Monday, February 25, 2013

Destinasi Saigon






Assalamualaikum dan Selamat Sejahtera



Lawatan Pembuka Jalan



Jumaat 15 Februari 2013 kira-kira jam 9:15 pagi . . .  aku bersama Jamil, Abu Bakarudin dan Nadim memulakan perjalanan ke Vietnam . . . negara yang dilanda peperangan teruk sejak tahun-tahun 1940-an hingga sekitar tahun-tahun 1970-an.










Lebih tepat lagi . . . kami ke Ho Chi Minh City (dahulunya Saigon) di selatan Vietnam.





Di antara kami berempat . . . Nadim sahaja yang pernah sampai ke Saigon sebelum ini. Kami yang bertiga lagi baru pertama kali hendak menjejakkan kaki ke daerah itu.



Amin (berbaju kuning) yang baik hati menghantar Jamil, Bakar dan Nadim ke LCCT pagi-pagi ni . . . terima kasih daun keladi . . . 


Sedikit tentang sejarah Vietnam. Perancis mula menjajah Indochina pada lewat tahun-tahun 1800. Perancis menubuhkan jajahannya di Vietnam, Laos dan Cambodia.




Republik demokratik Vietnam di bawah pimpinan Ho Chi Minh wujud selepas Perang Dunia Kedua.



Namun demikian banyak pertempuran dan keganasan berlaku di antara pihak penjajah Perancis dengan Komunis Viet Minh dari tahun-tahun 1946 hingga 1953. Pada tahun 1954 Perancis tewas dalam peperangan di tangan Viet Minh.

Ini membawa kepada Persetujuan Geneva yang membahagikan Vietnam kepada dua bahagian yakni pihak komunis di utara dan pihak pro Barat di selatan.

Setelah mendapat kemerdekaan daripada Perancis, Vietnam Utara mahukan seluruh Vietnam disatukan bawah perintah komunis. 

Pada tahun 1959, dengan bantuan pihak Viet Cong ( Barisan Pembebasan Nasional) di selatan Vietnam, Vietnam Utara menyerang Vietnam Selatan.

Bimbangkan pengaruh dan kuasa komunis merebak ke Vietnam Selatan, Amerika Syarikat mula melibatkan diri dalam kancah peperangan di Vietnam Selatan pada tahun 1965. 

Pengeboman sasaran-sasaran di Vietnam Utara dilakukan  pesawat pejuang Amerika Syarikat melalui pelancaran Operation Rolling Thunder pada Mac 2, 1965.

Kempen pengeboman itu dijangkakan mengambil masa lapan minggu sahaja tetapi akhirnya berlanjutan sehingga tiga tahun!

Setelah beribu-ribu lagi askar Amerika dihantar ke Vietnam Selatan kemudiannya . . . Presiden Amerika Syarikat ketika itu, LB Johnson meminta bertemu pihak Vietnam Utara di meja rundingan untuk mencari jalan penyelesaian damai.

Permintaan Presiden Amerika itu beberapa kali dilakukan tetapi tidak pernah mahu dilayani pihak Vietnam Utara.

Apabila Richard Nixon pula dipilih sebagai Presiden Amerika pada tahun 1969 beliau secara terang-terangan menyatakan hasratnya untuk menamatkan Perang Vietnam dengan segera. 

Nixon sesungguhnya tertekan oleh desakan rakyat Amerika Syarikat sendiri yang serius mempersoalkan ribuan jumlah korban tentera Amerika di Vietnam yang terus-terusan meningkat dengan banyaknya dari masa ke masa.

Menjelang Oktober 1972 barulah Nixon dapat memujuk pihak Komunis Vietnam Utara berunding. Presiden Nixon cepat sahaja bersetuju dengan syarat-syarat perdamaian yang ditetapkan pihak Vietnam Utara.

Namun . . . Presiden Vietnam Selatan ketika itu . . . Nguyen Van Thieu . . . tidak mempersetujui keadaan yang sedemikian. 

Serangan-serangan oleh ribuan tentera Vietnam Utara terhadap Vietnam Selatan . . . setelah tentera Amerika keluar berperingkat-peringkat daripada negara itu . . . berterusan sehingga akhir tahun 1972. 

Pada Januari 27, 1973 suatu perjanjian damai ditandatangani di Paris oleh semua pihak yang terlibat dalam kancah peperangan di Vietnam . . . tetapi permusuhan antara Vietnam Utara dengan Vietnam Selatan tetap berlanjutan sebaik sahaja pihak Amerika Syarikat  memuktamadkan pengunduran keseluruhan tenteranya  meninggalkan Vietnam. 

Peperangan yang dahsyat berlaku selama kira-kira dua tahun lagi di antara dua pihak senegara yang bergelar Vietnam ini. 

Pada April 21, 1975 . . .  Xuan Loc . . . bandar terakhir yang menjadi benteng pertahanan Saigon jatuh ke tangan pihak Vietnam Utara.

Akhirnya pada April 30, 1975 pihak Vietnam Selatan menyerah kalah. Maka berakhirlah juga peperangan di Vietnam.

Vietnam menjadi sebuah negara yang bersatu. Saigon diberi nama baru Ho Chi Minh City. Vietnam lantas diperintah oleh pihak Komunis Utara dengan ibu negaranya di Hanoi.





Demikian secara ringkas tentang Vietnam yang kita lihat sekarang. Negara yang dilanda peperangan ini kini aman dan sedang giat membangun.

Tanpa membuang masa lagi kami bergerak menuju pesawat yang bakal menerbangkan kami ke bandar di selatan Vietnam . . . yang kini bernama Ho Chi Minh City.






Langkah awal . . .




Langkah pertengahan . . . 




Langkah penamat . . . (macam belajar silat lak)


Penerbangan ke Saigon dari LCCT Sepang biasanya mengambil masa 1 jam 55 minit. 




Nadim (kiri), Abu Bakarudin (membaca . . .)



Ini bukan orang Vietnam . . . hmm 



Jamil (kiri), penulis (nak pose juga)



Nak apa pakcik? . . . Tapi kena bayar ya . . .  





Minum-minum aje . . . 





dah sampai . . . dah sampai . . . dah sampai . . . 



Kami berempat tiba di Tan Son Nhat International Terminal (lapangan terbang antarabangsa Saigon) 17 minit lebih awal daripada waktu yang dijadualkan . . . kira-kira pada jam 9:53 pagi waktu tempatan . . . (waktu Saigon satu jam terkemudian daripada waktu kita di Malaysia.)






ok gak airport ni . . . 









ah kena ikut guide ni lah . . . 



jumpa ramai orang kita kat airport Saigon ...



smoking? . . . mesti le . . . 


perbincangan saudara . . . 



berfoto dengan anggota-anggota delegasi . . . 



Kami terus sahaja ke tempat penginapan yang siap ditempah Jamil . . . . sebuah hotel yang decent di city centre Saigon untuk berehat sebentar dan menghilangkan lelah . . . sebelum bergerak lagi bagi memenuhi lain-lain acara kunjungan kami ke bandar ini. 




Cukup VD ke nak bayar tu? . . .
 (VD = Vietnam Dong bukan lain-lain) 
  


La . . . Mr Burn kita ni masuk ikut pintu mana tu? 
Depan kanan? Nak cuba-cuba memandu kat sini?
Taklah . . . kat sini left hand drive . . . bro!




indahnya cuaca pagi ni . . . 


ambil gambar lagi . . .
 ha inilah drebar teksi yang sebenar . . . 



are d rooms ready ?




. . . baca lagi . . . bagus sheikh ni . . .
 tertanam baik budaya membaca dalam dirinya . . . 



ini lak asyik posing je . . . 
ya lah angan-angan nak jadi 
model iklan dulu tak tercapai




Hotel Dragon rupanya beb!


Lain-lain kisah kunjungan kami ke Vietnam insya-Allah dipaparkan nanti dalam entri berikutnya.




Bamuda
dsuarang.blogspot.com

No comments:

Post a Comment