Assalamualaikum dan Selamat Sejahtera
Terbitan semula entri / status fb Noorain Shahrin bertarikh 8 Ogos 2014 di bawah ini penulis lakukan sebagai suatu penghargaan ikhlas buat Kak Ain.
Pada hemat penulis Kak Ain telah membuktikan dirinya seorang isteri yang setia dan amat menyayangi Allahyarham Abang Shahrin sepanjang perkongsian hidup mereka.
Penulis sudah lama mengenali pasangan suami isteri ini . . . bukan sahaja sebagai saudara pupu tetapi juga sebagai saudara yang 'bersahabat'.
Ingatan penulis masih terpahat kepada beberapa peristiwa mesra ketika berkunjung ke rumah mereka di Batu Gajah, di Tampin dan di Seremban . . . juga pada setiap kali bertemu mereka di majlis-majlis keramaian ahli keluarga dan sanak saudara.
Semua peristiwa yang pernah penulis lalui dengan mereka berlaku dalam suasana yang ceria lagi menggembirakan.
Keikhlasan hati sanubari mereka jelas terpancar pada wajah yang sentiasa mengukir senyuman persaudaraan setiap kali kami bersua.
Mereka ketara amat mengasihi dan menghormati antara satu sama lain. Mereka saling berbicara dengan nada yang lembut dan merendah diri. Pendeknya . . . mereka adalah couple yang ideal.
[Material ulang terbit drpd fb.]
[Material ulang terbit drpd fb.]
080814 On this day 50 years ago I got married to my late husband ( he passed away on 22nd Feb. 2013 ) Otherwise we would be celebrating our golden wedding anniversary today . Al Fatihah ..... ALLAH has better plans for us . Now what is left... See More— with Abdul Majid Baharom. (5 photos)
Setiap kali selepas bertemu Allahyarham Abang Shahrin dan Kak Ain penulis sering terfikir betapa bahagianya hidup mereka. Betapa intimnya perhubungan mereka sebagai pasangan suami isteri, dan . . . betapa akan tersentuhnya perasaan mereka dengan kerinduan andai berpisah walau pun buat seketika waktu . . . apatah lagi kini mereka sudah terpisah untuk selama-lamanya!
Namun apakan daya kita hamba-NYA hanya mampu merancang . . . Allah SWT jua yang menentukan.
. . . dan . . . setiap kali terkenangkan keistimewaan perkongsian hidup mereka . . . penulis sering berbisik kepada diri sendiri:
"Alangkah baiknya jika prinsip perkongsian dan pegangan hidup bersuami isteri seperti yang telah diamalkan Shahrin dan Noorain dicontohi ramai orang . . . khasnya anak-anak muda di kalangan keluarga kita sendiri sekarang."
bamuda
dsuarang.blogspot.com
No comments:
Post a Comment