Tuesday, August 12, 2014

Kunjungan Aidilfitri ke SS2






Assalamualaikum dan Selamat Sejahtera



Ke 'Teratak Lindungan' 




Penulis ditemani Alimah, Abg Ngah Ismail serta Kak Ne Zaleha telah berkunjung ke 'Teratak Lindungan' di SS2 pada pagi Isnin 11 Ogos 2014 bersamaan 15 Syawal 1435H. 


Kami baru punya kesempatan waktu untuk melakukan kunjungan Aidilfitri ke rumah Pak Uda Tuan Hj Mohd Nadzar dan Mak Uda Pn Hjh Zaleha hari ini.












Alhamdulillah kedua-dua bapa saudara dan ibu saudara kami ini kelihatan sihat walafiat. Sedikit uzur . . . itu ini . . . adatlah bagi insan yang sudah baya seperti mereka.







Pak Uda Nadzar tidak melindungkan rasa gembira beliau dengan kedatangan kami . . . lebih-lebih lagi kehadiran anak buahnya Hj Ismail dan isteri Hjh Zaleha.




































Pak Uda Nadzar tetap ceria seperti dahulu . . . girang seperti pada zaman kegemilangannya sebagai pensyarah di Universiti Malaya, Kula Lumpur. Beliau sepanjang tahun-tahun 1980-an hingga awal tahun 2000 amat aktif dalam bidang penulisan . . . khasnya menulis buku dan kamus bahasa. 



























Beliau masih cergas bercerita tentang pengalamannya menulis pada masa-masa lampau . . . dan tidak pernah lupa akan beberapa peristiwa lucu yang beliau lalui ketika menyediakan skrip / menulis beberapa buah kamus bahasa di bawah kendalian / kelolaan jabatan penerbitan teman . . . anak saudaranya ini.

Ketika itu penulis mengetuai jabatan penerbitan kamus di sebuah penerbit antara bangsa yang tersohor di Lembah Kelang.

Penulis juga masih ingat akan beberapa kejadian yang melucukan dalam beberapa program dan sesi diskusi dengan Pak Uda Nadzar bersama penulis-penulis lain sama ada di kamar pejabat penulis sendiri / bilik mesyuarat penerbitan. 

Kami saling tersasul isyarat body language dan panggilan nama (seperti berbual di rumah sahaja lakunya) antara satu sama lain di meja mesyuarat rasmi! 

Antara kejadian yang paling 'mengerikan' penulis ialah apabila penulis (anak saudara) 'terpaksa' melaksanakan taktik harass and push terhadap Pak Uda Nadzar (bapa saudara sendiri) dalam urusan sesuatu penerbitan.

Apapun, sebagai pihak yang masing-masingnya bertanggung jawab menulis dan menerbit sesuatu, kami tetap dapat mengatasi cabaran begini rupa dan saling bekerjasama secara profesional. 

Penulis terkenang semula akan peristiwa tersebut di atas apabila Pak Uda Nadzar menunjukkan kepada penulis . . . pada hari kunjungan . . . skrip yang telah suku / separuh siap diusahakannya untuk penerbitan . . . 

Beliau seterusnya menaruh harapan agar autobiografi yang dituliskannya itu dapat jua dibaca oleh ahli-ahli keluarga, sanak saudara dan sahabat handai serta pembaca umum kelak.  


































Setelah agak lama berbual santai . . . kedengaran azan dilaungkan daripada masjid yang berdekatan. Alhamdulillah kami berkesempatan melakukan solat zohor berjemaah tiga beranak. Insha-Allah kita diizinkan Allah SWT berkumpul lagi dalam suasana yang membahagiakan seperti perkumpulan kita pada hari ini.






















Sebelum bermohon diri untuk berangkat pulang . . . kami bergambar lagi buat kenangan kunjungan Aidilfitri 2014 ini. Selamat Hari Raya Pak Uda dan Mak Uda. Semoga terus sihat sejahtera. Amin. 
























Maaf Zahir Batin






bamuda
dsuarang.blogspot.com



No comments:

Post a Comment