Assalamualaikum dan Selamat Sejahtera
Rentetan Larangan Terhadap Nasi Lemak sebagai hidangan harian
Dah pulak . . . nasi lemak tak boleh kerap dimakan . . . takut jadi obes (gemuk gedempoi le kata kome!)
Pihak sekolah atau lebih tepat pengusaha kantin sekolah 'tidak dibenarkan' menghidangkan nasi lemak setiap hari untuk murid atau para pelajar. Konon nak elak punca terjadi obesiti beb!
Pihak sekolah atau lebih tepat pengusaha kantin sekolah 'tidak dibenarkan' menghidangkan nasi lemak setiap hari untuk murid atau para pelajar. Konon nak elak punca terjadi obesiti beb!
Pak Menteri Kesihatan dah cakap hari tu . . . (baru aje hari Minggu lepeh teman dengo). Makanan ringan dan makanan segera yang tidak berkhasiat juga dilarang. Turut dilarang minuman berkarbonat.
Elok bebeno le tu . . . Pak Menteri ooi. Patut "Dah lama dah!"
Tapi . . . roti canai dan mee goreng mamak boleh ke tiap-tiap hari? Kue teow dan yong tau foo tak salah ke dimakan hari demi hari . . . berterusan? . . . OK ha!
Tapi . . . roti canai dan mee goreng mamak boleh ke tiap-tiap hari? Kue teow dan yong tau foo tak salah ke dimakan hari demi hari . . . berterusan? . . . OK ha!
Dah risik teliti dan selidik rapi ke . . . Pak Menteri atau dema-dema lain yang pakar tu?
Anehnya . . . paling nampak macam OK selalu ialah makanan segera daripada 'kompani-kompani' seperti yang ada tanda W (terbalik) tu . . . dan Aku & M (terbalik) lak!
Lagi satu sajian yang agak lebih 'sesuai' bagi ramai orang dan banyak golongan . . . (biasanya terdiri daripada mereka yang malas memasak) . . . tentulah apa yang dihidangkan untuk para peminat makanan 'segera' itu oleh Kelab Foodstall Ceria saban hari (kepada murid-murid sekolah yang sama, ibu bapa yang sama serta para penjaga mereka yang sama) . . . khasnya apabila berada di luar waktu persekolahan. Tak terdengar pula komen negatif!
Mee W (terbalik) dah memang jadi bahan yang dibaham ramai orang hampir setiap hari! Tak de lak khuatir nanti badan tak sihat atau jadi 'gede' atau 'gedemps'.
Jika sebaliknya . . . jadi kuruih kerin . . . tak ngape kot. Zaman sekarang ni ha . . . . wajah yang pucat lesi tu jadi buruan dan idaman banyak pihak. Trendy beb!
Jika sebaliknya . . . jadi kuruih kerin . . . tak ngape kot. Zaman sekarang ni ha . . . . wajah yang pucat lesi tu jadi buruan dan idaman banyak pihak. Trendy beb!
Camno lak dengan teh tarik . . . yang 24 jam diminun dek para penggomar . . . biaso dan fanatik. Tak bimbang ko kono penyakik-penyakik lain yang macam-macam jonihyo . . . jiko dikaji daghi sogi saintipik tu ha . . . tak gitu ko?
Kencing manis . . . sakit pinggang . . . sakit tekak . . . sakit bengkak-bengkak? Ce cita, ce cita . . . cita le sikit . . . agar (kononnya?) tidak dihinggapi penyakit!
Alahai teman cuma nak kata . . . jangan sibuk nak cungkil hal remeh temeh untuk diberi focus. Carilah jalan penyelesaian masalah sedemikian secara berkekalan melalui pemantauan dan pelaksanaan yang benar-benar berkesan. Jangan hangat-hangat tahi ayam!
Jiran omputih teman tak mahu ketinggalan . . . tak mahu kalah. Mesti nak enter frame. Nak tumpang komen sekaki le . . . Maka berkatalah si jiran omputih teman tu:
"Why are we sort of discussing fowl's droppings, waste and what not? People in my community back there will just say . . . Don't allow oneself be transformed into a . . . Penny wise Pound foolish . . . character!"
Lantok le omputih ooi. Awok ada le pendirian dan peribahasa komuniti awok sendiri. Usah mika nak pande-pande ngajo!
Aku cuma nak kata berhati-hatilah apabila mengeluarkan sesuatu arahan atau larangan. Janganlah hantam keromo saja . . . sampai menyulitkan keadaan.
Latihlah diri sendiri dan kemudian ahli keluarga untuk memilih cara hidup yang sihat. Tak payahlah penjualan nasi lemak pula yang hendak disekat-sekat.
Kesian le kat akak-akak (termasuk ibu tunggal) dan makcik-makcik (termasuk balu) penjual nasi lemak tu . . . susahnya nak cari rezeki yang berkat!

Teman tiba-tiba aje teringat serangkap pantun waktu teman kecik-kecik dulu. Pantun itu sering didendangkan opah teman apabila dia membuat dan menghidangkan nasi lemak untuk kami makan sekeluarga . . .
Nasi lemak gulai daging,
Lalu si dara di hujung kampung;
Bagi emak barang sepiring,
Nak jamu saudara datang berkunjung.
Teman yang secara nake dulu-dulu . . . kata kome . . . gate (kata opah teman tu) . . . merobah pantun itu jadi . . .
Nasi Lemak gulai daging,
Punggung mamak digigit anjing;
Nasi lemak buah bidara,
Tak payah bagi pada saudara!
Dan teman udah bertahun-tahun melantok nasi lemak . . . heh . . . kata kome . . . Tak OBES pun(g)!
Maafkan bahasa 'kampung-kampungan' yang teman gunakan ni . . . nak sesuekan dengan isu . . . remeh/santai? sebegini . . . yang dibangkitkan . . . Baru ngam!
Renung-renungkan . . .
dsuarang.blogspot.com