Sunday, July 15, 2012

Jambatan Nasional Suramadu





Assalamualaikum dan Selamat Sejahtera


Mercu Tanda Kemajuan


Aku pernah terdengar pembantu rumah (orang Madura) bercerita betapa mudahnya kini bagi orang kampungnya di Pulau Madura berulang-alik dari dan ke Surabaya di Pulau Jawa. 






Peta lokasi Jambatan Nasional Suramadu




"Sekarang sudah ada Suramadu. Tak perlu naik feri lagi untuk menyeberangi Selat Madura. Jimat masa. Jimat kos."

'Suramadu' yang dimaksudkan itu ialah jambatan sepanjang 5.438 km yang juga dikenali sebagai 'Jambatan Surabaya-Madura'.










Jambatan terpanjang di Indonesia setakat ini menghubungkan Pulau Jawa (Surabaya di Jawa Timur) dengan Pulau Madura (di Bangkalan, lebih tepat . . . timur Kamal ), Indonesia.












Pembangunan awal jambatan ini dirasmikan oleh Presiden Indonesia (ketika itu) Megawati Soekarnoputri pada 20 Ogos 2003 manakala pembukaan rasminya dilaksanakan oleh Presiden Indonesia (kini) Susilo Bambang Yudhoyono (SBY) pada 10 Jun 2009.

Aku teruja hendak melihat sendiri 'Suramadu' yang pembinaannya . . . aku difahamkan . . . menelan belanja kira-kira Rp 4.5 triliun itu. Aku ingin menyaksikan dari dekat jambatan yang menjadi kebanggaan rakyat Indonesia ini.











Terlaksana hasrat . . .  



Construction . . . best . . .
 dari sudut pandangan seorang kontraktor









Dua budak hitam . . . (MBH dulu) 










Bersama juru pandu . . . Yoto


Sebaik sahaja berkesempatan ke Surabaya pada minggu lalu . . . aku pun menyarankan kepada sahabat karibku Jamil agar dapat kami meluangkan sedikit masa ke situ.

Alhamdulillah . . . pada pagi Isnin 9 Julai 2012 . . . kami berempat  (Jamil, Azizah, Alimah dan aku sendiri) sempat pergi balik dengan kereta menyeberangi Selat Madura. 





                Dua hajah 'A' di Madura . . . 

. . . Azizah dan Alimah



Seronok gak posing kat tempat macam ni . . . tenang dan bersahaja . . . 




Penulis, Jamil dan Yoto 

( Yoto kini sudah faham sangat akan maksud  
perkataan 'pusing' yang digunakan Pak Sani.) 




Semua OK . . . Alhamdulillah


Kereta dibawa oleh juru pandu Sunyoto menelusuri jalan di Jambatan Nasional Suramadu . . .










. . . jambatan yang menjadi salah satu mercu tanda peningkatan kemajuan di Republik Indonesia . . . khususnya bagi masyarakat Surabaya-Madura.    





Bamuda
dsuarang.blogspot.com

No comments:

Post a Comment