Monday, January 20, 2014

Ke Rumah No. 2214






Assalamualaikum dan Selamat Sejahtera



Kunjungan Silaturahim


Pagi, Khamis 16 Januari 2014 . . . Anum, anak penulis yang ke-4 . . . menelefon penulis:


"Abah, kita pergi bercuti esok nak."

"Cuti kat mana?" Tanyaku.

"Kita pergi Penang ok tak bah?"

"Kenapa tiba-tiba? Ada niat apa?" Tanyaku lagi.

"Alah saja nak relax . . . no special occasion."

"Siapa lagi nak pergi?" Aku bertanya seterusnya untuk mendapatkan pengesahan.

"Roy , budak-budak n our family members . . . kalau dia orang nak join. "

"But why must it be Penang? Tempat lain tak boleh ke?" Tanyaku serius.

" Kenapa bah?" Anum pula yang bertanya.

"Sebab . . . esok Jumaat 17 Januari di Pulau Pinang pasti traffic jam habis. Sambutan hari Thaipusam . . . "

"Ha ah bah . . . baru Anum teringat. Jadi kita nak pergi mana?"

"Cuba tanya Kak Ngah (Alyn, anak penulis yang ke-2)," saranku.

Mazlyn yang kebetulan berada di sebelah aku ketika aku bercakap telefon tadi lantas bersuara kuat:

"Kita pergi Pangkor sajalah . . . "


Maka bertolak daripada cadangan itu . . . anak-anak aku pun membuat rancangan untuk bercuti ke Pulau Pangkor, Perak di utara tanah air.

Sebenarnya aku bermukadimah begini kerana ingin menunjukkan betapa hebatnya kehendak Allah SWT apabila mengaturkan sesuatu dalam hidup kita hamba-NYA.

Lihat sahaja rancangan awal anakku hendak ke Pulau Pinang . . . terbantut . . . semata-mata kerana ada sesuatu 'kuasa' yang menghalang. Halangan yang terjadi disebabkan sesuatu 'peristiwa'.

Sebaliknya tidak semena-mena berlaku pula perubahan rancangan bercuti dan melancong ke Pulau Pangkor.

Dua destinasi berlainan arah . . . walaupun kedua-duanya berlokasi di utara tanah air.

Namun di sebalik perubahan rancangan yang berlaku . . . rupa-rupanya terselit hikmahnya yang tersendiri.  

Dengan berubah haluan ke Pulau Pangkor pula . . . kami sekeluarga akan menelusuri laluan ke bandar tempat tinggal seorang sahabat lamaku . . . Tuan Hj Zainal Bachee dan isteri beliau Pn Hjh Salimah dan famili.

Zainal dan Salimah baru minggu lalu dapat aku temui dalam suatu majlis perkahwinan di Putrajaya.

Sesungguhnya Zainal sudah lebih daripada 47 tahun tidak pernah aku temui setelah aku bertukar jabatan daripada Public Services Commission Malaysia (PSC) pada tahun 1966 ke Kementerian Pelajaran Malaysia dahulu. 

Ketika hendak berpisah pada malam menghadiri majlis perkahwinan di Putrajaya itu kami saling berharap dapat berjumpa lagi. 

Kami berpesan antara satu sama lain agar cuba terus bersilaturahim andai Allah SWT terus mengizinkan.


Alhamdulillah . . . begitu cepat Allah SWT mengabulkan doa kami. 


Pada hari Jumaat 17 Januari 2014 kira-kira jam 4:00 petang kami tiba di rumah No. 2214. Rumah Zainal dan Salimah sekeluarga.






Ha dah sampai pun . . . jom kita ke rumah sahabat abah . . . 





Sampai juga aku ke sini . . . 2214



Kami disambut dengan amat mesra oleh Zainal dan keluarga beliau. Sebuah keluarga berbudi bahasa dan berhemah tinggi.





"Selamat datang . . . silakan masuk," kata Zainal kepada Hazry





Zainal (kiri), penulis





lega dah tiba . . . 




. . . ruang tamu yang hening . . . 

Ternyata didikan kekeluargaan yang baik lagi berkesan telah berjaya diterapkan dalam diri ahli-ahli keluarga Zainal dan Salimah.

Anak-anak mereka yang sempat kami temui pada petang itu juga cukup bersopan santun.





Salimah (kiri) mempersilakan Alimah duduk





 Ahli-ahli keluarga yang lain juga duduk berehat  



Rombongan keluarga penulis dilayan mesra oleh Salimah 






Salimah (kiri) bertanyakan sesuatu kepada Alimah


Kami saling bertanyakan khabar masing-masing. Bertanyakan hal ehwal bersangkutan keluarga, kesihatan, kegiatan sehari-hari dsb.





"Girl . . .  pernah datang ke sini?"





"Keadaan kat sini tenang sedikit . . . tak macam kat KL . . ." 





" I retire kat sini . . . buat rumah pun kat sini . . . "






Amad dengar saja . . . 





Pakcik Zainal ni sahabat lama abah . . . masa PSC dulu . . . 





. . . dah lama betul kami tak jumpa . . . 





. . . dah sama-sama tua . . . macam ni le . . . kan Nal 





Not to worry . . . bro. Kelapa makin tua semakin lemak bersantan . . . hehe



Kami juga berbual-bual sambil dihidangkan kuih-muih* minum petang. Alhamdulillah.


*[Alahai Nal . . . macam mana nak makan lagi ni . . . kami baru makan tengah hari di RnR Tapah tadi].






Terasa nak minum lak . . . 





I pun macam nak join je . . . 





 Cerita pasal kuih-muih ni . . . 





. . . ada yang sedap, ada yang tidak. Biar saya saja yang jadi tester . . . 





Sekarang mari kita ramai-ramai test kuih-muih ni . . . 





Kanak-kanak menikmati makanan di meja khas ini . . . 





Makanlah sekadarnya . . . 





. . . ketika kita masih boleh makan 





 Bersilaturahim begini sungguh bermakna . . . 





. . . kerana . . . kita dapat berinteraksi, bertentang mata . . . 





. . . bercerita, bertukar pandangan, berjenaka . . . 





. . . paling tidak . . . bercakap berdua . . . 





. . . atau bertiga . . . al-kisah . . . ceritera wanita . . . 






. . . kadang-kadang kita saja curi-curi dengar le!



Seingat aku (sejak mengenali beliau pada zaman bujangnya) Zainal memang seorang yang mesra, berbudi bahasa, agak pendiam dan lembut bertutur kata (berjiwa romantis).





Tuan Hj Zainal Bachee


Beliau juga seorang sahabat yang bersifat merendah diri dan mudah dibawa berbicara (humble n amicable).

Isteri beliau . . . Salimah pula baru aku kenali dalam majlis perkahwinan anak seorang sahabat (Mohammed Jonet) minggu lalu.

Namun begitu . . . Salimah* dapatku lihat sebagai seorang yang cepat mesra  dan amat tinggi budi bahasanya. 


*[Telatah Salimah macam sudah 10 tahun mengenali aku dan Alimah serta ahli-ahli keluargaku. Terima kasih Salimah].








Pn Hjh Salimah



Salimah aku perhatikan seorang yang peramah (amiable), sangat berterus terang dan jujur dalam tutur bicaranya. 

["Sesuailah mereka ini dijadikan Allah SWT pasangan suami isteri yang bahagia . . . " dalam hatiku berkata.]  


Setelah selesai minum petang dan berbual-bual di ruang makan/tamu . . . aku sekeluarga dipelawa Zainal dan Salimah melihat-lihat taman mini (mini garden) di pekarangan belakang rumah (backyard). 






Pekarangan belakang (fokus 1)






Pekarangan belakang (fokus 2)





Pekarangan belakang (fokus 3)

Taman ini mereka bina atas persetujuan bersama . . . walaupun kerja-kerja utama penjagaan dan penyengaraannya menjadi tanggung jawab dan usaha Salimah secara solo . . . (almost single handedly). 






Aish nak tengok garden atuk dan opah ni . . . 







Mak Lyn pun nak tengok juga . . . 




Ajim nak tengok flower . . . Mak Lyn . . . 






Amad . . . nak tengok apa pula? 

Zainal mengakui hakikat ini. Zainal lebih banyak menemani Salimah dari dalam pondok khas yang terbina di sudut taman itu . . . apabila Salimah menguruskan kerja-kerja di taman.







Hebat garden you ni Nal . . . 






Jom kita ke pondok . . . favourite hide-out I . . . 






Ini bukan sebarang pondok, ini pondok ada kelas punya!







Posing kat luar pun jadilah . . . hehe



Zainal sering membaca buku atau majalah atau pun beristirahat sahaja di pondok itu. Very relaxing katanya. 







Penulis n Amad (cucu sulung)



[Patutlah Zainal gemar membaca atau berehat di dalam pondok ini. Sangat cool n refreshing  . . . dengan keaslian udara bersih / beroksigen daripada tanam-tanaman sekeliling ditambah kenyamanan hawa yang dihasilkan pendingin udaranya.]








Pondok di taman . . .  membawa suasana nyaman



Salimah pula tidak keberatan . . . kerana menanam tumbuh-tumbuhan dan menghias taman memang hobi atau kegemaran beliau. 






. . . hasil sentuhan tangan Salimah . . . 





. . . terserlah kreativiti penuh keindahan di taman ini . . .  





. . . tumbuhan hijau berlatar deretan tiang lampu putih
 menambah seri pemandangan . . .   




. . . rasa nyaman mata memandang yang berterusan . . .  







. . . tempat berehat tampak selesa . . . 





. . . lorong pejalan kaki 
dihiasi pepohon kedondong dan anggur 








Pemandangan penuh berseni . . . 


Kami sekeluarga sempat bersiar-siar di taman yang cukup indah ini. Suatu pengalaman yang menyegarkan.






Aish tertarik kepada payung merah . . .





. . . ok nanti mak belikan Aish satu . . . mainan punya . . . 






 . . . MPAJ atau DBKL pun belum tentu boleh buat camni . . . 






Come boy . . . take a seat . . .




. . .  it's ok pakcik . . . dak Amad nak inspect fountain ni kejap . . .




. . . mari susun kerusi ni mak . . . kita main musical chair





. . . makan longan nampak . . . makcik ooi . . .





. . . nampak boy datang macam ada hajat ni . . . 






. . . bolehlah isi buah longan dalam beg ni . . .





. . . janganlah asyik ambil gambar orang makan buah longan ni . . . 





. . . kita share ye Mad . . . tak nampak le sangat nanti . . . hmm





. . . tiba-tiba rasa berada kat Paris lak . . . hehe





Amad tau ke nama buah ni?





. . . kita berehat di sini saja Hajah . . . 






. . . omak ok ?  





Apo tekau?


Banyak jenis pokok bunga dan buah-buahan terdapat di taman mini rumah No. 2214 ini. Hasil kerajinan yang berbaloi.






Alhamdulillah, 
banyak buah pokok yang saya tanam ni . . . 





. . . setiap kali berbuah tak henti-henti . . . 





. . .  kalau ikut kata orang tua-tua . . .  
sejuk tangan orang yang menanam pokok ini 





. . . kalau saya yang tanam . . . tak berbuah le pokok ni . . . hehe





. . . nah Ajim . . . makcik beri . . . 





. . . mak . . . Aish pun nak . . . 




. . . adik Aish kecik lagi . . . Wa Ajim lain le . . . 






. . . pokok anggur yang ditanam Salimah . . .





. . . pokok  buah ni juga ada . . . 



Sebenarnya taman ini berlokasi di atas sebuah lot berasingan yang khusus untuk binaan sebuah rumah . . . tetapi dibiarkan kosong oleh Zainal dan Salimah kerana mereka mahukan pekarangan belakang ini luas dan boleh dijadikan sebuah taman yang cukup selesa untuk melangsungkan apa-apa majlis atau untuk beristirahat dan melapangkan fikiran.






Wah luasnya padang di belakang ni . . . 






. . . sesuai sangat kita adakan training stint kat sini Along . . .






Let's start . . . now





. . . catch me if you can . . . 





I'd rather take a stroll . . .





I'll race you to the other end . . . 





. . . walk don't run bro . . . 





. . . kita start dari sana tu nak, Along . . . 






 . . . of course I'm running . . .  I can't stroll forever . . . 





. . . belajar step tarian ke . . . warming up ke?





Feel like taking a rest





No . . . run boy run . . . 





. . . tunggu-u-u-u . . . 





sekarang . . . terus berlari . . . sepuas hati





. . . let's keep going . . . 





. . . hingga sampai ke destinasi . . . 


Alhamdulillah . . . penulis dan keluarga amat senang dan terhibur berada di taman mini ini.




. . . apa pula lagi tu agaknya ?  





. . . kita bergambar dulu le kalau apa pun . . . 





Dari kiri (berdiri):
Lyana, Anum, Roy (mendukung Aish), penulis, Zainal, Rashidi

(duduk): 
Salimah, Alimah, Hjh Maimunah, Amad, Alyn, Ajim





. . . kita sembang-sembang . . .





. . . cerita-cerita . . . 





dan . . . bergembira dapat bersua muka . . . 





Apa yang diperhatikan tu?






freestyle, freestyle, freestyle 

Sungguh tenang dan segar fikiran kami ini jadinya. Terima kasih Zainal dan Salimah.


Kemudian kami melangkah ke laman hadapan rumah semula untuk berangkat meneruskan perjalanan ke Pulau Pangkor.






Jom pi depan . . . 





. . . lain kali datanglah lagi . . . berehat di garden I ni . . . 





 Berapa bintang I nak kena bagi garden you ni . . . 





. . . tiga bintang tak boleh. Below par.





Jadi . . . I bagi 5 out of 5 . . . ok with you Nal ?
Top marks for your garden bro . . . ooops Salima's 


Sebelum berangkat kami sempat pula melihat tanam-tanaman di laman hadapan rumah No. 2214.





. . . tanaman markisah (pokok buah susu) . . . pun ada di laman depan . . . 






. . . ini semua hasil tangan Salimah . . . 





. . . awak memang rajinlah . . .   





. . . terbukti di depan mata . . . 





. . . pokok epal macam ni le di belakang rumah kat England dulu . . . 





. . . masa tu kat Malaysia belum ada sangat pokok epal . . . 





. . . jadi teman pun pegang pokok dan buah epal sekali . . . ambil gambar . . .






. . . konon nak tunjuk gambar pokok epal kat kaum kerabat di Malaysia. Apabila dikenang-kenang sekarang ni . . . terasa malu tak terhingga . . . hehehe



Tanam-tanaman di halaman depan rumah Zainal dan Salimah itu menarik . . . sangat menarik perhatian kami.


Secara peribadi . . . aku amat kagum dengan usaha Zainal dan Salimah menghias dan mengindahkan bahagian dalam dan persekitaran rumah mereka ini. I salute both of you.

Akhirnya . . . tiba saat untuk kami berpisah. Pertemuan dan perpisahan sesungguhnya perkara yang lumrah dalam kehidupan manusia sehari-hari. 







. . . sehingga pada lain ketika . . .  






. . . terima kasih Zainal dan Salimah . . .  kami hargai hospitality anda sekeluarga  






Selamat jalan . . . 
 sama-samalah kita pelihara silaturahim ini . . . insya Allah









Assalamualaikum . . . dan bye semua . . . 




Insya Allah . . . kita diizinkan-NYA berjumpa dan berkumpul lagi dalam keadaan yang sihat dan sejahtera pada masa-masa hadapan.

Terima kasih daun keladi . . . sahabatku . . . Tuan Hj Zainal Bachee dan Pn Hjh Salimah. Aku amat bersyukur dan bergembira dapat bertemu anda berdua dan keluarga.

Semoga silaturahim antara kita berpanjangan. Amin. 



[Penghargaan: dsuarang.blogspot.com ingin mengucapkan terima kasih kepada Marlyana Haniz Abdul Majid kerana telah sudi menjadi juru gambar untuk siaran blog kali ini]. 





bamuda
dsuarang.blogspot.com

No comments:

Post a Comment