Tuesday, April 30, 2013

d'SUARANG di mata Alfian





Assalamualaikum dan Selamat Sejahtera


Entri/status yang dipos Alfian dalam facebook penulis kelmarin menyentuh perasaan kami di d'SUARANG.

Maka dengan itu penulis mohon izin menerbitkan semula pandangan yang dicoretkan* Alfian itu dalam blog ini. Semoga Alfian tidak keberatan.

Dalam pada itu . . . penulis dengan rendah hati terfikir sama ada layak sanjungan sedemikian  diberikan kepada kami di d'SUARANG.

Sesungguhnya . . . apa yang kami lakukan itu tidaklah seberapa . . . perbuatan lumrah dilakukan orang . . . apabila menerima dan melayan tetamu di kediaman masing-masing . . . yakni cuba memberikan segala keselesaan dan kemesraan yang termampu. 

Namun . . . andainya Alfian memang ikhlas senang dan terhibur dengan apa yang dialami di rumah kami . . . yang " bukan rumah gadang, sekadar tempat menumpang " . . . kami tetap bersyukur kepada ALLAH SWT . . . kerana menggerakkan hati Alfian berperasaan begitu. Alhamdulillah.

Berikut ulangterbit tulisan Alfian berjudul nama rumah kediaman kami: 






Salam d’SUARANG !!!



Sedikit cerita tentang d’SUARANG bukan rumah Gadang , hanya sekedar tempat menumpang !! 28 april 2013 , is a great day , menemani kak ria , istri dari maha guru saya Zainuddin oie bertemu dengan atok nya di d’SUARANG . d’SUARANG adalah kediaman yang sangat damai sangat terasa kekeluargaan dan terpancar kebahagian dalama kediaman tersebut padahal saya baru pertama kali berkunjung ke tempat tersebut , sedikit comment tenteng d’SUARANG rumah yang minimalist , unik dan sangat menarik LUAR BIASA , d’SUARANG adalah kediaman dari atokAbdul Majid Baharom beliau adalah orang yang super duper bagi saya , saya sangat bersyukur Allah telah mempertemukan saya dengan beliau ,beribu motivasi hidup saya dapatkan dari beliau , beliau orang yang cukup ramah , hampir dari setiap ucapan beliau bisa menjadi motivasi hidup yang cukup besar bagi kami , beliau juga mengajarkan kami betapa indahnya hidup , tidak perlu rumah yang besar , di dalam sebuah rumah hanya perlu kebahagian dan kekeluargaan …beliau juga seorang penulis lagu , tidak hanya itu beliau juga seorang editor Dictionary OXFORD MALAY – ENGLISH super sekali bukan … disela kesibukan beliau beliau masih sempat menyisakan waktunya untuk berbagai pengalaman di dunia maya , beliau ternyata juga seorang blogger huff super sekali !! silahkan main ke blog beliauhttp://dsuarang.blogspot.com , ada sedikit lg yang membuat saya begitu terharu , beliau juga menulis tentang kunjungan kami ke tempat beliau di halaman blog nya silahkan di baca http://dsuarang.blogspot.com/2013/04/ria-di-dsuarang.html , terima kasih atok untuk semuanya , terima kasih atas ilmu yang sangat berguna , terima kasih atas jamuan yang sangat istimewa , terima kasih atok , terima kasih dan terima kasih , semoga ALLAH selalu memberi atok kesehatan , kemudahaan rezeki dan kedamaian aminn … see you again !!!


Monday, April 29, 2013

Ria di d'SUARANG






Assalamualaikum dan Selamat Sejahtera 




Ahad 28 April 2013 bersamaan 17 Jamadil Akhir 1434H . . . 

Ria di d'SUARANG? 

Memang tadi pada kira-kira dari jam 1:00 hingga 3:30 petang . . . Ria di d'SUARANG.

Ria di d'SUARANG? Mengapa? Ada berlangsung apa-apa majlis yang menggembirakan?

Tidak? Jadi mengapa ria . . . ? Jelaskan!

Oh . . . mahu penjelasannya ya . . . mudah bak itu!

'Ria' yang ini bukan 'kata adjektif/kata sifat' yang membawa erti 'gembira', 'girang', 'riang', 'sukacita' . . . bukan kata bagi menggambarkan suasana sesuatu peristiwa.

'Ria' yang ini sebenarnya . . . nama seorang insan . . . Ria Dm , seorang wanita dari tanah seberang . . . Aceh/Medan . . . yang penulis berpangkat 'atuk' kepadanya!







Bergaya . . . melamun apa?
. . . introducing . . .

Ria Dm





Bersama opah . . .

Ria (kiri) dan Alimah 




Bersedia untuk difoto oleh Fajri . . . 




Pose habis . . . 

Dari kiri: 
Lyana, Ria, penulis, Alimah, Nursiah, Alfian





All smiles . . . 
(posisi subjek sama seperti dalam foto di atas)




Posing lagi ya . . . 

Dari kiri:
Afzan, Ria, penulis, Alimah, Nursiah, Alfian





Kenapa ni . . . apa dah jadi?




Oh . . . hendak difoto lagi rupanya . . . 

Dari kiri:
Afzan, Ria, Penulis, Alimah, Nursiah, Alfian, Fajri




Lihatlah aksi tersendiri dua orang tu . . . tau siapa kan . . .
(posisi subjek sama seperti dalam foto di atas)




Lain zaman . . . hmm

Dari kiri:
Atuk, Ria, Opah




Peace (victory?) . . . yo . . . 
aksi orang muda yo . . . 





All in a row . . . one family . . .



Mengapa penulis bermukadimah hinggakan begini?


[Monolog (sasaran tertentu): Suka hati akulah . . . kan ini sebuah negara yang pemerintahannya bersistemkan demokrasi . . . kan kita punya kebebasan bersuara dan berlaku ekspresif ( dalam penulisan tidak terkecuali!) . . . kan negara kita mengamalkan budaya menghormati hak sendiri-sendiri rakyatnya . . . yang konon teguh berlandaskan hak asasi manusia sejagat!

Maka maknanya . . . kita boleh saja menulis, menulis dan menulis . . . asalkan tahu memelihara etika dan batas penulisan yang mencerminkan kehormatan dan budaya diri kita sendiri sebagai warga negara yang benar-benar baik dan berhemah tinggi!

Dalam bahasa mudah . . . janganlah menulis sesedap rasa saja . . . hingga bertaburan fitnah dan caci maki atau hina cerca terhadap orang lain melalui tulisan kita itu!

Cukup penjelasanku begini . . . sebagai warga negara ini aku juga punya hak terhadap segala jenis 'kebebasan' yang dikecapi setiap rakyatnya . . . ] 


Namun, sekarang lebih penting kita kembali kepada pokok perkara (kisah) yang ingin penulis sampaikan tentang insan bernama Ria ini.

Waktu paling sesuai untuk penulis berbuat demikian tentulah pada ketika kami sama-sama bersantai . . . menjamu selera . . . di meja makan





Sudikanlah makan . . . jangan segan-segan . . . 




Sambil makan kita bersembang-sembang . . . 




Baru terasa makan sekeluarga . . . 




Ha . . . kan enak santai begini . . . 




. . . tapi sanggupkah . . . 
dengar ceramah/khutbah/tazkirah cara ini? 
hmm . . . apa aje le!



Begini kisahnya. Setelah menamatkan pengajian ijazah pertamanya di Solo, Pulau Jawa, Indonesia . . . Ria ditawarkan peluang melanjutkan pelajarannya di Institusi Pengajian Tinggi Awam di Malaysia pula.

Beliau kini mengikuti program Sarjana (Masters) dalam suatu cabang ilmu pendidikan yakni Pendidikan Pemulihan  (Learning Disabilities) di Universiti Pendidikan Sultan Idris (UPSI), Tanjung Malim.

Pada ketika ini Ria sudah di peringkat menyempurnakan segala keperluan akhir bagi mendapatkan Ijazah Sarjana yang ditawarkan kepadanya.

Penulis juga difahamkan bahawa Ria berhasrat melanjutkan lagi pelajaran beliau ke peringkat lebih tinggi . . . PhD (Doktor Falsafah/Doctor of Philosophy) . . . di Jerman .

Syabas Ria . . . semoga terus sukses. Itu doa atuk. Amin.

Tidak lengkap rasanya jika penulis tidak  menyatakan bahawa ini merupakan kali pertama Ria ke d'SUARANG. 

Beliau ke mari ditemani ibu mertuanya Pn Nursiah yang masih berkhidmat dengan pihak swasta di Medan . . . serta rakan-rakan pelajar beliau  . . . Alfian dan Fajri (berasal dari Aceh) . . . yang sedang menuntut di Universiti Islam Antarabangsa, Gombak.


Alfian dan Fajri pelajar Tahun 2 yang mengikuti program sarjana muda dalam bidang IT.

Untuk Alfian dan Fajri juga penulis mendoakan agar sukses dalam segala pengajian yang diikuti mereka . . . dan kemudian nanti dalam kerjaya yang diceburi masing-masing. 

Cerita punya cerita dan sembang punya sembang . . . akhirnya pada jam 3:30 petang Ria dan rombongan beliau memohon diri untuk  pulang ke hotel tempat Ria dan Pn Nursiah menginap di Pudu Sentral. 

Pada jam 5:00 petang ini juga Ria dan Pn Nursiah harus ke airport untuk menaiki pesawat yang akan berlepas ke Medan pada jam 9:00 malam. Selamat jalan. 






Mesti ada sesuatu . . . hinggakan mereka begitu . . . 

Dari kiri:
Alimah, Nursiah, Ria





Mereka ni melihat telatah siapa agaknya . . . 





 Alfian ni mau memandu apa?
 oh cerita tentang baca koran . . . hmm





Promosi apa ya?
. . . ini teman baik saya . . . sejak lama . . .





Oh . . . yang tadi . . . 
rupa-rupanya Fajri  sedang memperkatakan sesuatu . . . 
tentunya yang melucukan 





Dah habis dah . . . ceritanya . . . 






Ria: Lain kali kita sambung lagi ya atuk . . . 
Atuk: Ok aje Ria . . . 


Waktu amat mencemburui pertemuan keluarga yang begitu ringkas ini. Cepat sekali detik berlalu. 

Alhamdulillah . . . dengan izin-NYA . . . kita telah dipertemukan pada hari ini. Silaturahim antara kita terjalin jua . . . seperti yang kita harapkan.  

In Shaa Allah . . . kita berkumpul lagi pada  ketika yang lain. 

Kepada Ria , Pn Nursiah, Alfian dan Fajri . . . penulis mengucapkan terima kasih yang tidak terhingga kerana sudi berkunjung ke d'Suarang. Kami senang dengan kunjungan kekeluargaan ini.

Mohon dimaafkan andai berlaku sebarang kekurangan dalam layanan kami terhadap anda semua.

Panjang umur kita berjumpa lagi.




Bamuda
dsuarang.blogspot.com

Thursday, April 25, 2013

Siapa Lebih Bertamadun?







Assalamualaikum dan Selamat Sejahtera




Pinjam 'posting' seorang rakan fb baru-baru ini . . . tertarik melihat haiwan lebih 'berakal' daripada manusia . . . walhal manusia yang lebih utama dikurniakan sebaik-baik akal oleh Allah SWT . . . bukannya haiwan!


Fikirkan . . . fikirkanlah . . . sendiri-sendiri, apa petunjuk dan apa erti! 


Terima kasih Siti Hajar Izzati kerana melakukan 'posting' yang walaupun bersifat lucu (humorous) . . . namun tetap menginsafkan . . . bagi golongan 'manusia' yang berakal!

Saturday, April 20, 2013

Best Day x ke-3 Amad





Assalamualaikum dan Selamat Sejahtera



Gambar . . . Pencerita Terbaik Peristiwa  




Ahmad Iman Iskandar @ Aii @ Amad menyambut hari Ulang Tahun kelahirannya pada setiap 21 haribulan Januari. Kali ini ialah Ulang Tahun Kelahiran ke-3 baginya.





































Alhamdulillah . . . dengan izin Allah SWT . . . dapat diadakan suatu majlis sambutan HUTK ala kadar untuk Amad bagi tujuan meraikan hari berkenaan di d'SUARANG.










































Majlis diadakan pada Hari Ahad Mac 10, 2013 dan dihadiri ahli keluarga, sanak saudara dan sahabat handai rapat.




































































































Bacaan doa selamat dan kesyukuran telah diadakan pada awal majlis . . . dipimpin moyang Amad . . . Tuan Hj Lokman Mohd Shariff (bapa saudara penulis).
















































Sesudah itu barulah sambutan hari Ulang Tahun Kelahiran Ke-3 Amad dilaksanakan dalam suasana penuh warna-warni.

















































































































































Alhamdulillah . . . meriah juga jadinya majlis yang telah diadakan. Para tetamu disajikan berbagai jenis makanan dan minuman . . . dengan secukupnya.































































Bagi penulis perkara yang paling menyeronokkan ialah ketika dapat bertemu sanak saudara dan sahabat handai . . . dan bertanyakan khabar satu sama lain . . . serta bersembang santai dan panjang!





































Suasana dan Tema Majlis


"Lautan Dalam" menjadi tema sambutan HUTK Amad tahun ini. Para hadirin sempat merakamkan foto masing-masing bersempena tema ini . . . lantas memeriahkan suasana majlis. 

Wajah keriangan terlihat di mana-mana . . . khasnya di kalangan kanak-kanak yang hadir. Alhamdulillah.














































































































Aksi Buzzday Boy dan Geng pada HUTK























































Hadiah dan Cenderahati Untuk Amad


























































Terima kasih kepada semua hadirin yang sudi meramaikan majlis untuk menyambut best day cucu sulung penulis  ini.

Kehadiran semua amat dialu-alukan.























































































Penghargaan juga ditujukan kepada semua ahli keluarga, sanak saudara dan sahabat handai yang telah membantu dalam menjayakan keberlangsungan majlis HUTK x 3 Amad. 




Fokus Keluarga






































































































































Terima Kasih
daripada
Buzzday Kid





Ahmad Iman Iskandar @ Aii @ Amad ternyata  gembira menyambut hari istimewanya . . . dan . . . dengan cara dan gaya yang tersendiri Amad menyampaikan penghargaan ikhlas kepada semua yang telah bersusah payah menjayakan keberlangsungan majlis HUTK untuknya itu. 

Keluarga Amad pula menambah . . . "Allah SWT sahaja yang dapat membalas budi baik semua".




Bamuda
dsuarang.blogspot.com