Tuesday, April 19, 2011

Nasi Lemak Gulai Daging


Assalamualaikum dan Selamat Sejahtera


Rentetan Larangan Terhadap Nasi Lemak sebagai hidangan  harian


Dah pulak . . . nasi lemak tak boleh kerap dimakan  . . . takut jadi obes (gemuk gedempoi le kata kome!) 

Pihak sekolah atau lebih tepat pengusaha kantin sekolah 'tidak dibenarkan' menghidangkan nasi lemak setiap hari untuk murid atau para pelajar. Konon nak elak punca terjadi obesiti beb!

Pak Menteri Kesihatan dah cakap hari tu . . . (baru aje hari Minggu lepeh teman dengo). Makanan ringan dan makanan segera yang tidak berkhasiat juga dilarang. Turut dilarang minuman berkarbonat.

Elok bebeno le tu . . . Pak Menteri ooi. Patut "Dah lama dah!" 

Tapi . . . roti canai dan mee goreng mamak boleh ke tiap-tiap hari? Kue teow dan yong tau foo  tak salah ke  dimakan hari demi hari . . . berterusan?  . . .  OK ha! 

Dah risik teliti dan selidik rapi ke . . . Pak Menteri atau dema-dema lain yang pakar tu?

Anehnya . . . paling nampak macam OK selalu ialah makanan segera daripada 'kompani-kompani' seperti yang ada tanda W (terbalik) tu . . . dan Aku & M (terbalik) lak! 

Lagi satu sajian yang agak lebih 'sesuai' bagi ramai orang dan banyak golongan . . .  (biasanya terdiri daripada  mereka yang malas memasak) . . .  tentulah apa yang dihidangkan untuk para peminat makanan 'segera' itu oleh Kelab Foodstall Ceria saban hari (kepada murid-murid sekolah yang sama, ibu bapa yang sama serta para penjaga mereka yang sama) . . . khasnya apabila berada di luar  waktu persekolahan. Tak terdengar pula komen negatif!

Mee W (terbalik) dah memang jadi bahan yang dibaham ramai orang hampir setiap hari! Tak de lak khuatir nanti badan tak sihat atau jadi 'gede' atau 'gedemps'. 

Jika sebaliknya . . . jadi kuruih kerin . . .  tak ngape kot. Zaman sekarang ni ha . . . . wajah yang pucat lesi tu jadi buruan dan idaman banyak pihak. Trendy beb!

Camno lak dengan teh tarik . . . yang 24 jam diminun  dek para penggomar . . . biaso dan fanatik. Tak bimbang ko kono penyakik-penyakik lain yang macam-macam jonihyo . . . jiko dikaji daghi sogi saintipik tu ha . . . tak gitu ko?

Kencing manis . . . sakit pinggang . . . sakit tekak . . . sakit bengkak-bengkak? Ce cita, ce cita . . . cita le sikit . . . agar (kononnya?) tidak dihinggapi penyakit!

Alahai teman cuma nak kata . . . jangan sibuk nak cungkil hal remeh temeh untuk diberi focus. Carilah jalan penyelesaian masalah sedemikian secara berkekalan melalui pemantauan dan pelaksanaan yang benar-benar berkesan. Jangan hangat-hangat tahi ayam! 

Jiran omputih teman tak mahu ketinggalan . . . tak mahu kalah. Mesti nak enter frame. Nak tumpang komen sekaki le . . . Maka berkatalah si jiran omputih teman tu:

"Why are we sort of discussing fowl's droppings, waste and what not? People in my community back there will just say . . . Don't allow oneself be transformed into a . . . Penny wise Pound foolish . . . character!"

Lantok le omputih ooi. Awok ada le pendirian dan peribahasa komuniti awok sendiri. Usah mika nak pande-pande ngajo!

Aku cuma nak kata berhati-hatilah apabila mengeluarkan sesuatu arahan atau larangan. Janganlah hantam keromo saja . . . sampai menyulitkan keadaan. 

Latihlah diri sendiri dan kemudian ahli keluarga untuk memilih cara hidup yang sihat. Tak payahlah penjualan nasi lemak pula yang hendak disekat-sekat. 

Kesian le kat akak-akak (termasuk ibu tunggal) dan makcik-makcik (termasuk balu) penjual nasi lemak tu . . . susahnya nak cari rezeki yang berkat!  

Teman tiba-tiba aje teringat serangkap pantun waktu teman kecik-kecik dulu. Pantun itu sering didendangkan opah teman apabila dia membuat dan menghidangkan nasi lemak untuk kami makan sekeluarga . . .


Nasi lemak gulai daging,
Lalu si dara di hujung kampung;
Bagi emak barang sepiring,
Nak jamu saudara datang berkunjung.


Teman yang secara nake dulu-dulu . . . kata kome . . . gate  (kata opah teman tu) . . . merobah pantun itu jadi  . . .


Nasi Lemak gulai daging,
Punggung  mamak digigit anjing;
Nasi lemak buah bidara,
Tak payah bagi pada saudara!


Dan teman udah bertahun-tahun melantok nasi lemak . . . heh . . . kata kome . . . Tak OBES pun(g)!

Maafkan bahasa 'kampung-kampungan' yang teman gunakan ni . . . nak sesuekan  dengan isu . . . remeh/santai? sebegini . . . yang dibangkitkan . . . Baru ngam! 

Renung-renungkan  . . .


dsuarang.blogspot.com

4 comments:

  1. Sakit kaki ditikam jemuju,
    Jemuju ada di dalam paya,
    Sakit hati memandang susu,
    Susu ada dalam kebaya.

    Pergh!!! Lemak, Da. Tak obes ke? Yang expired tak buat kita obes, kan Da. Keracunan adalah.... Huk huk.

    ReplyDelete
  2. Salam Zul,

    Banyak lagi hal 'besar' lain yang belum atau tak pernah diselesaikan dengan sesempurna mungkin oleh pihak berwajib persekolahan.

    Contoh: Hal samseng sekolah, hal guru kurang profesional atau guru/ murid tak berapa 'siuman', hal buli, hal guru/murid biadap, hal lepas laku/seks bebas di kalangan pelajar . . . dsb. yang perlu ditangani dengan lebih TELITI dan BIJAKSANA.

    Tup tup timbul hal obes & obesiti yang dikaitkan pula dengan hal pemakanan di sekolah.

    Hal makanan ringan dsb ini sudah sekian lama diperkatakan. Tetapi, malangnya tak pernah berkesudahan!

    Tiba-tiba nasi lemak pula jadi sasaran . . . Kalau takut santan banyak dalam nasi lemak . . . kurangkan . . . habis cerita!

    Pembuat nasi lemak yang bijak lagi . . . dan tidak kedekut . . . atau takut rugi . . . boleh saja menggunakan susu cair tanpa lemak atau kolestrol sebagai ganti santan!

    Jangan pula guna susu dah EXPIRED! Cirit birit kome!

    Apapun . . . bukalah minda tu sikit . . . cari alternatif yang sesuai. Jangan asyik pakai minda kome yang one-tracked itu saja!

    Dah lama beno pake otak begitu . . . sampe dah luntor atau hakih gamaknya!

    Cuaca kelam sahaja,
    Uda gantung baju;
    Ada dalam kebaya,
    Dua kantung susu.

    Santan lemak manih,
    Susu kelapa muda;
    Jangan kome nangih,
    Nak nyusu . . . ngada-ngada!

    ReplyDelete
  3. Banyak orang melihat masaalah penyediaan makanan di kantin sekolah dari sebelah pihak sahaja. Jarang sekali orang melihat masaalah yang dihadapi oleh pengusaha kantin.

    Masaalah utama pengusaha kantin ialah harga makanan kepada murid-murid terlalu murah. Bagaimana hendak menyediakan makanan yang berkhasiat kalau harganya terlalu murah? Dah la tu, ramai cikgu-cikgu nak makan free saja di kantin. Kalau ada majlis-majlis suruh Pak Cik Kantin sponsor.

    Saya ingin cadangkan semua sekolah ikut sistem makan di Sekolah Berasrama Penuh.Murid tak payah bawa wang. Pak Cik Kantin tiap bulan hantar Claim pada Kementerian.

    Pak Menteri cuba-cubalah tengok sistem di Jepun. Saya diberitahu kantin depa bukan macam kantin kita.

    ReplyDelete
  4. Salam Sdr ABI,

    Terima kasih beri komen bernas.

    Ha ah . . . Pak Menteri(x2)dan pihak-pihak berwajib persekolahan kenalah tengok-tengok hal ini dari segala sudut!

    Jangan pakai boleh saja. Teringat nak buat perubahan/pembaharuan (kononnya)hari ni . . . dah kelam kabut nak selesaikan semuanya 'semalam'!

    Berhati-hatilah dalam membuat keputusan . . . supaya segala sesuatu yang cuba dilaksanakan itu teratur dan berkesan (praktikal) sepanjang zaman.

    Dan . . . ha ah Pak Menteri (x2) dan pihak-pihak berwajib persekolahan . . . ce timbang-timbangkan cadangan yang dikemukakan Sdr ABI ni!

    Untung-untung ia merupakan salah satu jalan keluar daripada masalah begini . . .

    ReplyDelete