Assalamualaikum dan Selamat Sejahtera
Bandar Penuh Cahaya
Hampir tengah malam Selasa 27 Mei 2014 kami serombongan ke I-City Shah Alam.
Kami ke sana setelah selesai makan malam di RnR Awan Besar, Selangor D.E.
Sesungguhnya kepenatan berkunjung ke merata tempat di KL siang tadi pasti masih dirasakan keponakan dan cucu.
Timbul rasa kasihan di hati penulis terhadap mereka yang kepenatan ini . . . tetapi apa hendak dikata . . . batasan waktu jadi penghalangnya!
Berbalik kepada keadaan di tempat ini. Belum banyak yang dapat dinikmati. Hanya suasana malam gelap diterangi cahaya berwarna warni yang kelihatan di sana sini.
Tempat ini baru sahaja dibuka kepada orang ramai. Masih belum tersedia prasarana selengkapnya.
Kami sekeluarga sekadar berkunjung ke sini untuk merakamkan foto kenangan bersama-sama di I-City Shah Alam, Selangor D.E.
Insha-Allah apabila tempat ini telah benar-benar dilengkapkan dengan segala kemudahan / fasiliti kelak kita boleh ke sini lagi.
bamuda
dsuarang.blogspot.com
No comments:
Post a Comment