Saturday, July 21, 2012

Makan-makan di Surabaya





Assalamualaikum dan Selamat Sejahtera


Pokoknya Padang


"Pak . . . mahu makan di mana kali ni?" tanya Sunyoto aka Yoto kepada Pak Sani aka Jamil . . . setiap kali kami berempat menaiki kereta untuk dibawa pergi makan.

Setiap kali juga aku geli hati apabila Yoto sendiri yang akan menjawab, "Mana saja ya . . . pokoknya Padang."




Sunyoto dan Pak Sani 
seketika tiba dari Bandar Udara Juanda



Yoto dan Penulis


Mendengar jawapan sedemikian . . . bersahaja serta penuh kejujuran . . . daripada juru pandu kami itu . . . sudah menjadi rutin harian kami di sana.


Dari kiri: Yoto, Jamil, Alimah, Azizah


Ini kerana Jamil sudah sedia memaklumkan kepada Yoto bahawa kami tidak kisah sangat makan di mana jua . . . asalkan tempat makan itu bersih dan hidangan makanannya lazat . . . dan penting juga layanannya mesra.

Apa yang paling utama . . .  POKOKNYA PADANG! 



Tengok apa tu . . . nasi dah terhidang

Dah menoleh pulak . . . bila nak makan?


Tak makan lagi?


Tunggu sekejap?


Ha . . . kan dah tak ada makanan!


Begitulah  keadaannya apabila timbul bab makan-makan di Surabaya ini. Yoto sudah ngerti bangat. 

Dalam kotak fikiran Jamil, Azizah, Alimah dan aku sendiri pula . . . tagline "Pokoknya Padang" membawa maksud yang istimewa serta tersendiri . . . eksklusif . . . real nasi Padang . . . tiada yang lain!








Pokoknya Padang . . . walau di Surabaya



Sebelum Berangkat Pulang



Kita makan dulu . . .



Nampak dah lapar tu . . .


" Hmm . . . Tapi Pak Sani . . . terimalah  buah 
tangan dari isteri saya ni dahulu," kata Yoto


Lebih jelas ceritanya . . . selain makan di hotel . . . selama di Surabaya kami akan mencari makanan Padang setiap kali hendak menjamu selera.

Nasi Padang yang popular itu mudah didapati di Surabaya. Malah aku diberi tahu makanan Padang ini mudah terdapat di mana-mana di Indonesia dan di merata dunia.



Rumah Makan Sabana . . . Bundo Sati


Makan lagi . . . pokoknya Padang kan . . . 


" Dari Malaysia Pak . . . Bu? " Tanya Pak Erzon



Staf rumah makan menghidangkan makanan



Ada apa-apa nak order lagi . . . ?



Pak Erzon aka Jon atau John?
Pengusaha / Pengurus Bonda Sati
(asal Jambu Air, Bukit Tinggi, Sumatera) 



Terima kasih Pak Erzon atas layanan yang mesra 
ketika kami di Rumah Makan Bonda Sati


Aku percaya. Spontan minda nakalku terfikir . . . kalaulah orang Padang boleh sampai ke bulan . . . pasti yang pertama wujud di sana ialah perniagaan . . .  Rumah Makan Padang!

"Makan apa encik . . . apa sajalah . . . pokoknya Padang."



Bamuda
dsuarang.blogspot.com

Keropok Lestari Sidoarjo


SATURDAY, 14 JULY 2012




Assalamualaikum dan Selamat Sejahtera


Perusahaan Tradisi Keluarga  ke Industri Internasional


Pagi Selasa 10 Julai 2012 . . . kami ke pusat oleh-oleh lagi. Kali ini Yoto membawa kami ke FINNA . . . sebuah outlet di Surabaya yang mengeluarkan dan mengedarkan keropok berkualiti tinggi.




Pak Sani aka Jamil


Penulis . . . (Yoto di belakang)


Sunyoto

'Resep asli sejak 1954 . . . asli Sidoarjo'. Demikian antara iklan yang mempromosikan produk keropok udang (shrimp crackers) keluaran berjenama FINNA.




Mesin buat keropok yang  
mula-mula digunakan  


Bermula dengan mengeluarkan keropok udang secara tradisional . . .  FINNA beransur-ansur menempa nama hingga menjadi 'besar' dalam industri pengeluaran keropok udang di Indonesia sekarang.




Sejarah permulaan dan perkembangan industri keropok udang FINNA dari tahun-tahun 50-an hingga sekarang 


Malah kini FINNA merupakan pengeluar dan pengedar keropok udang terulung di dunia.

[ "From a humble beginning man!" sampuk si jiran Omputih aku tu le . . .]


Terbukti kebenaran kata-kata orang tua-tua kita, "Usaha tangga kejayaan" dan "Berakit-rakit ke hulu, berenang-renang ke tepian . . . Bersakit-sakit dahulu, bersenang-senang kemudian." 


Ketika berkunjung ke outlet ini (walaupun buat pertama kali) . . . penulis berasa selesa dan yakin untuk berbelanja. 




 Teratur dan Kemas

 Pusat Oleh-Oleh FINNA 
menarik hati Jamil dan Penulis


Suasana mesra dan tenang yang ketara wujud di outlet FINNA menyebabkan  para pelanggan suka membeli produk-produk  yang terpamer di situ. 




 Nak beli apa lagi ni ?


Produk yang pelbagai jenis di outlet ini tersusun rapi. Keadaan outlet ini sendiri indah dan bersih. Packaging produk cukup menarik.




Cool, cool and cool


Layanan yang diberikan para pengendali outlet buat para pelanggan outlet ini juga special!




 Dari kiri:
 Alimah, Azizah, Trise Purnama (pengendali outlet)




Kaunter Cashier

Dari kiri: 
Azizah, Trise Purnama,
 Ethis Farica Garini, Alimah


Nah . . . apa lagi . . . Akak Zizah dan Akak Limah pun berbelanjalah sepuasnya.




Aku nak beli ni ke? 
Dia orang jual tak?




Belilah . . . bila lagi . . .




Eh . . . dah banyak kotak nampaknya . . . 
siapa nak junjung balik nanti?



Tak apalah Mil . . . asalkan semuanya happyHappy ending kata orang.




Aku risau gak ni!


Asalkan kita tak perlu junjung keropok udang tu sampai ke Malaysia . . . he, he.

    


Bamuda
dsuarang.blogspot.com