Assalamualaikum dan Selamat Sejahtera
Mencari Kesepakatan
Sabtu 14 Jun 2014
bersamaan 16 Syaaban 1435H
Majlis pertunangan Fara Amira bt Roslan dengan Faisal bin Khalid berlangsung pada pagi hari yang mulia ini di rumah ibu bapanya di Kuala Lumpur.
Pada hari tersebut Fara Amira (Mira) selamat bergelar tunangan Faisal.
Mira anak kedua (daripada tiga orang adik beradik) kepada Roslan Muhiddin dan Foziah Yassin.
Faisal pula anak bongsu Tuan Hj Khalid dan Pn Hjh Siti.
Majlis berlangsung ringkas dengan diselitkan sedikit konsep tradisional . . . saling bertukar tepak sirih / puan dalam acara pinang meminang, bertukar-tukar cincin dan hadiah . . . berbalas pantun . . . dan paling istimewa mencari dan mendapatkan kata sepakat antara kedua-dua belah pihak untuk meneruskan acara ke peringkat majlis perkahwinan kedua-dua insan yang bertunangan ini kemudiannya nanti . . . in sha Allah pada tahun hadapan.
Jurucakap bagi pihak rombongan lelaki ialah bapa saudara kepada Faizal sendiri . . .
. . . manakala penulis berbicara bagi pihak Amira, anak saudara di sebelah isteri. All in the family . . . kata orang.
Permuafakatan bermula dengan bicara penuh tertib dan beradat oleh wakil pihak perempuan.
Ini disambut dengan kata-kata mesra dan penuh sopan oleh wakil pihak lelaki.
Majlis diselubungi rasa kesyukuran seluruh ahli keluarga dan sanak saudara serta sahabat handai yang hadir mewarnai dan menceriakan suasana sepanjang perlangsungannya.
Doa khalayak tetap memainkan peranan penting dalam majlis ini. Bacaan doa dipimpin bapa saudara Mira (sebelah keluarga ayahandanya).
Acara menyarung cincin dilakukan oleh emak bakal pengantin lelaki . . . setelah selesai acara serah menyerah hadiah antara kedua-dua belah pihak yang bertunangan.
Pihak lelaki telah bermurah hati menyerahkan tujuh dulang hadiah kepada pihak perempuan dan ini dibalas sembilan oleh pihak perempuan.
Hadiah-hadiah dalam bentuk hantaran berhias itu termasuklah cincin, sirih junjung, kek, coklat, pakaian, harum-haruman, dsb.
Alhamdulillah . . . kata sepakat segera tercapai melalui permuafakatan yang penuh mesra dan bersefahaman.
Peristiwa yang penuh erti kepada kedua-dua belah pihak perempuan dan lelaki ini sempat diabadikan melalui foto-foto yang dirakamkan menjelang akhir majlis.
Seperti biasa dalam majlis yang sebegini rupa . . . para undangan kemudiannya dipersilakan menjamu selera pada tengah hari yang penuh peristiwa dan makna . . . khasnya buat Fara Amira dan Faisal Khalid.
Mudah-mudahan Mira dan Faisal terus berjaya melaksanakan hajat yang murni di sanubari mereka untuk bernikah dan mengadakan majlis resepsi perkahwinan pada tahun 2015 setelah ibu bapa Mira . . . Roslan dan Foziah . . . selamat pulang ke tanah air daripada mengerjakan ibadat Haji di Tanah Suci Makkah tahun ini.
Sama-samalah kita mendoakan yang terbaik daripada Allah SWT untuk mereka semua. Amin.
bamuda
dsuarang.blogspot.com
No comments:
Post a Comment