Assalamualaikum
Selamat Hari Raya Aidilfitri
kepada semua Muslimin dan Muslimat yang aku kenali dan yang mengenali aku . . .
Buat Renungan Menjelang 1 Syawal 1434H
Sebelum merungut tentang hak kebebasan bersuara atau bertindak . . . bersyukurlah Allah masih memberikan kita lidah yang boleh berkata-kata dan tubuh badan yang boleh bergerak-gerak . . . bayangkan kesukaran yang menimpa andainya lidah kita tiba-tiba kelu dan badan kita tiba-tiba kaku . . .
Sebelum merungut tentang hidangan makanan yang tidak hebat atau lazat . . . fikirkan nasib seseorang yang tiada langsung apa-apa pun makanan untuk ditelan . . .
Sebelum merungut tentang busana tidak mahal atau kurang berjenama . . . fikirkan bagaimana pula seseorang yang tubuh badannya tidak pernah dibaluti pakaian baru melainkan yang sudah compang-camping . . . atau perasaan seseorang yang terpaksa tinggal sehelai sepinggang menjelang raya akibat musibah atau mala petaka . . .

Sebelum merungut tentang kekurangan suami atau isteri sendiri . . . fikirkan tentang seseorang yang sentiasa bermohon kepada Allah supaya dipertemukan seorang teman hidup . . . namun hasratnya masih belum kesampaian hingga kini . . .
Sebelum merungut tetang kebosanan dalam kehidupan . . . fikirkan tentang seseorang yang amat mengharapkan jangka hayatnya dapat diperpanjangkan walau untuk sedikit waktu lagi . . .
Sebelum merungut tentang anak-anak yang kurang berjaya atau 'berhasil' . . . fikirkan tentang seseorang yang sangat menginginkan cahaya mata tetapi dirinya mandul . . .
Sebelum merungut tentang rumah tidak serba lengkap atau tidak terurus dengan mewah . . . fikirkan tentang seseorang yang hidup gelandangan . . .
Sebelum merungut tentang kepenatan memandu kenderaan sepanjang jarak yang jauh . . . fikirkan tentang seseorang yang terpaksa berjalan kaki sejauh jarak yg sama . . .
Sebelum merungut tentang kepayahan melakukan sesuatu pekerjaan sebagai mata pencarian . . . fikirkan tentang mereka yg menganggur, cacat anggota dan mereka yang amat berharap dapat bekerja seperti anda . . .
Sebelum menuding jari kepada orang lain konon atas sesuatu kesilapan . . . ingatlah sebenarnya satu jari sahaja yang menunjuk ke arah orang yang dituding manakala empat jari lain menunjuk ke arah orang yang menuding . . .
Sebelum mengutuk atau memfitnah . . . ingatlah bahawa tiada seorang pun yang benar-benar sempurna (tidak berdosa) dan bahawa setiap orang akan dipersoalkan tanggung jawab perbuatan masing-masing oleh satu-satunya . . . Maha Pencipta . . . alam ini . . .

ALLAH Subhanahuwataala
Selamat Hari Raya Aidilfitri
Maaf Zahir Batin
1 Syawal 1434H
. . . drpd pemilik blog
dsuarang.blogspot.com
dsuarang.blogspot.com
No comments:
Post a Comment