Friday, May 25, 2012

Pertemuan di Rembau





Assalamualaikum dan Selamat Sejahtera



Bersempena Akikah Cucu Sahabat



Dari awal tahun-tahun 1970-an hingga ke tahun-tahun 1980-an . . . aku sering melalui jalan ini. Jalan lama ke selatan tanah air.


Waktu itu belum ada lebuhraya PLUS. Semua orang yang mahu ke negeri Melaka, Johor atau ke pulau Singapura melalui jalan darat hampir pasti menggunakan jalan ini kerana keadaannya yang paling praktikal dan strategik.



Aku memang sentiasa menggunakan jalan ini apabila mahu balik ke kampung isteriku di Pulau Sebang, Melaka dan kembali semula ke KL. Kampung isteriku ini bersempadan dengan pekan Tampin, Negeri Sembilan.



Bahasa tempatan yang digunakan di Pulau Sebang berloghatkan bahasa di daerah-daerah Negeri Sembilan. Adat yang diamalkan penduduknya juga sama dengan amalan mereka di Negeri sembilan . . . iaitu Adat Perpatih.












Lapan foto di atas: Dirakamkan ketika berlangsung acara memotong jambul atau mencukur rambut Damia Maisarah . . . cucu Hj Mohd Hakim dan Hjh Serifah



Sejak siap terbinanya lebuhraya PLUS (arah Selatan) . . . aku jarang-jarang sekali menggunakan jalan ini. Boleh dikatakan hampir sudah tidak lagi menggunakan jalan persekutuan (jalan kampung) ini.



Jadi pada hari sabtu 12 Mei 2012 yang lepas . . . ingatanku terhadap jalan ini terbit semula . . . apabila aku, isteriku dan anak-anakku melalui jalan kenangan ini.



Pada hari itu . . . aku perlu memenuhi undangan sahabat Haj aku . . . Tuan Hj Mohd Hakim dan isteri beliau Puan Hjh Serifah bt Yusof . . . yang mengadakan acara akikah cucu perempuan mereka . . . Damia Maisarah bt Mohd Shahrul Nizam di Rembau.







Tuan Hj Mohd Hakim



Puan Hjh Serifah Yusof






Kiri: Hj Mohd Hakim mendukung satu-satunya cucu perempuan beliau . . .  Kanan:  Damia Maisarah bt Mohd Shahrul Nizam cucu yang dimaksudkan.




Lebih tepat . . . acara tersebut diadakan di Jalan Seri Melenggang 1, Kampung Seberang Batu Hampar, Rembau. 











Aku serombongan ahli keluarga empat orang . . . tiba di tempat peristiwa pada jam 10: 45 pagi. [Selepas sedikit tersasar ke Jalan Semelenggang . . . jalan pertama kami lintasi setelah memasuki simpang ke Kampung Seberang Batu Hampar dari jalan besar di situ. . . [GPS 'manual' buat ragam . . . he, he.]


Apa-pun kami belum terlewat untuk acara pada pagi itu. Sebaik kami tiba . . . aku dapati . . .  sahabat Haj yang telah berada di bawah khemah . . . baru sepasang sahaja. Datuk Hj Mohd Zakaria Kadir dan isteri beliau Datin Hjh Normadiah Jamaluddin.







Datuk Hj Mohd Zakaria Kadir




Datin Hjh Normadiah Jamaluddin


Aku difahamkan sahabat-sahabat Haj yang berjanji datang . . . berkonvoi . . . mungkin dalam jumlah sepuluh buah kereta. Namun mereka belum tiba . . . ketika aku sampai itu. 

"Mungkin mereka juga tersasar seperti aku tadi," kata hatiku. Atau . . . tentulah ada hal-hal lain yang menghalang. 


"Tak kisahlah . . . siapa yang berkesempatan . . . datanglah," fikriku lagi.

ku dan ahli-ahli keluargaku disambut mesra oleh tuan rumah Hj Mohd Hakim dan isteri beliau Pn Hjh Serifah. 

Kami terus sahaja diiring ke meja makan . . . dan duduk semeja dengan Hj Mohd Zakaria dan Hjh Normadiah. Pasangan ini juga dari KL.





























Layanan mesra tuan rumah terhadap kami para tetamunya . . . Terima kasih . . .


Sambil bersarapan  . . . kami berbual-bual dan saling bertanyakan khabar. Maklum sudah lebih daripada enam bulan kami tidak berjumpa.


Hj Mohd Zakaria dan Hjh Normadiah memang pernah kami temui semasa di Tanah Suci. Walaupun kami berlainan KT ( kami KT 70 mereka KT 85) . . . kami dalam pakej yang sama yakni  Nilam 4.


Aku dan Hj Mohd Zakaria kemudiannya turut menyaksikan acara berzanji dalam majlis yang diadakan menjelang waktu tengah hari. Kami juga turut serta dalam acara bertahlil dan membaca doa selamat. Alhamdulillah segalanya berjalan lancar. 






Ahli-ahli Kumpulan Berzanji (antara yang terbaik di Negeri Sembilan) mempamerkan kebolehan mereka yang berkualiti tinggi.









Majlis berzanji, tahlil dan membaca doa selamat . . . sempurna dijalankan . . . Alhamdulillah



Anakanda Amar 
anak keempat Hj Mohd Hakim dan Hjh Serifah


Sesudah itu kami turun semula ke khemah untuk makan tengah hari. Sebaik sahaja kami habis makan . . . dua orang lagi sahabat Haj kami tiba.











Beginilah suasananya apabila
sahabat-sahabat Haj bertemu


Tuan Hj Abu Zaki Abu dan Tuan Hj Ainol Rahman tiba jua. Apa lagi . . . perbualan kami menjadi semakin rancak!












Kemesraan yang tulen . . . masih wujud . . . apabila sahabat bertanyakan khabar dan bersembang . . . walaupun sudah agak lama tidak bertemu muka . . .


Aku juga memang kenal dengan mereka . . . khasnya Hj Ainol Rahman . . . yang sama KT 70 denganku. Kami pernah bersembang panjang ketika di Arafah.






Tuan Hj Ainol Rahman



Hj Abu Zaki Abu pula berlainan KT denganku. Beliau menaiki KT 78. Namun dalam pakej Nilam 4 ini para peserta memang lumrah mengenali satu sama lain . . . 





Tuan Hj Abu Zaki Abu


Demikianlah berkatnya tahap persahabatan yang ditentukan  Allah swt bagi hamba-hamba-NYA yang punya tujuan murni yang sama ketika di Tanah Suci.

Sesudah selesai segala acara dalam majlis gemilang yang diadakan Hj Mohd Hakim dan Hjh Serifah untuk cucu mereka (bagaikan majlis perkahwinan layaknya) kami masing-masing pun memohon diri untuk pulang.






 


























Suasana majlis yang meriah


Berat juga bagi kami untuk melangkahkan kaki berangkat pulang meninggalkan majlis ini. Maklumlah setelah bersua mesra sebentar tadi . . . entah bila pula dapat kami berkumpul lagi seperti ini.








Geylang si paku Geylang . . . Geylang si rama-rama . . . Pulang marilah pulang . . . marilah pulang bersama-sama . . . 

Walau bagaimana pun . . . Terima kasih daun keladi kami ucapkan kepada tuan rumah yang baik budi. Semoga kita ada kelapangan waktu untuk bertemu semula pada masa hadapan.







Dari kiri: Hj Abu Zaki, penulis, Hjh Alimah,
 Hj Mohd Hakim, Hjh Serifah, Hj Mohd Zakaria, 
Hjh Normadiah, Hj Ainol Rahman




Tiga Sahabat Haj



Pose kenang- kenangan 
di hadapan rumah yang empunya majlis . . .



Kepada semua sahabat Haj juga diharapkan dapat bersua  pada masa hadapan . . . sekurang-kurangnya dalam keadaan seceria ini . . . jika tidak pun lebih meriah dan gembira lagi. Insya-Allah.

Wassalam.

Bamuda
dsuarang.blogspot.com

No comments:

Post a Comment