Assalamualaikum dan Selamat Sejahtera
Pokoknya Padang
"Pak . . . mahu makan di mana kali ni?" tanya Sunyoto aka Yoto kepada Pak Sani aka Jamil . . . setiap kali kami berempat menaiki kereta untuk dibawa pergi makan.
Setiap kali juga aku geli hati apabila Yoto sendiri yang akan menjawab, "Mana saja ya . . . pokoknya Padang."
Sunyoto dan Pak Sani
seketika tiba dari Bandar Udara Juanda
Yoto dan Penulis
Mendengar jawapan sedemikian . . . bersahaja serta penuh kejujuran . . . daripada juru pandu kami itu . . . sudah menjadi rutin harian kami di sana.
Ini kerana Jamil sudah sedia memaklumkan kepada Yoto bahawa kami tidak kisah sangat makan di mana jua . . . asalkan tempat makan itu bersih dan hidangan makanannya lazat . . . dan penting juga layanannya mesra.
Apa yang paling utama . . . POKOKNYA PADANG!
Tengok apa tu . . . nasi dah terhidang
Dah menoleh pulak . . . bila nak makan?
Tak makan lagi?
Tunggu sekejap?
Ha . . . kan dah tak ada makanan!
Begitulah keadaannya apabila timbul bab makan-makan di Surabaya ini. Yoto sudah ngerti bangat.
Dalam kotak fikiran Jamil, Azizah, Alimah dan aku sendiri pula . . . tagline "Pokoknya Padang" membawa maksud yang istimewa serta tersendiri . . . eksklusif . . . real nasi Padang . . . tiada yang lain!
Pokoknya Padang . . . walau di Surabaya
Sebelum Berangkat Pulang
Kita makan dulu . . .
Nampak dah lapar tu . . .
" Hmm . . . Tapi Pak Sani . . . terimalah buah
tangan dari isteri saya ni dahulu," kata Yoto
Lebih jelas ceritanya . . . selain makan di hotel . . . selama di Surabaya kami akan mencari makanan Padang setiap kali hendak menjamu selera.
Nasi Padang yang popular itu mudah didapati di Surabaya. Malah aku diberi tahu makanan Padang ini mudah terdapat di mana-mana di Indonesia dan di merata dunia.
Rumah Makan Sabana . . . Bundo Sati
Makan lagi . . . pokoknya Padang kan . . .
Staf rumah makan menghidangkan makanan
Ada apa-apa nak order lagi . . . ?
Pak Erzon aka Jon atau John?
Pengusaha / Pengurus Bonda Sati
(asal Jambu Air, Bukit Tinggi, Sumatera)
Terima kasih Pak Erzon atas layanan yang mesra
ketika kami di Rumah Makan Bonda Sati
Aku percaya. Spontan minda nakalku terfikir . . . kalaulah orang Padang boleh sampai ke bulan . . . pasti yang pertama wujud di sana ialah perniagaan . . . Rumah Makan Padang!
"Makan apa encik . . . apa sajalah . . . pokoknya Padang."
Bamuda
dsuarang.blogspot.com
dsuarang.blogspot.com