana? Tadi jumlah Pakcik kena RM !# 13!# . . . macam travel balik kampung lak . . .
Bantai le bergambar beb . . . bila lagi. Peminat Dev Anand tu lambai siapa? Helen Faiz ada sebelah tu!
Aku bukan apa Zek . . . Si Ramli Rabi . . . budak yang selalu kau pinjamkan basikal kat hostel dengan bayaran 20 sen dulu . . . kau tak jemput ke?
Ghazali juga enter frame . . . Maklum baru jumpa balik kawan seasrama dulu . . .
Benang pula dibuat kain;
Sudah lepas zaman membujang,
Sekarang tiba peringkat berkahwin.
Masih terus kereta lembu,
Sekarang sudah ada LRT;