Thursday, April 28, 2011

RTM (Rangkaian Tahyul Malaysia?)



Assalamualaikum dan Selamat Sejahtera



Nak Jemput Hantu Setan Ke Rumah?



Seingat aku . . . dulu pada tahun-tahun 1990-an . . . pihak Radio dan Televisyen Malaysia (RTM) . . . amat teliti dan hati-hati . . . hingga pernah dicap 'cerewet' . . . dalam meluluskan sesuatu rancangan atau persembahan untuk tayangan kepada umum.


RTM yang menjadi nadi kepada penyiaran negara dan merupakan mata dan telinga kepada Kementerian Penerangan dan Penyiaran Malaysia dahulunya mengenakan banyak syarat dan peraturan kepada badan penyiaran lain di negara ini seperti TV 3 dan Astro sebelum sesuatu rancangan atau persembahan itu boleh 'dilepaskan' bersiaran di udara.


Rancangan berbentuk atau berbaur tahyul atau berunsur khurafat yang boleh memesongkan akidah tidak pernah mendapat tempat di kaca TV kita ketika itu. Persembahan yang melanggar tatasusila dan bercanggah dengan pegangan budaya murni orang kita tidak pernah dibenarkan.


Aku masih ingat . . . pada 1 November 1992, Datuk Mohamed Rahmat (Menteri Penerangan Malaysia ketika itu) memotong rambut beberapa artis tempatan yang berambut panjang sebelum mereka dibenarkan membuat persembahan di kaca TV.


Artis-artis yang dipotong rambut mereka itu amat terkenal dalam bidang muzik dan nyanyian tanah air. Mereka menjadi kegilaan remaja dan peminat hardcore di seluruh negara. Artis-artis itu termasuklah nama-nama gah seperti Amy Search dan Awie Wings.


Peristiwa unik ini disiarkan secara live dari Auditorium Besar Angkasapuri KL melalui saluran RTM 1.


Tok Mat (gelaran popular Pak Menteri yang berani itu) tidak peduli. Beliau tidak takut menjadi tidak popular. Beliau lebih takut jika nilai murni dan budaya bangsanya terjejas . . . Tok Mat khuatir ini kelak membawa kepada keruntuhan budaya bangsa.


Dan seterusnya . . . Tok Mat membanteras habis-habisan bahan tahyul dan syirik yang menurutnya dibimbangi boleh memesongkan akidah orang ramai.

Begitulah senarionya pada ketika itu.

Sekarang dah lain. Terlalu banyak bahan tahyul dan syirik dibiarkan terpapar di skrin TV Malaysia. Setiap kali . . . suka atau tidak . . . kita akan disogokkan bahan berkenaan. Ramai yang dah jadi penonton pasif. Macam juga perokok pasif. Terkena jangkitan tak sihat akibat kerakusan pihak lain. Dah berleluasa jadinya. Dah ada begitu ramai pula penonton TV yang dah jadi addict . . . macam penagih le tu! Sampai peringkat pasrah dan lumrah!


Kini . . . dengan kemudahan medium TV dan melalui kelonggaran dan kompromi penyusunan dan perancangan rancangan/siaran yang tidak terkawal lagi . . . dah jadi semacam trend manusia menjemput hantu dan setan bertandang ke rumah masing-masing.


Hantu dan setan dah layak bertandang ke ruang tamu! Baring-baring di bilik tidur! Makan-makan di ruang makan atau di dapur! Lepak-lepak di segenap penjuru rumah dan kalau ada TV di bilik air atau tandas . . . tumpang bermenung di sana juga!


Untungnya makhluk-makhluk halus tu sekarang! Macam manusia dah meredakan mereka join kelompok keluarga manusia dan tinggal bersama di rumah manusia!


"Mengapa sampai begini jadinya?", tanya JS sahabat karib aku baru-baru ini.


"Pihak TV Malaysia sekarang dah macam hilang etika bersiaran!", tambah JS lagi.


"Rambut panjang boleh. Dedah sana dedah sini boleh. Cium-cium dah boleh. Lucah itu lucah ini pun boleh! Dah tak ada sapa ke ambil peduli lagi . . . Tak macam zaman orang tua tu dulu!", rungut JS.


JS akhirnya sempat melepaskan kemarahan yang sejak lama terpendam di kalbunya. Dia berkata,"Contoh-contoh perbuatan atau perlakuan syirik dalam komuniti kita dah terlalu banyak dihighlight oleh pihak-pihak TV di Malaysia. Dah macam tak terkawal-kawal lagi trend ini. Dah macam nak promosikan sangat 'kehebatan' bahan tahyul dan syirik tu".


"Paling teruk . . . cucu-cucu aku dah sampai takut duduk dalam rumah . . . nak masuk bilik pun takut . . ." JS menambah dengan geramnya.


Mana tak nya segala hantu dan setan dah bebas keluar masuk rumah . . . dah duduk pun dalam rumah manusia sekarang!


Aku pun tak tahu mengapa sampai jadi begitu JS. Aku cuma boleh membuat andaian. Aku terfikir . . . bila JS membangkitkan soal itu . . . mungkin . . . mungkin saja kerana sekarang dah tak ada lagi orang macam TOK MAT . . . maka muncullah banyak orang yang bersikap ASAL SELAMAT.


Apa saja boleh. Lantaklah . . . asal posisi dan interest aku terjamin . . . sudah!


Andaian aku yang ini lagi menyakitkan . . . mungkin. Dah tak ada TOK MAT masih ada RTM. Tapi RTM sekarang apa ha? Radio Televisyen Malaysia atau . . . dah jadi Rangkaian Tahyul Malaysia? . . . dan agensi penyiaran besar yang dua lagi tu . . . TV3 dan Astro apa pula ha? Masing-masing dah jadi . . . Tahyul Vision 3(D) dan Asyik Sogok Tahyul Rasuk Orang kah? . . . kah, kah, kah . . .


Dan . . . kalau dulu nama Kementerian Penerangan Malaysia hebat . . . sekarang dah tukar kepada Kementerian Penerangan, Komunikasi dan Kebudayaan Malaysia . . . sepatutnya lebih hebat.


Alahai pihak yang berwajib . . . buatlah patut-patut . . . apa yang kome bulih . . . {do something rather than nothing, man . . . don't just go for gains at other people expense! . . . celah jiran omputih teman tu le. }


Ramai lagi orang yang mengalami 'resah hati' macam JS . . . ada kat luar ni . . . maka carilah pula ramai orang macam TOK MAT tu supaya . . . RTM memang jati RTM.


{JS dan aku terdengar jiran omputih aku tu berkata . . . Keep your fingers crossed, mates . . .}


Tapi JS dan aku . . . dan ramai lagi orang seperti kami di luar ni . . . tak kan sanggup berbuat demikian selama-lamanya!

Wallahuaklam.










dsuarang.blogspot.com

0 comments:

Nuffnang Ads