Assalamualaikum dan Salam
Sejahtera
Kita sembang lagi tentang
‘adat’ dan ‘pantang larang’ orang Malaysia dulu dan sekarang.
Dulu:
Orang kita tidak berani naik satu basikal dua orang (sama ada menumpang di palang hadapan atau duduk di atas carrier belakang).
Mereka tidak boleh berbuat demikian kerana ada semacam ‘kebiasaan' peraturan lalulintas yang tidak membenarkan perbuatan itu.
Polis akan mengejar lantas menahan mereka yang melakukan ‘kesalahan’ itu. Apabila ‘tertangkap’ . . . nasib tidak baik . . . orang dulu-dulu yang melanggar ‘peraturan’ itu boleh dibawa ke balai polis dan dikenakan tahanan atau denda.
Sekarang:
Polis nampaknya memang tidak berapa kisah jika ada orang kita yang naik basikal dua orang (apatah lagi sekarang sudah amat kurang basikal digunakan oleh orang kita!)
Tetapi . . . malangnya orang kita kini beralih pula kepada perbuatan bebas menaiki motosikal dengan muatan lebih daripada dua orang (tiga atau empat orang pun ada!)
Mereka tidak pula dikejar atau ditahan oleh polis seperti yang dilakukan kepada orang yang ‘bercarry’ naik basikal dulu-dulu.
Mengapa ya?
Mungkin motosikal sekarang dah terlalu banyak macam basikal pada masa dulu. Siapa pun boleh tunggang . . . tanpa lesen dan tanpa menghiraukan soal had umur layak atau pemahaman undang-undang atau peraturan jalan raya dan lalulintas.
Atau, agaknya polis nak kejar pun dah tak larat. Motosikal kan lebih bergerak cepat!
Mungkin juga polis dah terlalu banyak kerja lain yang hendak diuruskan!
Orang kita pula agak-agaklah sedikit . . . janganlah menunggang motosikal nak disamakan pula dengan menaiki basikal . . . termasuklah tak payah pakai topi keledar.
Kepala dah keras? Atau . . . dah keras kepala?
Apo kato ekau Jang? Suko atilah?
Teman nulih ni pun suke-suke aje . . .
Teman nulih ni pun suke-suke aje . . .
Cakap pun tak guna . . . tentu dah berbuih mulut mak bapak masing-masing menasihat . . . atau mak bapak tu yang memerlukan nasihat . . . apabila ada pula di antara mereka yang dengan selamba membawa lebih dua atau tiga orang penumpang di atas motosikal masing-masing.
Atau . . . lebih hebat lagi . . . ada ibu bapa yang meletakkan anak kecil mereka di atas riba sambil mereka memandu kereta.
Kadangkala tangan anak itu berpaut kepada stering kereta itu seolah-olah beraksi memandu juga.
Mungkin saja anak itu hendak dilatih menjadi co-driver rally racing dari bayi lagi . . . ya lah kata orang nak melentur buluh biar dari rebungnya atau nak pupuk skill biar dari zaman bayi . . . hmm.
Bamuda
dsuarang.blogspot.com
dsuarang.blogspot.com
No comments:
Post a Comment