Assalamualaikum dan Selamat Sejahtera
Semangat Bersilaturahim ala PTS
Ahad 17 Ogos 2014 bersamaan 21 Syawal 1435H . . . rombongan ahli keluarga besar dari Sabang, Aceh (Drs Hj Suradji, Meni, Agiel, Noevand, Yuda) dibawa penulis berkunjung ke rumah Tuan Hj Ismail Baharom (abang penulis) dan isterinya Pn Hjh Zaleha Abdul Mohid di Selayang, Selangor D.E.
Hj Ismail dan Hjh Zaleha masing-masingnya berpangkat Pak Ngah n Mak Ngah kepada Raji n Meni mengikut susur-galur (keturunan) keluarga Tok Shariff.
Sepanjang pertemuan tengah hari itu . . . berlakulah aktiviti saling kenal memperkenalkan antara ahli-ahli kedua-dua keluarga Selayang dengan keluarga Sabang.
Keluarga Selayang diketuai Hj Ismail sendiri dan dibantu anak-anak beliau Hj Khairol Anuar dan Khairol Fahmi. Keluarga Sabang pula diketuai Drs Hj Suradji.
Banyak fakta / informasi kekeluargaan telah diberitahukan dan difahami oleh kedua-dua belah pihak.
Sesi bersoal jawab dan bertanyakan khabar dalam pertemuan ini amat mengesankan.
Berbagai situasi menyentuh hubungan kekeluargaan yang kurang jelas selama ini telah ditimbulkan dan sedapat mungkin dihuraikan mereka yang mengetahui akan kedudukannya.
Seperti kebiasaannya . . . acara pertemuan ahli-ahli keluarga (PTS) begini pasti diserikan dengan jamuan makan.
Semua ahli keluarga yang hadir dipelawa tuan rumah untuk menjamu selera pada tengah hari itu.
Setelah selesai . . . kami bersembang-sembang santai. Bermacam-macam topik perbincangan disembangkan.
Menjelang petang . . . kami serombongan bermohon diri untuk pergi ke sebuah lagi rumah ahli keuarga besar PTS. Kali ini ke Rawang, Selangor D.E. pula.
Seperti biasa juga . . . dalam pertemuan keluarga besar sebegini rupa . . . pengambilan foto beramai-ramai sudah menjadi semacam agenda 'wajib'.
Maka kami semua pun bergambarlah untuk dijadikan kenang-kenangan pertemuan.
Seperkara yang ingin penulis catatkan tentang kunjungan ini . . . masa pertemuannya terasa amat singkat.
Sehinggakan . . . ahli-ahli keluarga "mencuri" masa . . . masih terus berbual-bual (hampir setengah jam lamanya!) sambil menuju ke kereta masing-masing untuk berangkat pergi.
Penghargaan buat Hj Ismail dan Hjh Zaleha sekeluarga kerana sudi menerima kedatangan rombongan penulis . . . dan terima kasih kepada anakanda Raji dan Meni sekeluarga yang sudi menyertai rombongan penulis ke Selayang ini.
Pisang emas bawa belayar,
Sebiji dua layu di peti;
Hutang emas kena dibayar,
Budi bahasa selalu di hati.
bamuda
dsuarang.blogspot.com
No comments:
Post a Comment