Assalamualaikum dan Selamat Sejahtera
Bersempena Akikah Cucu Sahabat
Dari awal tahun-tahun 1970-an hingga ke tahun-tahun 1980-an . . . aku sering melalui jalan ini. Jalan lama ke selatan tanah air.
Waktu itu belum ada lebuhraya PLUS.
Semua orang yang mahu ke negeri Melaka, Johor atau ke pulau Singapura
melalui jalan darat hampir pasti menggunakan jalan ini kerana keadaannya
yang paling praktikal dan strategik.
Aku memang sentiasa menggunakan jalan ini apabila mahu balik ke kampung isteriku di Pulau Sebang, Melaka dan kembali semula ke KL. Kampung isteriku ini bersempadan dengan pekan Tampin, Negeri Sembilan.
Bahasa tempatan yang digunakan di Pulau
Sebang berloghatkan bahasa di daerah-daerah Negeri Sembilan. Adat yang
diamalkan penduduknya juga sama dengan amalan mereka di Negeri sembilan .
. . iaitu Adat Perpatih.
Lapan foto di atas: Dirakamkan ketika berlangsung acara memotong jambul atau mencukur rambut Damia Maisarah . . . cucu Hj Mohd Hakim dan Hjh Serifah
Sejak siap terbinanya lebuhraya PLUS
(arah Selatan) . . . aku jarang-jarang sekali menggunakan jalan ini.
Boleh dikatakan hampir sudah tidak lagi menggunakan jalan persekutuan
(jalan kampung) ini.
Jadi pada hari sabtu 12 Mei 2012 yang
lepas . . . ingatanku terhadap jalan ini terbit semula . . . apabila
aku, isteriku dan anak-anakku melalui jalan kenangan ini.
Pada hari itu . . . aku perlu memenuhi
undangan sahabat Haj aku . . . Tuan Hj Mohd Hakim dan isteri beliau Puan
Hjh Serifah bt Yusof . . . yang mengadakan acara akikah cucu perempuan
mereka . . . Damia Maisarah bt Mohd Shahrul Nizam di Rembau.
Tuan Hj Mohd Hakim
Puan Hjh Serifah Yusof
Kiri: Hj Mohd Hakim mendukung satu-satunya cucu perempuan beliau . . . Kanan: Damia Maisarah bt Mohd Shahrul Nizam cucu yang dimaksudkan.
Lebih tepat . . . acara tersebut diadakan di Jalan Seri Melenggang 1, Kampung Seberang Batu Hampar, Rembau.
Aku serombongan ahli keluarga empat
orang . . . tiba di tempat peristiwa pada jam 10: 45 pagi. [Selepas
sedikit tersasar ke Jalan Semelenggang . . . jalan pertama kami lintasi
setelah memasuki simpang ke Kampung Seberang Batu Hampar dari jalan
besar di situ. . . [GPS 'manual' buat ragam . . . he, he.]
Apa-pun kami belum terlewat untuk acara
pada pagi itu. Sebaik kami tiba . . . aku dapati . . . sahabat Haj yang
telah berada di bawah khemah . . . baru sepasang sahaja. Datuk Hj Mohd
Zakaria Kadir dan isteri beliau Datin Hjh Normadiah Jamaluddin.
Datuk Hj Mohd Zakaria Kadir
Datin Hjh Normadiah Jamaluddin
Aku difahamkan sahabat-sahabat Haj yang
berjanji datang . . . berkonvoi . . . mungkin dalam jumlah sepuluh buah
kereta. Namun mereka belum tiba . . . ketika aku sampai itu.
"Mungkin mereka juga tersasar seperti aku tadi," kata hatiku. Atau . . . tentulah ada hal-hal lain yang menghalang.
"Tak kisahlah . . . siapa yang berkesempatan . . . datanglah," fikriku lagi.
ku dan ahli-ahli keluargaku disambut mesra oleh tuan rumah Hj Mohd Hakim dan isteri beliau Pn Hjh Serifah.
Kami terus sahaja diiring ke meja makan . . . dan duduk semeja dengan Hj Mohd Zakaria dan Hjh Normadiah. Pasangan ini juga dari KL.
Sambil bersarapan . . . kami berbual-bual dan saling bertanyakan khabar. Maklum sudah lebih daripada enam bulan kami tidak berjumpa.
Hj Mohd Zakaria dan Hjh Normadiah memang pernah kami temui semasa di Tanah Suci. Walaupun kami berlainan KT ( kami KT 70 mereka KT 85) . . . kami dalam pakej yang sama yakni Nilam 4.
Aku dan Hj Mohd Zakaria kemudiannya turut menyaksikan acara berzanji dalam majlis yang diadakan menjelang waktu tengah hari. Kami juga turut serta dalam acara bertahlil dan membaca doa selamat. Alhamdulillah segalanya berjalan lancar.
Anakanda Amar
anak keempat Hj Mohd Hakim dan Hjh Serifah
Sesudah itu kami turun semula ke khemah untuk makan tengah hari. Sebaik sahaja kami habis makan . . . dua orang lagi sahabat Haj kami tiba.
Beginilah suasananya apabila
sahabat-sahabat Haj bertemu
Tuan Hj Abu Zaki Abu dan Tuan Hj Ainol Rahman tiba jua. Apa lagi . . . perbualan kami menjadi semakin rancak!
Kemesraan
yang tulen . . . masih wujud . . . apabila sahabat bertanyakan khabar
dan bersembang . . . walaupun sudah agak lama tidak bertemu muka . . .
Aku juga memang kenal dengan mereka . . . khasnya Hj Ainol Rahman . . . yang sama KT 70 denganku. Kami pernah bersembang panjang ketika di Arafah.
Tuan Hj Ainol Rahman
Hj Abu Zaki Abu pula berlainan KT denganku. Beliau menaiki KT 78. Namun dalam pakej Nilam 4 ini para peserta memang lumrah mengenali satu sama lain . . .
Tuan Hj Abu Zaki Abu
Demikianlah berkatnya tahap persahabatan
yang ditentukan Allah swt bagi hamba-hamba-NYA yang punya tujuan murni
yang sama ketika di Tanah Suci.
Sesudah selesai segala acara dalam
majlis gemilang yang diadakan Hj Mohd Hakim dan Hjh Serifah untuk cucu mereka
(bagaikan majlis perkahwinan layaknya) kami masing-masing pun memohon
diri untuk pulang.
Suasana majlis yang meriah
Suasana majlis yang meriah
Berat
juga bagi kami untuk melangkahkan kaki berangkat pulang meninggalkan
majlis ini. Maklumlah setelah bersua mesra sebentar tadi . . . entah
bila pula dapat kami berkumpul lagi seperti ini.
Geylang si paku Geylang . . . Geylang si rama-rama . . . Pulang marilah pulang . . . marilah pulang bersama-sama . . .
Walau bagaimana pun . . . Terima kasih
daun keladi kami ucapkan kepada tuan rumah yang baik budi. Semoga kita
ada kelapangan waktu untuk bertemu semula pada masa hadapan.
Dari kiri: Hj Abu Zaki, penulis, Hjh Alimah,
Tiga Sahabat Haj
Kepada semua sahabat Haj juga diharapkan dapat bersua pada masa hadapan . . . sekurang-kurangnya dalam keadaan seceria ini . . . jika tidak pun lebih meriah dan gembira lagi. Insya-Allah.
Dari kiri: Hj Abu Zaki, penulis, Hjh Alimah,
Hj Mohd Hakim, Hjh Serifah, Hj Mohd Zakaria,
Hjh Normadiah, Hj Ainol Rahman
Tiga Sahabat Haj
Pose kenang- kenangan
di hadapan rumah yang empunya majlis . . .
di hadapan rumah yang empunya majlis . . .
Kepada semua sahabat Haj juga diharapkan dapat bersua pada masa hadapan . . . sekurang-kurangnya dalam keadaan seceria ini . . . jika tidak pun lebih meriah dan gembira lagi. Insya-Allah.
Wassalam.
Bamuda
dsuarang.blogspot.com