Renungan Tahun Baru
Aku rasa relevan sangat menghadirkan sedikit catatan di ruang ini . . . untuk merakamkan rasa setinggi-tinggi kesyukuran terhadap kurniaan Ilahi kepada aku sekeluarga . . . dan mudah-mudahan juga kepada para pembaca yang budiman . . . selama ini.
.
Ya Allah . . . berkatilah kami semua terus menerus. Sesungguhnya tanpa pertolongan-MU Ya Allah . . . entah bagaimanakah keadaan kami dan di manalah pula tempat kami!
Aku bersyukur masih diizinkan-NYA menulis dan berfikir seperti dahulu . . . ketika aku berkhidmat sebagai seorang editor. Sudah lebih daripada 11 tahun aku bersara wajib sekarang.
Sepanjang tempoh hidup ini . . . Allah swt telah memberikan kepada aku sekeluarga segala kenikmatan yang diidamkan oleh hambanya.
Aku percaya para pembaca yang budiman juga telah dianugerahkan Allah swt rahmat dan nikmat yang sama. Alhamdulillah.

Namun . . . kadangkala adalah juga ujian dan dugaan terhadap kesabaran dan ketabahan hati ini dalam menjalani hidup sehari-hari.
Aku tetap bersyukur dapat melalui atau mengalami keadaan yang sedemikian kerana aku percaya setiap ujian Allah itu membawa bersamanya sesuatu kebaikan yang tidak terduga oleh akal manusia.
Tentu sahaja ada hikmahnya!
Aku yakin para pembaca yang budiman juga ada berhadapan dengan ujian dan dugaan yang sedemikian dari masa ke masa. Aku juga yakin segala ujian dan dugaan itu . . . dapat jua diharungi dan diatasi . . . dengan tabah . . . dan hati penuh reda akan qadak dan qadar Allah swt.

Dan . . . sebagai hamba yang kerdil . . . aku hanya mampu bersyukur, bersyukur dan bersyukur.
Maka pada awal tahun 2013 ini . . . aku paparkan bisikan hatiku dalam bentuk puisi yang tidak sepertinya . . . dengan penuh kerendahan hati dan keinsafan.
Ampunilah hamba-MU ini Ya ALLAH.
Maka pada awal tahun 2013 ini . . . aku paparkan bisikan hatiku dalam bentuk puisi yang tidak sepertinya . . . dengan penuh kerendahan hati dan keinsafan.
Ampunilah hamba-MU ini Ya ALLAH.
jika matahari cukup sasa
bagaimana pula Penciptanya
fikir fikirkan . . .
tentu pencetus segala kuasa
jauh lebih perkasa!
jika bulan cukup indah
jika bulan cukup indah
bagaimana pula Penciptanya
fikir fikirkan . . .
tentu pemberi segala anugerah
jauh lebih menyerlah!
Maha Suci Allah!
bagaimana langit tiada bertiang
mengapa wujud malam dan siang
apakah tidak berasa hairan
angin bertiup berarak awan
ada ribut ada hujan
ada laut ada daratan!
planet bergantungan di angkasa lepas
terapung bebas
semuanya menawan
betapa pula Penciptanya
fikir fikirkan . . .
Maha Suci Tuhan!
guruh dan kilat
siapa yang empunya kudrat
lembah bukit gunung dan tasik
gerun dan cantik
tumbuh-tumbuhan
tumbuh-tumbuhan
haiwan nan pelik
fikir fikirkan . . .
fikir fikirkan . . .
siapa yang mentakhlik
ada ringan ada berat
mentari mesti terbenam di barat
fikir fikirkan . . .
mengapa jadi lumrah sejagat
mentari mesti terbenam di barat
fikir fikirkan . . .
mengapa jadi lumrah sejagat
ada mula ada akhir
sungai mesti mengalir ke hilir
fikir fikirkan . . .
siapa yang empunya takdir!
Abdul Majid Baharom
(kemaskini 8.1.2013)
(kemaskini 8.1.2013)
Bamuda
dsuarang.blogspot.com
As-Salam, Uda;
ReplyDeleteDugaan besar menimpa teman dan rakan-rakan hari ini. School division di Longman (Pearson) ditutup. 64 oramg termasuk teman terbuang. Bersara le teman mulai 8 Februari 2013.
As-Salam adinda Zul,
ReplyDeleteAllahuakbar . . . begitulah hebatnya dugaan yang dihadapkan kepada adinda oleh-NYA.
Demikian ketentuan-NYA . . . namun usah gundah (gusar jangan sekali!) . . . Allah swt sentiasa mempunyai perancangan-NYA tersendiri.
Adalah kebaikan yang lebih besar menanti adinda di masa hadapan kelak. Ada hikmah yang tersirat!
Tabah dan sabar menerima dugaan itu kan sifat orang yang beriman . . . Mudah-mudahan Allah swt sentiasa mempertingkatkan ketabahan dan kesabaran di sanubari adinda. Amin.