Tuesday, July 17, 2012

Taman Safari Indonesia II Prigen Pasuruan






Assalamualaikum dan Selamat Sejahtera


Berlibur di Safari Park


Sebelum berpergian ke Surabaya . . . Jamil telah berkata kepadaku," Bila di Surabaya nanti kita pergi ke Safari Park".

Aku mendengar saja apa yang disarankan sahabatku itu tanpa perasaan benar-benar teruja.

["Not that excited . . .   man," bisik jiran Omputihku yang sering suka menjadi busybody tu!]

Sesungguhnya . . .  aku tak pernah tahu berhampiran dengan kota Surabaya ada sebuah Safari Park. Mungkin tiada promosi secukupnya yang sampai ke pengetahuanku atau pun memang aku yang ketinggalan masa!




Pintu gerbang mengalu-alukan kedatangan pengunjung


Aku tahu Singapura mempunyai Taman Burung yang hebat di Jurung. Aku juga tahu Singapura ada Zoo dan Night Safari (seluas 40 hektar) di Mandai Lake Road yang tidak kurang hebatnya. Aku sering mendengar atau melihat iklan dan promosi tentangnya.

Malaysia pun ada Zoo Negara di Ulu Kelang. Ada Night Safari di Taiping. Tetapi . . . kepada aku . . . kondisinya macam OK, OK sajalah. Aku bayangkan keadaan Safari Park yang akan kami kunjungi di Indonesia itu kelak  sedemikian juga.

Betapa melesetnya apa yang aku bayangkan. Setelah ke Taman Safari Indonesia II, Prigen Pasuruan, Jawa Timur . . . aku berkata kepada diriku sendiri . . . bukan Afrika sahajalah yang boleh berbangga dengan Taman Safari mereka!





Perhatikan posisi Surabaya, Malang dan Pasuruan dalam peta Jawa Timur ini





Aku terfikir sendiri lagi . . . wah dalam diam-diam . . . Indonesia juga tidak ketinggalan mempunyai Safari Park bertaraf dunia . . . berlokasi di highway  antara Surabaya dan Malang di daerah Pasuruan, Jawa Timur.

Lebih tepat . . . letaknya  kira-kira 50 km dari Airport Internasional Juanda Surabaya dan perjalanan dengan kereta ke situ memakan masa selama satu setengah jam.  







Penulis dan Jamil di gerbang masuk Safari Park





Taman Safari Indonesia II memang cukup gah dan hebat. Apa tidaknya . . . Safari Park ini adalah yang terbesar dan terlengkap di Asia.

Dengan kawasan seluas 350 hektar dan berlokasi di keteduhan dingin lereng gunung Arjuna . . . Safari Park ini mampu menceriakan setiap orang yang berkunjung ke sini . . . khasnya apabila para pengunjung dapat melihat berbagai jenis haiwan dari dekat . . . benar-benar dekat!
Kami berempat . . . Jamil (aka Pak Sani), Azizah, Alimah dan aku sendiri dibawa juru pandu Yoto ke daerah itu pada Isnin 9 Julai 2012 menjelang  tengah hari. Kami mengalami suatu Safari Adventure yang terbaik.





 Sunyoto
Juru pandu setia lagi berpengetahuan





Arah masuk . . .  jalan menuju ke Taman Safari Indonesia II Prigen




Bermacam-macam jenis haiwan dan unggas dapat kami lihat dari dalam kereta yang kami naiki. Sungguh mengasyikkan. Aku terfikir lagi . . . besarnya anugerah nikmat daripada Allah kepada hambanya.















Berikut antara foto-foto aktiviti menarik (kebanyakannya aksi Jamil yang berani 'memberikan layanan manja' kepada komuniti haiwan liar) yang sempat kami rakamkan di Taman Safari Indonesia II Prigen: 































[Foto-foto di atas menunjukkan Jamil memberi carrot dan pisang emas sebagai snack kepada beberapa jenis haiwan di Safari Park ini. Suka hatilah sahabat . . . kalau tak nanti tak habis pula pisang setandan yang dibeli itu. Hakikatnya . . . manusia juga yang menghabiskan pisang itu . . . pada akhirnya . . . he,he]


Kami berada di sana sehingga menjelang lewat petang . . . lebih daripada setengah hari . . . memerhatikan perihal tabiat haiwan dan unggas liar yang berhadapan dengan manusia di situ.




























Ada lagi zon-zon istimewa lain yang tidak sempat kami kunjungi . . . dah 'capek' duduk dalam 'mobil'!



































Bagaikan tidak habis-habis jenis haiwan dan unggas yang dapat dilihat para pengunjung ke kawasan lapang Safari Park ini yang dikelilingi pepohon menghijau rimbun dan segar . . . menyerupai habitat alam haiwan dan unggas sebenar.

Haiwan dan unggas di Safari Park ini kelihatan sihat-sihat belaka . . . bukti terpelihara dengan baik dan sempurna.




























Andai kata ada kanak-kanak yang turut serta dalam kunjungan ini  . . . mungkin sahaja waktu kunjungan akan berlanjutan sehingga sehari suntuk!

[Lihat sebabnya dalam peta di bawah]



Zon yang tidak sempat kami kunjungi 
(Petikan brosur peta Taman Safari Indonesia II Prigen)




Alhamdulillah . . . kami dapat jua menyaksikan sendiri akan keistimewaan nature yang bukan selalu dapat dialami atau dinikmati semua orang.

Terima kasih Jamil kerana menyarankan kita berkunjung ke Taman Safari Indonesia II Prigen ini. Suatu kunjungan yang tidak sia-sia!





Bamuda
dsuarang.blogspot.com

No comments:

Post a Comment