Thursday, May 23, 2013

Hero Malaya Dapat Menantu





Assalamualaikum dan Selamat Sejahtera



Orang Seni Beresmi Padi


Apabila terbaca tajuk "Rosyam bakal terima menantu" dan kemudian terlihat akan gambar kecil di ruang RPA dalam akhbar tempatan No 1 Malaysia . . . perhatian penulis serta merta tertarik untuk terus membaca bahan berita yang tersiar itu.




Keratan Akhbar
Harian Metro Jumaat 19 April 2013


Penulis ingin mengetahui dengan lebih lanjut apa yang 'terbaru' tentang Rosyam Nor (Hero Malaya) ini.

Penulis bukanlah orang paling akrab atau karib dengan pelakon handalan ini. Rosyam Nor pun tidak pernah mengiktiraf penulis sebagai 'kenalan' rapatnya. Itu bukan pokok bicara.

Apa yang sebenarnya terlintas di minda penulis ialah . . . wajah 'budak' perempuan di samping pemuda dalam gambar kecil akhbar itu . . . macam pernah penulis kenal secara dekat.






Arneisha Azureen 
(berbaju hijau duduk di hadapan)
{Foto 2002}


Baca punya baca berita yang tersiar di Harian Metro pada hari Jumaat 19 April 2013 itu . . . jelaslah kepada penulis . . . 'budak' perempuan itu anak sulung Rosyam Nor. Namanya Arniesha Azureen.

Arniesha Azureen bakal melangsungkan perkahwinannya dengan seorang pemuda bernama Mohd Hafiz Haji Mohd Said.

Penulis langsung bertanya kepada isteri dan anak-anak penulis sama ada ini 'budak' perempuan yang pernah datang berkunjung ke rumah penulis pada suatu waktu dahulu . . . (tahun 2002).






Arniesha Azureen
(berdiri dipeluk Rosyam)
{Foto 2002}


Ketika itu 'budak' perempuan ini masih terlalu budak lagi. Masih anak dara sunti kata orang. Dia datang bersama tiga orang lagi adik beradiknya (semua perempuan) . . . dan tentunya dibawa oleh bapanya Rosyam Nor Shamsuddin dan ibunya Runika Mohd Yusof.






Rosyam, Hazry, Penulis





Halim, Rosyam, Hazry


Penulis hanya mampu mengucapkan "Subhanallah" . . . "How time flies!"

Keluar sedikit daripada kerangka cerita perkahwinan Arniesha Azureen . . . penulis ingin mengisahkan secara ringkas bagaimana 'persahabatan' terjalin antara penulis dengan Rosyam Nor.


Pada tahun 2000 . . . penulis ditawarkan menyambung kontrak sebagai karyawan dalam siri telekuiz oleh M-Vision Communications Sdn Bhd. 







Dari kiri: 
Penulis, Shireen, Rosyam, Halim, Anum


Penulis berperanan sebagai Penggubal Soalan & Pengadil (Quiz Master & Judge) bagi siri "Juara Minda" untuk para pelajar IPTA. 

Rosyam Nor pula ditawarkan kontrak sebagai Pengacara (Emcee) untuk siri telekuiz yang sama.

Kami bekerjasama menjayakan siri "Juara Minda" untuk TV 1  yang berterusan penerbitannya sehingga musim ke- 10. 






Penulis dan Rosyam Nor bekerja rapat sepanjang siri telekuiz itu berlangsung . . . baik ketika di belakang pentas/di atas pentas, ketika rakaman dan ketika berihat berselang episod.







Sikap kami terhadap satu sama lain ketika bekerja . . . profesional tapi personal . . . bertukar-tukar pandangan dan nasihat di mana dan apabila perlu.

Selama tempoh beberapa tahun bekerja itulah penulis sempat mengenali sikap dan peribadi 'orang seni' yang bernama Rosyam Nor. 






Dari kiri:
Hj Zainal, Penulis, Rosyam, 
Bettie Benafe, Wan Ibrahim, Shireen, Khalim


Beliau cukup bersungguh-sungguh dalam kerjayanya. Ramah dan mesra dengan semua . . . pekerja kasar, krew dan karyawan.







Geng "Juara Minda" 


Rosyam Nor (yang penulis kenal pada waktu itu) seorang  periang, penuh humor, mudah menerima teguran dan  tidak lokek pula berkongsi pengetahuan dan pandangan.






Dari kiri:
Penulis, Khalim, Hazry, Rosyam, Bettie Benafe, Anum


Pendek kata . . . walaupun Rosyam Nor itu seorang pelakon handalan . . . hingga terkenal sebagai Hero Malaya . . . beliau tetap merendah diri apabila berurusan dengan sesiapa sahaja. Resmi padi!

Kembali kepada upacara perkahwinan puteri sulung Rosyam . . . majlis pernikahan telah diadakan pada Ahad 12 Mei 2013  . . . manakala resepsi perkahwinan diadakan di Dewan Perdana Felda pada Sabtu 18 Mei 2013. 





Sudah remaja sekarang . . . 

{Adik beradik ini pernah dibawa ibu bapa mereka
 ke rumah penulis ketika mereka masih kecil lagi.}


Penulis tidak berkecil hati tidak diundang ke sana. Ruang  tentu sekali terhad untuk menempatkan semua hadirin bersekali di dewan tersebut . . . dan, Rosyam memang seorang yang mempunyai ribuan peminat . . . termasuk sanak saudara, sahabat handai, rakan dan taulan.

Penulis sebaliknya tetap berbesar hati apabila menerima jemputan daripada Rosyam untuk menghadiri resepsi perkahwinan Arniesha Azureen dengan Mohd Hafiz . . . yang kali ini diadakan di Dewan Komuniti Pantai Dalam pula.







Penulis sebenarnya sudah agak lama tidak berhubungan dengan Rosyam. Namun, Rosyam masih mengingati diri ini. Begitu besar jiwa persahabatannya! 

Terima kasih Rosyam atas ingatan anda.

In Shaa Allah . . . panjang umur ada rezeki . . . kami akan hadir  meraikan majlis resepsi perkahwinan Arniesha Azureen dengan Mohd Hafiz . . . di 'kampung halaman' anda kelak.

Semoga Arniesha Azureen dan Mohd Hafiz berbahagia selamanya sebagai pasangan suami isteri yang bakal memimpin keluarga mereka sendiri di masa muka.

Kepada Rosyam dan Runika . . . penulis mengucapkan selamat menerima menantu. 

Didoakan segala yang terbaik untuk anda berdua dan seluruh keluarga. Amin. 



Bamuda
dsuarang.blogspot.com

No comments:

Post a Comment