Sunday, December 1, 2013

Jodoh Kamil






Assalamualaikum dan Selamat Sejahtera



Kalau Jodoh Tidak Ke Mana 


Rabu 13 November 2013. Kira-kira jam 8:30 malam. Terdengar suara seseorang memberi salam di hadapan rumah penulis.

Penulis ketika itu sedang makan malam bersama keluarga. 


Suara orang lelaki yang memberi salam itu terus kedengaran.

Satu kali, dua kali . . . masuk kali ketiga penulis terus menjawab salam itu dari kejauhan meja makan.


Sambil itu penulis meminta Halim, anak penulis yang berada di rumah ketika itu, menjengah ke ruang hadapan untuk memastikan siapa gerangan yang memberi salam itu.


Seketika kemudian . . .  terdengar Halim berteriak," Pakcik Kamil, bah."

"Kamil? . . . Biar betul Lim! "


Penulis berkata demikian kerana Kamil sudah lama tidak datang ke rumah. Lagi pun . . . waktu begini Kamil memang tak akan datang . . . tanpa diundang.


"Ya, bah . . . Pakcik Kamil, kawan ofis abah dulu. . . Halim kenallah."


Penulis dengan pantas berhenti makan. Basuh tangan dan terus ke ruang hadapan rumah.

Dalam hati tertanya-tanya apa pula berita sedih yang dibawa Kamil kali ini .


Dulu, kira-kira dua tahun yang lalu . . . penulis pernah mendapat suatu berita yang menyedihkan melalui panggilan telefon . . . berhubungan keluarga Kamil.

Berita disampaikan oleh Cikgu Dolah, bapa saudara Kamil. Tentang kematian isteri Kamil. Zalikha telah meninggal dunia.

Allahyarhamah Zalikha memang penulis kenal baik. 

Selain pernah berkongsi hidup dengan Kamil sebagai isterinya . . . Zalikha juga pernah menjadi rakan sepejabat penulis ketika berkhidmat di syarikat penerbitan OUP/PFB sekitar tahun-tahun 1980-an. 

Berbalik kepada kisah Kamil singgah di rumah penulis malam itu . . . sebaik pintu dibuka oleh Halim . . . Kamil pun kami pelawa masuk.

Penulis dapat melihat Kamil memegang satu envelope panjang berwarna putih. Secara spontan penulis bergurau begini:

" Ha Mil, macam surat saman je tu."

"Memang nak saman ni," jawab Kamil. "Itu pasal saya datang jugak malam ni. Saya kata rumah AMB ni kena pergi sendiri gak," sambung Kamil.

"Terima kasihlah ingat kami Mil."

Penulis kemudiannya bergurau terus mengusik Kamil.

" Mil, ini saman anak ke bapak kahwin?" 

Kamil berterus terang berkata," Ha ah, bapak budak lah . . . "

Tepat pulak terkaan aku. Tembakan rambang mengena sasaran rupanya!  

"Alhamdulillah Mil . . . kalau dah jodoh tak ke mana."

Kamil terus menerangkan bahawa bakal isterinya yang baru ini orang sekampung dengan beliau:

"Dia seorang guru . . . tapi umur kami bezalah . . . " 









"Takpe. Ini perkara biasa dalam situasi begini Mil . . . in shaa Allah semuanya nanti baik saja," kata penulis meyakinkan kawan lama ni.

Sudah jodoh ditentukan Allah SWT.

Sesudah itu kami berbual hal-hal lain sehingga larut waktu.

Penulis berjanji  akan hadir di majlis resepsi perkahwinan Kamil nanti . . .









. . . dan penulis bersyukur kepada Allah SWT yang telah mengizinkan kami menepati janji itu pada hari Ahad 24 November 2013 . . . di Dewan Komuniti, Sungai Buloh, Kelang, Selangor . . . 








. . . suatu peristiwa yang benar-benar istimewa buat sepasang insan . . . masing-masingnya bernama Kamil dan Azian. 













Ramai kawan-kawan lama sepejabat dulu turut hadir memeriahkan majlis resepsi tersebut. 







Terima kasih Mil kerana sudi mengundang kami ke majlis yang gilang gemilang itu. 

Kami doakan Kamil dan Azian terus berbahagia menempuh hidup sebagai pasangan suami isteri yang sentiasa kamil dan mematuhi kehendak Allah SWT. Amin.    



bamuda 
dsuarang.blogspot.com
      

No comments:

Post a Comment