Assalamualaikum dan Selamat Sejahtera
Berkursus di Oxford University 1988
Angin Barat Gelombang Barat . . . berterusan sepanjang era itu. Aku diperlukan berada di Oxford University Press (OUP, ialah penerbit rasmi Oxford University) untuk menjalani kursus tentang hal-hal pembikinan dan pengendalian kerja-kerja perkamusan.
Aku harus ke sana pada waktu itu (kononnya untuk diterapkan ilmu-ilmu leksikografi Inggeris ala Oxford) kerana aku merupakan editor / leksikograf yang bertanggung jawab dalam penerbitan kamu-kamus dwibahasa . . . khasnya kamus-kamus (Inggeris-Melayu) . . . di OUP/PFB Malaysia.
Lama juga sesi penyampaian dan penerimaan ilmu aku ikuti melalui kursus-kursus dalaman yang aku hadiri. Ikhlas aku katakan . . . banyaklah juga yang dapat aku pelajari.
Selainnya aku sendiri menganggap pemergian aku ke sana itu semacam berkursus-sambil-belajar . . . atau lebih mirip . . . bercuti-cuti di United kingdom . . . tepatnya di England, Scotland dan Wales.
Apa pun . . . aku bersyukur kepada Allah SWT yang telah mengizinkan aku ke sana pada waktu yang agak awal dalam perjalanan kerjayaku.
Sebagai manusia biasa . . . aku tidak terlepas daripada menyimpan sedikit rasa bangga apabila dapat berkursus di sebuah universiti seperti Oxford. Oxford University memang terkenal sebagai sebuah universiti dunia terhebat pada waktu itu . . . maka ramailah antara kawan-kawanku berasa iri (namun mereka masih menunjukkan sikap positif . . . he,he,he . . . apabila aku terpilih ke sana! Jangan mare member acah aje . . . )
Setiap pemberian Allah SWT tentu ada hikmah dan barakahnya. Melalui peristiwa yang aku alami ini . . . aku terdidik menjadi seorang yang berkeyakinan tinggi . . . khusus dalam bidang kerjayaku . . . sambil membolehkan pandanganku semakin terbuka mencakupi skop kehidupan yang lebih meluas.
Paling tidak . . . aku berani menyatakan orang kita tidak kalah dengan mereka dalam bidang ilmu begini. Mereka yang selama ini sering kita anggap 'bijaksana' benar!
Kisah-kisahnya tidaklah sehebat mana. Namun bagiku kisah-kisah itu tetap menghasilkan coretan ribuan warna dan makna dalam diari peribadiku sebagai 'orang kamus'!
Mudah-mudahan Allah SWT berterusan menganugerahkan aku hidayah-NYA. Amin.
bamuda
dsuarang.blogspot.com