Assalamualaikum dan Selamat Sejahtera
Menjelang Suatu Pertemuan Keramat
Pagi Jumaat 30 November 2012. Basri singgah ke d'SUARANG. Basri memang biasa berbuat demikian. Beliau rajin berkunjung ke rumah sahabat handai, sanak saudara dan adik beradik untuk bertanya khabar dan berbual-bual. Setiap kali beliau akan membawa buah tangan atau juadah yang nantinya dinikmati bersama-sama pihak yang dilawati.
Basri percaya banyak kelebihan terdapat dalam perbuatan menjalin silaturahim sesama manusia dan tetap berpegang kepada kepercayaan itu . . . walaupun amalan sedemikian semakin terhakis di kalangan anggota komuniti zaman kini!
Sudah ditentukan Allah swt pastinya pada hari itu . . . Basri secara bersahaja memberi tahu aku bahawa beliau dan isterinya Pn Hjh Siti Zawyah Abdul Aziz akan pergi 'makan kenduri' di Bukit Katil, Melaka pada keesokan harinya (Sabtu 1 Disember 2012).
Aku memasang telinga sambil memerhatikan telatahnya.
Basri seterusnya berkata," Makan kenduri tu bukan menjadi matlamat utama saya ke Melaka esok . . ."
Aku diam mendengar sahaja apa yang hendak diperkatakan Basri lagi.
"Saya ada janji nak berjumpa dengan seorang Pegawai Waran 1 (U). Dia baru bersara. Dia tu saya kenal ketika dalam urusan bersepadu antara tentera darat dengan tentera udara dulu."
"Nak buat apa jumpa dia?" Baru aku membuka mulut bertanya.
Dengan nada teruja Basri menerangkan,"Ha tu lah . . . sebenarnya dia ni budak Selandar, Melaka. Tujuan saya menemui dia sebab dia tahu di mana keluarga *Allahyarham LKpl Abdullah Majid berada sekarang. Saya dah lama berusaha mencari balu dan keluarga Allahyarham."
*[Allahyarham LKpl Abdullah Majid seorang anggota jurutera (RAJD) yang gugur ketika bertugas bersama Basri dalam Ops GUBIR II pada tahun 1976.]
"Saya berhajat sangat mahu bertemu dan berkenalan dengan mereka. Malangnya . . . hingga kini . . . saya masih belum sempat melaksanakan hajat saya itu," sambung Basri lagi.
"Sudah lebih 36 tahun Allahyarham meninggal dunia dalam peristiwa berdarah di sempadan Malaysia-Thailand yang juga melibatkan diri saya dulu . . . Uda ingat tak?" Tanya Basri.
Perasaanku terharu. Tentu saja aku ingat akan peristiwa sedih itu. Apa tidaknya . . . arwah bapa mertuaku . . . yang kenal rapat dengan Basri . . . pernah mengadakan tahlil arwah di rumahnya untuk Basri . . . lengkap dengan bacaan surah Yasin serta segala doanya . . . setelah tersilap sebar berita palsu oleh akhbar tempatan tentang 'kematian' Basri dalam tragedi itu!
Sumber Berita Mengelirukan
(1) Keratan Akhbar Berita Harian 02 Jun 1976
(2) Keratan Akhbar Utusan Melayu 03 Jun 1976
Rupa-rupanya . . . Basri sudah sejak lebih setahun lepas menghubungi Pegawai Waran 1 (U) Nor Azmy Md Jadi (Nor Azmy) . . . memohon jasabaik beliau itu untuk mengaturkan satu pertemuan yang sangat-sangat diharapkan dengan balu dan keluarga Allahyarham Abdullah.
Tidak banyak yang dapat dilakukan ke arah merealisasikan hajat Basri pada waktu itu kerana Nor Azmy sibuk memenuhi keperluan urusan serah menyerah tugas rasminya sebelum bersara.
Setelah Nor Azmy bersara daripada perkhidmatan Tentera Udara Diraja Malaysia (TUDM) pada tahun 2010 . . . semaraklah semula hajat Basri yang terpendam selama ini dan bergeraklah segala aksi ke arah mencapai tujuan murni itu dengan kadar yang lebih pantas.
Basri bertambah teruja apabila diberitahu Nor Azmy bahawa segala persiapan telah dibuat dengan pihak keluarga Allahyarham Abdullah dan mereka sudi bertemu dengan Basri pada bila-bila masa yang difikirkan sesuai.
Basri berulang-ulang kali menyatakan kegembiraannya terhadap perkembangan positif ini.
Aku lantas terfikir," Mulia sungguh hati budi Basri. Tidak ramai lagi orang yang seperti beliau ini . . . sanggup bersusah payah memikirkan nasib atau kebahagiaan orang lain . . . dan mengambil berat akan kebajikan mereka masa kini . . . tanpa mengharapkan apa-apa faedah untuk diri sendiri!"
Hati aku pun mula terbuka untuk memberikannya sokongan moral bagi menjayakan misi ini.
Aku lalu bertanya kepada Basri," Pertemuan yang dicadangkan ini atas urusan rasmikah atau persendirian?"
"Inisiatif sendirilah Uda," jawab Basri selamba.
"Hmm . . . kalau begitu . . . baik aku lapangkan masa untuk pergi bersama Basri ke Selandar besok. Apa-apa pun . . . tujuannya mulia sekali!" Fikirku lagi.
Aku lantas menyuarakan hasratku itu kepada Basri dan beliau dengan senang hati menerima cadanganku.
Maka . . . begitulah kisahnya bagaimana aku secara tiba-tiba terlibat dalam misi ini. Penyertaan dan kehadiran ala 'bidan terjun' kata orang!
Menjelang tengah hari Sabtu 1 Disember 2012. Aku bersama isteriku Hjh Alimah Yasin dan anak bongsuku Marlyana Haniz bergerak menuju Selandar, Melaka.
Basri dan isteri beliau telah bertolak ke Bukit Katil awal-awal lagi. Mereka akan pergi terus ke Selandar selepas memenuhi undangan di Bukit Katil itu nanti.
Dengan izin Allah . . . kami bertemu tepat pada waktu yang dijanjikan di pekan Selandar . . . kira-kira pada jam 3:00 ptg.
Tuan Hj Abdul Rahman Mohd Dewa mantan Sarjan dalam RAJD . . . dan pernah menjadi juru pandu Basri ketika berkhidmat dalam tentera dahulu turut sama. Beliau dari Alor Gajah . . . juga tiba di Selandar tepat pada waktu yang dijanjikan.
Nor Azmy menjemput dan terus membawa kami semua menghala ke suatu arah yang pada mulanya aku fikirkan jalan ke rumah balu dan keluarga Allahyarham Abdullah.
Ha . . .
Ha . . . ah
Ke mana kita?
Salah terkaanku. Belum lagi. Rupa-rupanya Nor Azmy mahu membawa kami ke rumahnya terlebih dahulu supaya kami dapat berehat sebentar dan berkenalan dengan ahli-ahli keluarganya sebelum ke destinasi kami yang sebenar.
Oh . . . ke Rumah Ladang High Chaparall ke?
Kami tidak membantah. Orang berbudi kita berbahasa. Kami menganggap ini satu penghormatan terhadap kami daripada seseorang yang baru mahu kami kenal rapat.
Bukanlah . . .
ini rumah gah dan berseri . . . milik Nor Azmy
di tanah air sendiri!
Mengenang kembali . . .
Atas: Basri menerangkan sesuatu kepada Rahman. Bawah: Mantan Sjn Hj Abdul Rahman
Konsentrasi . . .
Penulis (kiri) bersama mantan PW 1 (U) Nor Azmy
Bersembang
Dari kiri: Basri, Rahman dan penulis
Kami disambut dan dilayan mesra oleh Nor Azmy sekeluarga.
Makan le . . .
Dari kiri: Marlyana, Sholehah, Nor Azmy
Makan le lagi . . .
hmm
Berhemah Tinggi
Pasangan suami isteri Nor Azmy n Sholehah . . .
mesra melayan para tetamu. Terima kasih le.
Dengar-dengar
"Sekarang dah jadi bos estet ya . . . bagus le tu."
Sedekah senyum banyak-banyak . . . erat silaturahim
Serius aje nampaknya . . .
Zawyah, Alimah, Lyana . . . kenapa?
"Sedapnya . . . macam mana masak ni?"
Oh nak tanya tu aje . . . rupanya . . .
"Dulu lain . . . sekarang dah lain pulak . . ."
"Dunia punya dalam . . . tuan . . ."
Sesuatu yang ketara menonjol dalam pertemuan dan daripada perkenalan ringkas kami dengan Nor Azmy sekeluarga ialah sikap mereka yang merendah diri.
Dari kiri:
Abdul Rahman, Basri, Nor Azmy, Penulis
Dari kiri:
Abdul Rahman, Basri, Ahmad Amzar,
Nor Azmy, Penulis
Dari kiri:
Siti Zawyah, Aimi Baqrisyia, Aimi Zarifah,
Sholehah, Alimah, Marlyana Haniz
Mereka juga peramah dan berterus terang. Ciri-ciri kecerdasan minda dan kecerdikan berkomunikasi jelas terpancar pada wajah setiap ahli keluarga ini.
Sempat juga aku memerhatikan bahawa Nor Azmy seorang yang memiliki deria humor yang cukup menghiburkan.
Hiasan dinding . . . menarik
Terima Watikah
(Keterangan gambar: Pn Sholehah seorang pensyarah
by profession menerima watikah kapten askar wataniah)
Setelah selesai melakukan berbagai perkara asas di rumah Nor Azmy kami bermohon diri untuk ke destinasi sebenar. Pada kira-kira jam 3:40 ptg kami bertolak ke rumah balu dan keluarga Allahyarham Abdullah.
Bergambar Kenangan
Dari kiri:
Rahman, penulis, Alimah, Sholehah, Aimi Zarifah,
Aimi Baqrisyia, Ahmad Amzar, Nor Azmy, Basri, Zawyah
SILATURAHMI oh SILATURAHMI . . . ?
[Bergambar lagi di hadapan rumah bertuah ini;
pelaku sama cuma tempat penulis digantikan Lyana]
Nor Azmy, isterinya Pn Sholehah Ismail dan anak-anak mereka Aimi Baqrisyia, Ahmad Amzar dan Aimi Zarifah kemudiannya dengan rela hati menyertai rombongan kami pada petang itu semata-mata bertujuan menjayakan misi pertemuan.
Bersama 'Arkitek' Pertemuan
dan Keluarganya
Dari kiri:
-Penulis n Alimah-
Aimi Baqrisyia, Aimi Zarifah, Sholehah, Ahmad Amzar, Nor Azmy
Dua lagi anak mereka Aimi Afiqah dan Aiman Afiq berada di KL ketika ini.
Alhamdulillah . . . keluarga yang baik tetap ketara kebaikannya.
Nor Azmy seterusnya membawa kami ke tempat yang dituju. . . rumah keluarga Allahyarham Abdullah.
Terima kasih yang tidak terhingga diucapkan kpd Pegawai Waran 1 (U) Nor Azmy kerana memainkan peranan yang berkesan sebagai 'arkitek' yang memungkinkan pertemuan keramat ini menjadi kenyataan.
Allah sahaja dapat membalas budi baik tuan. Amin.
Usik-usik
Jika belum ada cadangan nama untuk rumah tuan apa kata namakan sahaja rumah bertuah tuan itu
SILATURAHMI
'SILATURAHMI'
sebuah rumah tenang dan aman
gagah menghadap
Gunung Ledang di kejauhan
SILATURAHMI
membawa erti persahabatan atau persaudaraan
SILATURAHMI
serasi melambangkan pertalian antara insan
Wallahuaklam
Dapatkah nanti Basri menemui mereka yang dicari-carinya selama ini? Berhasilkah penantian Basri selama lebih 36 tahun? Jom ikuti episod berikutnya . . . Insya-Allah.
[Maaf andainya terdapat kesilapan fakta atau ejaan nama orang atau tempat dsb dalam penulisan ini. Mohon diperbetulkan melalui ruang comment di bahagian bawah siaran episod ini.]
Bamuda
dsuarang.blogspot.co
Salam Bamuda,
ReplyDeleteAm following this entry...excited myself to move along and together with Tuan Kol Basri - to the
final destination of meeting the moment of truth.
Tuan Basri is exemplifying a man of character indeed - a brave warrior - a hero - yet gentle and kind at heart. He's a man with a golden heart to be precise.
It's no surprise he is well greeted and welcome by his ex comrades and servicemen...a kind good deed deserved another...
To all in this special convoy your very concern to the late/ Arwah Abdullah Majid is such a commendable act of kindness and love.
May the blessings of Allah The Merciful and Most Gracious be with all of you...
Salam Nur Emyinda
ReplyDeleteThanks for those very kind words of yours . . . and thank you for your interest in following this matter up to this very moment.
God willing . . . a simple writing covering the moment of truth . . . by yours sincerely . . . will appear in the next episode soon.
May Allah bless you too.
Salam Uda n Nur!
ReplyDeleteSubhanallah! tk ats paparan yang pasti mengusik JIWA2 yang sensitif terutama yang telah bersama dlm Operasi Gubir 2 dulu!
Saya mhn dan berdoa agar CHARACTER yg di perkatakan itu...saya?(Wallahua aklam)
Apa pun AMAT besyukur atas segala KETENTUAN Allah yang tak PERNAH menghampakan Hamba2Nya!
Teringat pesanan IBU BAPA(Alfatihah-utk Almarhum) yang tak pernah luput di INGATAN..."Basri,hang tak dak duit banyak TAPI Hang ada MASA dan RIANG(Tenaga)...TOLONG ORANG dgn Riang(Tenaga)dan MASA...nanti ALLAH akan Tolong Hang balik..."...menjadi sebahagian Prinsip Hidup dalam satu perjalanan yang Jauh menuju Akhirat..Wallahu aklam.
Semua ini di harap menjadi contoh/tauladan pada Anak2 dan Cucu saya utk mengharung Dunia yang SERBA canggih ini..satu pegangan yang mampu membawa Kejayaan dan Redha ALLAH,Insyaallah.
http://xnuripilot.blogspot.com/2012/12/jejak-kasih.html
ReplyDeleteSalam Adinda Basri,
ReplyDeleteSikap atau karakter yang baik pasti mendapat perhatian orang. Perbuatan baik pula mesti ada balasan baiknya daripada Allah swt . . . dalam apa bentuk sekalipun.
Alhamdulillah . . . anda diberi Tuhan kelebihan itu. Berbuat baik kepada sesama manusia tanpa melupakan berbuat lebih baik kepada Allah swt.
Salam Anon,
ReplyDeleteThanks for info vide this column. Sudah lihat entri Jejak Kasih di blog Xnuripilot. Suatu paparan yang menarik.Syabas.