Sunday, July 27, 2014

Sepetang Ramadan di Rawang










Assalamualaikum dan Selamat Sejahtera




Semangat Bermuafakat 


Hari ini . . .  Sabtu 26 Julai 2014 bersamaan 28 Ramadan 1435H . . . merupakan Sabtu dalam minggu terakhir Ramadan untuk tahun ini.

Tinggal esok sehari sahaja lagi sebelum, insha-Allah, Hari Raya Aidilfitri disambut pada hari Isnin 28 Julai 2014 oleh seluruh umat Islam di Malaysia khasnya dan seluruh kaum Muslimin dan Muslimat di serata dunia amnya. 

Semua di kalangan kita pasti sama-sama amat 'sibuk' dengan segala persiapan untuk menyambut hari 'kemenangan' umat Islam yang amat membahagiakan ini. 

Namun . . .  kerana kentalnya semangat hubungan kekeluargaan dan murninya niat untuk beramal sambil bersilaturahim sesama ahli keluarga sendiri dan sanak saudara keluarga besar PTS  . . . Tuan Hj Wahab Nordin dan Puan Hjh Norlin Osman sekeluarga telah sanggup bersusah payah menyambut seruan untuk suatu kebaktian yang boleh dianggap sudah menjadi tradisi keluarga besar Tok Said / Tok Shariff / Onyang Konah.











Pasangan suami isteri ini berjaya mengadakan majlis berbuka puasa dan bersolat Tarawih di rumah mereka di Rawang, Selangor D.E. 










Seperti pada tahun-tahun lampau . . . ahli-ahli keluarga besar berkumpul untuk sama-sama mengisi tempoh menjelang penghujung Ramadhan al-mubarak dengan amal ibadat dan silaturahim yang diharap mendapat keredaan Allah SWT.


Masuk waktu Maghrib . . . majlis pun bermula dengan acara berbuka puasa.


































Semua ahli keluarga yang hadir menjamah hidangan berbuka puasa sekadar keperluan masing-masing . . . namun tetap dalam suasana yang memeriahkan. 






































Acara solat berjemaah fardu Maghrib dan Isyak serta solat sunat Tarawih kemudiannya dilaksanakan masing-masingnya di bawah pimpinan adinda Hamdan dan anakanda Mohammad Zahran Azim. 


































































Setelah selesai segala acara solat berjemaah . . . adinda Hafiz Lokman telah sudi pula memimpin majlis tahlil dan acara doa selamat.


























































Alhamdulillah . . . semua ahli keluarga dan sanak saudara dalam kelompok kekeluargaan PTS . . . telah sempat bersilaturahim antara satu sama lain sambil menjamu selera. 












































Paling utama kita semua bersyukur kepada Allah SWT atas nikmat kurniaan-NYA melalui cara mudah ini . . . beribadah setakat yang termampu.     





























Semoga kita semua dapat bersua dan berkumpul lagi dalam keadaan sihat walafiat di majlis-majlis sebegini ceria dan meriah pada masa-masa akan datang.



[Dalam waktu-waktu begini . . . penulis tidak terlepas daripada mengingati pesanan seorang bapa saudara yang juga 'sahabat' . . . Allahyarham Hj Lokman Mohd Shariff. 

Ya Allah . . . kami bersyukur . . . majlis ini dapat jua dilangsungkan dengan teratur dan lancar. Mudah-mudahan . . . lambat laun . . . akan terjelma keberhasilan daripada setiap usaha yang dilakukan dengan sedemikian ikhlas. Amin.]



Penghargaan kepada adinda Wahab dan Norlin sekeluarga kerana berjaya menjadi hos yang baik. Allah SWT sahaja yang membalas budi baik anda semua.

Selamat Hari Raya Maaf Zahir Batin. Wassalam.




bamuda
dsuarang.blogspot. com


No comments:

Post a Comment