SATURDAY, 28 JULY 2012
Assalamualaikum dan Selamat Sejahtera
Majlis Penuh Makna
Baru-baru ini aku memeriksa fail foto yang tersimpan di dalam kamera digital milik anakku.
Aku menemui foto-foto rakaman suatu peristiwa . . . peristiwa yang penuh bermakna kepada aku dan isteriku Alimah.
Aku menemui foto-foto rakaman suatu peristiwa . . . peristiwa yang penuh bermakna kepada aku dan isteriku Alimah.
Bonda Hjh Maimunah Mahat
Anakanda Halmy Zahari
Anakanda Hj Halim dan isterinya Noor Shafini
Hadirin majlis . . .
paling ketara di hadapan . . . Anakanda Mohd Rashidi
Dua di belakang: Anakanda Hazry dan Halim
Bersama hadirin:
Anakanda Anum dan suaminya Roy
Ahli-ahli keluarga yang turut hadir
Adinda Hj Hashim (tengah)
dan sdr Kamaruzzaman (kanan)
Pak Anjang Hj Lokman dan Mak Anjang Hjh Maryam
Hadirin membaca surah Yassin . . .
Foto-foto ini diambil di d'SUARANG dalam majlis tahlil dan bacaan doa selamat . . . sempena kepergian aku dan Alimah ke Tanah Suci Mekah kerana menunaikan rukun Islam ke-5.
Majlis diadakan pada hari Ahad, Oktober 16 2011. Para hadirin terdiri daripada kaum keluarga, sanak saudara dan sahabat handai serta kenalan.
Majlis diteruskan dengan bacaan surah Yassin
Alhamdulillah . . . semuanya berjalan lancar
Jiran dan sahabat handai . . .
Sahabat-sahabat dari surau taman
dan masjid kariah . . .
menjayakan acara majlis . . .
Hj Mohd Lazi dan Sdr Zakaria dari masjid kariah
sudi menyumbangkan tenaga dalam majlis . . .
Terima kasih, terima kasih . . .
. . . dan terima kasih semua
Terima kasih yang tidak terhingga diucapkan kepada semua yang sudi hadir mendoakan keselamatan kami dalam perjalanan pergi balik dan kesejahteraan kami sepanjang melaksanakan ibadat haji.
Antara mereka yang kelihatan dalam gambar . . .
. . . dari kiri . . . Adinda Roslan, Sdr Idrus,
Hj Abu, Sdr Yassin, Sdr Khairi, Wak . . .
dan lain-lain lagi . . . yang tidak dapat dinyatakan nama mereka satu persatu . . .
. . . namun tetap dihargai kehadiran mereka . . .
dan, Allah swt sahaja yang layak membalas . . .
keikhlasan hati dan kebaikan budi . . .
. . . semua . . . dengan sebaik-baik balasan.
Amin.
Penghargaan yang tinggi jua kami tujukan kepada sahabat-sahabat dari surau taman dan masjid kariah yang sudi melapangkan waktu turut mendoakan agar segala amal ibadat kami ke arah tujuan yang murni ini diterima dan diberkati Allah swt.
Semoga Allah swt membalas dengan kebaikan yang berlipat ganda akan budi baik kalian itu.
Dengar dan terus dengar nasihat Ustaz Hassan . . .
Oh ada yang masih membaca ya . . . takpe teruskan . . .
Yang lain dah mula bertahlil . . . dipimpin Imam
Amin . . . Alhamdulillah
Allah swt sahaja yang berkudrat menentukan setiap peristiwa yang dikehendaki-NYA berlangsung atau kejadian yang dikehendaki-NYA berlaku.
Dari kiri: Hj Hashim, Kamaruzzaman, Hj Basri, Hj Kamal, Hj Bakar
Dari kiri: Hjh Fatimah, Hjh Fatimah,
Hjh Halimaton, Pn Rohani, Hjh Zawiyah
Belakang:
Pn Rohani dan Hjh Zawiyah
Belum habis baca lagi . . .
Sebentar lagi selesailah . . .
Jemaah selesai membaca surah Yassin
Berucap ringkas di akhir majlis
Hadirin mendengar . . . hmm
Ucapan ringkas di akhir majlis . . .
. . . panjang lagi ke ucapannya? Dah ngantuk ni . . .
Foto-foto majlis dipaparkan dalam siaran blog ini untuk tatapan para pembaca yang dihormati.
Hj Mohd Lazi, Hj Mohd Rais dan Hj Abu Bakar
memohon diri berangkat pulang . . .
. . . jumpa lagi . . .
Ya . . . insya-Allah kita dapat berjumpa lagi . . .
Tengok apa tu member?
Dah betul tu. . .
memang time makan . . .
Ha . . . makan, makan . . .
Memang kena makan juga . . .
Lepas tu . . . baru kita boleh sembang-sembang . . .
Dari kiri: Sdr Dolah, Hj Harun, Adinda Md Noor,
Adinda Hashim, Penulis, Adinda Zulkifli
Dari kiri: Harun, Adinda Hj Rauf, Hj Nordin,
Penulis, Hj Jamil, Adinda Ali, Sdr Ramli
Kaum kerabat membincangkan sesuatu . . .
. . . tentunya sesuatu yang boleh memanfaatkan . . .
"Kepergian kawan kita ni lah," kata Ramli.
"Moga terlaksana dengan baik," tambah Nordin.
"Insyaallah . . . baik semua," kata Harun.
" Aku pun doakan begitu," kata Jamil
sambil berpeluk tubuh.
" Ha . . . apa lak kerja dak Ajim yang terlindung
dek wajah Hjh Faridah (isteri Nordin Manaf)? "
Siapa pula gerangan tiga wanita
yang dsedang berbicara ni?
yang dsedang berbicara ni?
Hjh Madznah, Hjh Azizah, Hjh Maimunah rupanya.
Bual bicara mereka? Wallahuaklam.
Mudah-mudahan bahan yang dipaparkan ini dapat dijadikan kenangan yang bererti bagi kita bersama. Insyaallah.
Bamuda
dsuarang.blogspot.com
Di situ ada wajah dan diri adinda-adinda yang mensyukuri dan menghargai anugerah-Nya hingga kakanda mereka (Haji Abdul Majid dan Hajah Alimah) dapat menginjakkan kaki di Tanah Haram, destinasi impian setiap mukminin-mukminah, muslimin muslimah. Alhamdulillah. Doa kami untuk keselamatan kakanda berdua pada majlis itu terbukti bahawa telah diperkenankan oleh Allah Rabul-Jalil kerana kakanda berdua selamat pergi dan kembali.
ReplyDeleteAlhamdulillah.
Salam Adinda Zul,
ReplyDeleteRasanya masih boleh Uda suami isteri mengutarakan peghargaan kami yang setinggi-tingginya (walauapun siaran ini agak kelewatan . . . ) kepada adinda khasnya dan hadirin yang lain itu juga.
Terima kasih atas doa kalian . . . kami hanya dapat mensyukuri anugerah Allah yang dicurahkan ke atas diri kami . . . hamba-NYA yang amat kerdil.
Mudah-mudahan kami dapat jua membalas kehadiran dan doa adinda dan kaum kerabat semua dalam sesuatu majlis yang sebegini rupa pada suatu ketika kelak . . . Insyaallah.