Assalamualaikum dan Selamat Sejahtera
Padang Jarak Padang Terkukur?
Hari itu hari Minggu. Kami sekeluarga bersantai sahaja sambil bersembang-sembang di rumahku.
Memang menjadi kebiasaan kami berkumpul sekeluarga setiap hujung minggu yang mengizinkan.
Ketika berbual-bual itu . . . salah seorang daripada anak-anakku (yang perempuan le) tiba-tiba berkata:
"Abah . . . kita dah lama tak pergi bercuti. Dah lama tak pergi Langkawi."
Kami semua tersentak dengan cetusan pernyataan tiba-tiba begitu. Namun kami tetap teruja untuk pergi bercuti. Memang dah lama juga kami tidak berpergian sekeluarga.
Aku sekadar berkata," Ha . . . kalau nak pergi bercuti beramai-ramai . . . kena plan lah betul-betul . . . dan yang penting . . . kena tengoklah sama ada semua orang ada kelapangan waktu."
Ada pula suara di belakang . . . " Paling penting lagi . . . ongkosnya bah . . . "
"Kita syer le. Kongsi sama-sama."
"Setuju," jawab semua.
Maka pada 14 Mei 2011* selepas subuh . . . kami sekeluarga 22 orang bertolak ke utara tanah air. Kami pergi menaiki 5 buah kereta . . .
Singgah berehat dan makan di R&R Tapah, Perak
Setelah berehat dan makan secukupnya di kawasan R&R Tapah . . . kami meneruskan perjalanan ke Kuala Perlis . . . menuju destinasi kami . . . Pulau Lagenda . . . Langkawi.
Berehat lagi . . . kali ini di hentian sebelah . . . Juru, Pulau Pinang.
Setelah melepaskan lelah seketika di Juru . . . kami teruskan perjalanan . . . kali ini tanpa henti hingga ke Kuala Perlis.
Setibanya kami di Kuala Perlis . . . terdapat ramai orang daripada berbagai-bagai pihak urusniaga parkir kereta, perkhidmatan feri, sewaan van di Pulau Langkawi dsb yang dengan senang dan rela hati membantu kami.
{"Of course man . . . you're paying them . . . ! Kata siapa ? Tak payah tanya le . . . Dah tentu tau . . . si jiran Omputih teman tu le!}
Apa pun . . . urusan percutian kami banyak dipermudahkan melalui bantuan yang sedemikian daripada mereka yang cukup berdiplomasi dan berbudi bahasa.
Aku senang memikirkan masih ada orang yang punya hemah tinggi . . . walaupun jika ini kerana mereka itu dibayar . . . macam kata si omputih jiranku itu le!
Foto-foto di atas menunjukkan aksi peserta percutian keluarga dalam feri sepanjang perjalanan dari jeti di Kuala Perlis hingga ke jeti Kuah
Setelah meredah samudera selama kira-kira 45 minit, feri dari Kuala Perlis itu pun tiba di Kuah, Langkawi. Kami berasa lega dan ingin segera pergi ke rumah penginapan di Kampung Tuk Senik untuk berehat.
Tiba di Kuah, Pulau Langkawi. Kami menunggu transport sewaan . . . (3 buah van)
Assalamualaikum Rumah Mak Abang. Kami dah tiba ni . . . Tempat menginap di Kampung Tuk Senik, Pulau Langkawi.
Setelah berehat secukupnya . . . kami bergerak semula ke pekan Kuah . . . yang terletak tidak jauh dari Kampung Tuk Senik. Tujuannya untuk mencari tempat makan yang sesuai. Ha, dah dapat pun . . . Apa lagi marilah kita singgah makan . . . perut pun dah berkeroncong ni . . .
Alhamdulillah . . . dah kenyang pun. Jom balik relaks kat rumah . . . esok beracara baru.
Mari kita melawat Laman Padi . . . di sini pemandangan sawahnya amat menarik . . . saujana mata memandang.
Indahnya pemandangan di Laman Padi ini.
Ke mana lagi kita? Alahai, dah alang-alang sampai ke Pulau Lagenda ini . . . baik kita kunjungi saja Langkawi Underwater World yang terkenal itu . . . Apa kata?
"Interesting . . . very interesting!" Sampuk jiran omputih aku . . . "Especially that notice posted! Where's Anum, by the way . . . "
Kempen politik ke makan dengan anak saudara? Makan bersama Hj Hussein, GM Langkawi Underwater World . . .
Dah selesai pun . . . Thanks Aii . . .
Kemudian . . . kami kunjungi pula Galeria Perdana . . . yang menempatkan banyak khazanah kepunyaan Tun Mahathir mantan PM Malaysia. "Interesting . . . very interesting." Hah, terikut-ikut pulak style si jiran omputih tadi!
Balik ke Kampung Tuk Senik. Budak-budak ni heboh nak mandi di kolam renang pula. Suka hatilah.
Dah puas mandi . . . It's time to go. Time to say goodbye too. Dah cakap omputih lak. Bukan apa . . . jangan si jiran omputih tu ingat dia sorang aje boleh berbahasa Inggeris. Kita pun tahu bahasa ibunda dia!
Sebelum mengucapkan selamat tinggal kepada warga Kampung Tuk Senik . . . kami bergambar kenang-kenangan di hadapan balai reception KTS. Lain kali kami datang lagi.
Selamat tinggal Kampung Tuk Senik. Percutian di sini sungguh menggembirakan. Penat sedikit tetapi berbaloi.
Demikian secebis kisah percutian sekeluarga. Bukan lagi ke suatu destinasi yang dahulunya dikenali sebagai Padang Jarak Padang Terkukur tetapi yang kini kian masyhur dengan nama Pulau Lagenda.
"Interesting . . . very interesting," ulang si jiran omputih aku lagi. { Kalau ya pun, wahai jiran . . . guna tagline lain . . . boleh tak!}
"Interesting . . . very interesting," ulang si jiran omputih aku lagi. { Kalau ya pun, wahai jiran . . . guna tagline lain . . . boleh tak!}
dsuarang.blogspot.com
*{An extremely late publication & posting. Sorry for that.}
No comments:
Post a Comment