Saturday, September 20, 2014

Kalau Hati Sudah Suka . . .






Assalamualaikum dan Selamat Sejahtera



. . . Semua Indah Saja  












Penulis dan keluarga diundang Badrin Osman dan Normah Buyong ke Dewan Serbaguna Taman Jati, Rawang pada hari Sabtu 20 September 2014 bersamaan 25 Zulkaedah 1435H untuk meraikan resepsi perkahwinan anak lelaki mereka dengan wanita pasangan hidup pilihan hatinya dari Pahang.










Ayahanda Pengantin Lelaki 

Mohd Badrin bin Osman







Bonda Pengantin Lelaki

Normah bt Buyong




Badrin dan Normah mengadakan kenduri kesyukuran menyambut ketibaan ahli keluarga terbaru mereka . . . seorang menantu perempuan yang cukup manis. 


Mohd Jaamia' Qaadir bin Mohd Badrin ternyata keriangan di majlis tersebut bersama isteri yang sah dinikahi beliau di Pahang minggu lalu.

Maklumlah apabila hati sudah suka . . . maka semuanya tentulah indah sahaja. Tahniah.








Pasangan Raja Sehari

Mohd Jaamia' Qaadir bin Mohd Badrin
 dan
 Ummul Mursyida binti Azis 








Dari Kiri:

Mahanom Idris, Fauziah Idris, Norazian Osman,
 Amrina Osman, Penulis, Roslina Osman, 
AlimahYasin, Hafiz Lokman (memegang anak)









Di Meja Bulat . . . 
. . . antara ahli keluarga besar yang turut hadir


Berdiri Dari kiri:

Norlin Osman, (?), Rosna Duni, Faridah Anum Tajudin
 Mahanom Idris, Fauziah Idris, Azman Duni, Norazian Osman,
 Amrina Osman, Roslina Osman, Azurin Azman, Sabrina Azurin


Duduk dari kiri:

Azemah Idris, Maryam Yaakub, Penulis,
 Alimah Yasin, Irda Lokman





Selain daripada meraikan pasangan pengantin baru . . . penulis amat seronok apabila dapat bertemu dengan ahli-ahli keluarga besar PTS susur-galur Tok Said . . . khasnya mereka yang di Rawang. 

Seperti kebiasaannya apabila cousins bertemu cousins dalam majlis begini . . . banyaklah perkara yang dibual dan dibicarakan. 

Alhamdulillah . . . terasa semakin erat silaturahim antara kami yang seketurunan keluarga besar ini. 

Mudah-mudahan perasaan begini kekal dalam diri kami semua sehingga ke akhir hayat.








Pose istimewa bersama Pengantin Baru


Dari kiri:

(?), Faridah Anum Tajudin, Norlin Osman,
 Amrina Osman, Mohd Jaamia' Qaadir Badrin, 
Ummul Mursyida Azis, Alimah Yasin, penulis









Apa agaknya yang dibicarakan tu . . .  ?








Abang dan Adik Saudara

Penulis dgn Badrin




Sebelum melangkah pulang . . . penulis sempat bergambar beramai-ramai dengan sanak saudara famili Rawang ini .

Such a sport.  All of them . . .  A very sporting lot . 









Penulis dan isteri bersama keluarga besar Rawang. 



Bulat air kerana pembetung, bulat kata kerana muafakat . . . demikian mendalamnya maksud peribahasa orang tua-tua dalam masyarakat kita turun temurun.

Kata-kata berkenaan masih relevan diguna pakai . . . walaupun dalam kehidupan moden kita sehari-hari . . . hingga ke hari ini. 

Mudah-mudahan semangat ini menjadi pegangan semua ahli dalam keluarga besar PTS kita. 

Amin ya Rabbulalamin.



bamuda
dsuarang.blogspot.com


No comments:

Post a Comment