Wednesday, September 18, 2013

Era 80-an : Bandar Universiti Oxford








Assalamualaikum dan Selamat Sejahtera



Berkursus di Oxford University 1988 



Angin Barat Gelombang Barat . . . berterusan sepanjang era itu. Aku diperlukan berada di Oxford University Press (OUP, ialah penerbit rasmi Oxford University) untuk menjalani kursus tentang hal-hal pembikinan dan pengendalian kerja-kerja perkamusan.

Aku harus ke sana pada waktu itu (kononnya untuk diterapkan ilmu-ilmu leksikografi Inggeris ala Oxford) kerana aku merupakan editor / leksikograf yang bertanggung jawab dalam penerbitan kamu-kamus dwibahasa . . . khasnya kamus-kamus (Inggeris-Melayu) . . . di OUP/PFB Malaysia.













Lama juga sesi penyampaian dan penerimaan ilmu aku ikuti melalui kursus-kursus dalaman yang aku hadiri. Ikhlas aku katakan . . . banyaklah juga yang dapat aku pelajari.

Selainnya aku sendiri menganggap pemergian aku ke sana itu semacam berkursus-sambil-belajar . . . atau lebih mirip . . .  bercuti-cuti di United kingdom . . . tepatnya di England, Scotland dan Wales.













Apa pun . . . aku bersyukur kepada Allah SWT yang telah mengizinkan aku ke sana pada waktu yang agak awal dalam perjalanan kerjayaku.

Sebagai manusia biasa . . . aku tidak terlepas daripada menyimpan sedikit rasa bangga apabila dapat berkursus di sebuah universiti seperti Oxford.  Oxford University memang terkenal sebagai sebuah universiti dunia terhebat pada waktu itu . . . maka ramailah antara kawan-kawanku berasa iri (namun mereka masih menunjukkan sikap positif . . . he,he,he . . .  apabila aku terpilih ke sana! Jangan mare member acah aje . . . ) 


















Setiap pemberian Allah SWT tentu ada hikmah dan barakahnya. Melalui peristiwa yang aku alami ini . . . aku terdidik menjadi seorang yang berkeyakinan tinggi . . . khusus dalam bidang kerjayaku . . . sambil membolehkan pandanganku semakin terbuka mencakupi skop kehidupan yang lebih meluas. 

Paling tidak . . . aku berani menyatakan orang kita tidak kalah dengan mereka dalam bidang ilmu begini. Mereka yang selama ini sering kita anggap 'bijaksana' benar! 












Insya Allah akan menyusul pula kisah lain selepas ini. Kisah lama-lama sepanjang aku berada di negara 'orang putih' atau 'mat saleh' ini. 









Kisah-kisahnya tidaklah sehebat mana. Namun bagiku kisah-kisah itu tetap menghasilkan coretan ribuan warna dan makna dalam diari peribadiku sebagai 'orang kamus'! 

Mudah-mudahan Allah SWT berterusan menganugerahkan aku hidayah-NYA. Amin.





bamuda
dsuarang.blogspot.com

No comments:

Post a Comment