Sunday, March 20, 2011

After Fifty Years




Assalamualaikum dan Selamat Sejahtera



That Long?


"You mean to say . . . you've never met this guy . . . this friend of yours . . . all this while . . . for about fifty years now . . . until this day?"

That was the question my omputih neighbour posed. Well, I have to divulge the 'naked' truth to him! That was exactly what had happened.

We've not met for almost half a century. Although most of us have stayed in basically familiar or similar areas and surroundings of KL/Selangor . . . we were not destined to meet Zakaria Tawi again after leaving MBH KL (Malay Boys Hostel, Kuala Lumpur) sometime in 1962/63 . . . until today . . . Saturday 19 March 2011.

Alahai . . . terbawa-bawa pula aku bercakap omputih macam jiran omputih aku ni.Tak apa ye . . .


Namun, sesungguhnya aku dan kawan-kawan lain seasrama ketika zaman persekolahan 1950/1960-an dulu (Harun, Ghazali & Jamil) baru pada hari ini (hari kenduri perkahwinan anak lelaki Zakaria Tawi) dapat bertemu semula dengan Zakaria. Kami juga dapat bertemu Ali (adik Zakaria) yang pernah menghuni MBH KL buat seketika waktu dulu.
 






Aku bersyukur kepada Allah SWT kerana mempertemukan kami lagi. Aku juga berterima kasih kepada Ghazali yang rajin berhubungan dengan Ali hingga Zakaria dapat 'dikesan' semula.



Tuan Zakaria Tawi
(Bapa pengantin Lelaki)


Kepada pasangan pengantin baru Uja & Nain . . . Pakcik-pakcik semua ucapkan selamat berbahagia sepanjang masa. Semoga segala-galanya berjalan baik bagi kedua-dua anakanda dalam menempuh hidup baru. Amin.



Pengantin Baru
Nain & Uja

Zulkarnain Zakaria & Huzaifah Abdullah


Antara foto-foto kenangan di majlis kenduri perkahwinan Zulkarnain & Huzaifah di Kelana Jaya:






Penulis, Harun & Ghazali tunjuk kepakaran membasuh tangan . . . ala di hostel dulu . . .

Biarkan diaorang tu sibuk dengan member lama . . . dapat kita gosip-gosip kat sini . . .






Foto kiri: Dari kiri - Jamil, Zakaria, Penulis & Ghazali. Foto kanan: Dari kiri - Harun, Penulis, Jamil & Ghazali.


Pertandingan minum teh tarik. Sebelah tu kawan yang dah setengah abad tak jumpa . . .


Kita 'masuk gambar' kali ni . . . dah selalu sangat takde dalam gambar weh . . . mana tahan!

OK gak macam ni ye . . . kita duduk-duduk makan. Lepas tu tak payah basuh pinggan . . . Ha ah le . . .



Geng lama MBH KL bila berjumpa . . . memang dah trained . . . salam mesti lama-lama.


Pakcik sesat jalan sikit je tadi . . . tapi dekat sejam setengah baru dapat jalan kona kiri ni . . . duit tol meningkat ke sekarang Yana? Tadi jumlah Pakcik kena RM !# 13!# . . . macam travel balik kampung lak . . .

Bantai le bergambar beb . . . bila lagi. Peminat Dev Anand tu lambai siapa? Helen Faiz ada sebelah tu!


Aku bukan apa Zek . . . Si Ramli Rabi . . . budak yang selalu kau pinjamkan basikal kat hostel dengan bayaran 20 sen dulu . . . kau tak jemput ke?


Penulis bersalaman dengan Ali Tawi. Harun & Jamil turut gembira dapat bertemu kawan lama



Ghazali juga enter frame . . . Maklum baru jumpa balik kawan seasrama dulu . . .

Biar aku serahkan balik dak kecik ni kepada yang empunya . . . Nanti kita boleh sambung borak lagi.

Baris . . . baris weh. Jurufoto dah lama tunggu tu. Kesian dia . . . belum makan lagi.


Tahniah. Semoga selamat. Jumpa-jumpa lain kali . . . tegur-tegur le pakcik-pakcik ni ha . . .


Asal kapas menjadi benang,
Benang pula dibuat kain;
Sudah lepas zaman membujang,
Sekarang tiba peringkat berkahwin.




Masih terus kereta lembu,
Sekarang sudah ada LRT;
Kasih telus ayah dan ibu,Sayang terindah bersuami isteri.



Time to say goodbye for now. All the best to
both of you newly weds. May Allah bless you.


Semoga ikatan silaturahim yang terjalin semula pada hari ini kekal berpanjangan sehingga akhir waktu. Salam.








dsuarang.blogspot.com