Assalamualaikum dan Selamat Sejahtera
Selingan Melegakan
Setelah tiba di Makkah dari Jeddah pada pagi Isnin 24 Oktober 2011 bersamaan 26 Zulkaedah 1432H, jemaah haji KT 70 menjalani beberapa program yang diatur pihak pengurusan dan pengendalian haji.
MENUNGGU BAS DI HADAPAN PINTU UTAMA HOTEL ROYAL EIMAN, MAKKAH
Foto kiri: dari kiri - Hj Hakim; Hjh Saripah; Hjh Alimah; Datin Hjh Zabedah; Dato' Hj Muhammad Hatta. Foto kanan: dari kiri - Hj Hakim; Hjh Saripah; penulis; Hjh Alimah; Datin Hjh Zabedah
Foto kiri: dari kiri - Penulis; Hjh Alimah; Hjh (bonda Hj Hedzir); Hj Hedzir Foto kanan: dari kiri - Penulis; Hjh Alimah; Hjh Shima; Hj Zahari
Jemaah KT 70 Pakej Nilam 4 sabar menunggu ketibaan bas untuk lakukan ziarah
"Ha . . . apa lagi . . . jom kita . . ."
begitu mungkin dikatakan Dato' Hj Muhammad Hatta
apabila bas tiba untuk mengangkut para jemaah
begitu mungkin dikatakan Dato' Hj Muhammad Hatta
apabila bas tiba untuk mengangkut para jemaah
Pihak pengurusan THTS yang menyelaraskan hal-ehwal kerja haji para jemaah haji pakej Nilam 4 ada menyediakan program ziarah ke Padang Arafah, Jabal Rahmah, Jamrah di Mina, Masjid Jaaranah (Miqat Umrah) serta ke Bukit/Gua Hira' sebelum hari sebenar pelaksanaan rukun dan wajib haji oleh jemaah haji.
Salam, Hjh Alimah. . . . tak singgah ke?
Melihat dari dalam bas sahaja. Conserve energy untuk yang rukun dan wajib nanti . . .
Maka, pada 26 Oktober 2011 yakni hari ke-4 setelah tiba di Makkah kami pun dibawa berziarah. Tujuannya agar jemaah haji dapat mengalami terlebih awal serba sedikit akan rasa dan suasana di tempat-tempat penting lagi bersejarah itu dan membiasakan diri dengan keadaan di Arafah, Muzdalifah dan Mina kelak.
DI JABAL RAHMAH
Pemandangan dari kaki Jabal Rahmah
Kiri: Hj Hedzir dan kanan : penulis. Pose di lapangan/tapak perkhemahan Padang Arafah
Foto kiri: dari kiri - Datin Hjh Zabedah; Dato' Hj Muhammad Hatta; Hj Muhammad; Hjh Rahmah Foto kanan: dari kiri - Dato' Hj Muhammad Hatta; penulis; Hj Hedzir; Hj Muhammad; Hjh Rahmah
Kiri: Penulis; Hj Hedzir. Kanan: dari kiri - Dato' Hj Muhammad Hatta; Hj Hedzir; Hj Muhammad; Hjh Rahmah
Kali ini (foto kiri) penulis. Foto kanan: Dato' Muhammad Hatta; penulis
Lagi pose Hj Hedzir (kiri) dan penulis (kanan)
Penulis (kiri) dan Hj Hedzir (kanan), bergambar dekat dengan Hospital Kecemasan Jabal Rahmah
DI MASJID JAARANAH
Masjid ini Miqat Umrah
Kiri: Penulis berlatarbelakangkan Masjid Jaaranah. Kanan: Papan tanda mengingatkan pengunjung tentang arah kiblat untuk bersolat
DI BUKIT /GUA HIRA'
[Teman cuma terbayangkan betapa kuatnya azam dan tenaga Nabi Muhammad SAW yang sering kali . . . malah setiap kali melakukan perjalanan hebat pergi balik dan turun naik bukit untuk ke gua Hira' . . . masya-Allah]
Penulis: "Kita ambil gambar kenang-kenangan di sini sajalah . . . Nak daki sampai puncak bukit sana tu . . entahlah. "Tapi kalau Hj Hedzir nak try bolehlah," sambung penulis.
Alhamdulillah segala program dapat diisikan dengan lancar. Sebilangan besar jemaah haji jelas gembira dengan pengalaman baru mereka masing-masing.
Terima kasih THTS.
dsuarang.blogspot.com
Terima kasih THTS.
dsuarang.blogspot.com