Tuesday, October 21, 2014

Mendekati Kem PLKN







Assalamualaikum dan Selamat Sejahtera




Kem Arena Resort Temerloh  




Penulis tidak pernah mengunjungi mana-mana Kem Program Latihan Khidmat Negara (PLKN) yang telah banyak diwujudkan Kerajaan Malaysia di seluruh negara sejak sekian lama. 





















































Pelaksanaan PLKN telah bermula pada tahun 2004 namun ramai warga Malaysia tidak begitu jelas tentangnya  . . . yakni tentang kurikulum, pengisian dan persembahannya, matlamat, manfaat dll program yang dilaksanakan.

















































Penulis secara peribadi kerap juga mengikuti perkembangan serta kemajuan program ini melalui terbitan media cetak dan siaran media elektronik. 

Tidak pernah pula penulis berkesempatan hadir dalam apa-apa majlis PLKN atau menyaksikan sebarang ceramah atau aktiviti yang diadakan khusus untuk para pelatih PLKN. 


































Maka apabila sahaja Lt Kol Basri Omar PGB (Bersara) mempelawa penulis menemani beliau pergi ke sebuah Kem PLKN di daerah Temerloh . . . penulis merasakan ini suatu peluang baik untuk meluaskan pandangan tentang PLKN. Peluang yang tidak harus diabaikan!

Pada pagi Jumaat 17 Oktober 2014 kami berdua bertolak dengan kereta yang dipandu Basri dari KL menuju Kem PLKN Arena Resort, Temerloh.


















Basri adalah seorang penceramah yang diundang khas pihak PLKN untuk berkongsi pengalaman beliau yang cukup luas dalam selok-belok ketenteraan dan soal perjuangan, ketaatan serta semangat patriotik terhadap negara tercinta. 



















































































































































































Beliau berinteraksi dengan tenaga pengajar dan para pelatih di Kem PLKN ini melalui bahan ceramahnya yang cukup detail dan tersusun rapi. 


Persembahan Basri secara bersahaja namun tetap bersifat profesional. 


















































































Tidak keterlaluan jika dikatakan para pelatih PLKN yang hadir pada petang itu kelihatan senang mendengar dan menerima ceramah Basri. 


Penulis sendiri 'terhibur' dengan telatah Basri yang ada kalanya semacam penuh 'lelucon' tetapi tetap berisi mesej 'nasihat dan bimbingan' untuk para pendengar ceramahnya. 


Respons para pelatih amat terpuji. Walaupun dalam usia yang masih muda mereka tetap menampakkan ciri-ciri yang matang apabila menjawab berbagai soalan yang diajukan kepada mereka. 






































































































































Disiplin para pelatih di Kem ini dapat dilihat berada pada tahap tertinggi. Syabas diucapkan kepada mereka. 


































































































































Tidak syak lagi Komandan Kem dan team bimbingan beliau di sini telah berjaya menggalas dan melaksanakan tanggung jawab yang diamanahkan kepada mereka masing-masing dengan sebaik mungkin.















Komandan Kem

Mejar Hasrizan Hasan (TUDM)



















Ketua Unit Latihan

Pegawai Waran II Azuan Mamat





Terima kasih kami tujukan kepada Komandan Kem, semua tenaga pengajar serta tenaga sokongan dan tidak ketinggalan para pelatih sendiri yang amat membantu dan mesra sepanjang kehadiran kami di sini. 









































Penulis dan Basri sempat berbual-bual mesra dengan Komandan Kem, Mejar Hasrizan Hasan (TUDM) dan Ketua Unit Latihan, Pegawai Waran II Azuan Mamat.


































Banyaklah soalan 'itu-ini, begitu-begini' yang kami tanyakan tentang pelaksanaan PLKN di kem PLKN Arena Resort .


Maklum balas yang didapati tentang sikap tenaga pengajar dan para pelatih amat menggalakkan.

















Daripada maklum balas mereka yang berkenaan . . . penulis terfikir bahawa banyak tulisan negatif oleh berbagai pihak sebelum ini (yang terbaca oleh penulis di media cetak) tentang PLKN dan tentang pihak yang mengendalikan program tersebut seharusnya tidak wujud!








































Penulisan negatif sering terhasil daripada assumption dan presumption melulu seseorang. Prasangka pula terbit daripada andaian yang tidak berasas.

Apapun . . . penulis amat menghargai segala budi baik semua pihak di Kem PLKN Arena Resort Temerloh.


































TERIMA KASIH PENCERAMAH 
 TERIMA KASIH KOMANDAN
































Wira Pelatih PLKN Arena Resort Temerloh

Dari kiri:
Hasri Mohd Kamil, Muhammad Noor Ab Nordin, Muhammad Nazrin Huzaimi,
Muhammad Fazrul Abdul Rahman, Abdulrheem Mohammad










Wirawati Pelatih PLKN Arena Resort Temerloh
 bersama Penceramah

Dari kiri:
Nurul 'Ain Maseri, Noor Fatin Mohamad, Emy Zuliaina Abdul Wahab,
 Cik Nur Fatin Zalikha Husna Yahya, Nurul Atikah Ibrahim 




Terima kasih juga daripada penulis blog kepada Komandan Kem PLKN Arena Resort Temerloh. Panjang umur kita bertemu lagi.


















Penulis amat menghargai kesudian Basri mempelawa dan membawa penulis mengunjungi kem tersebut.

Tahniah atas penyampaian ceramah oleh beliau dengan cara dan gaya yang sungguh membanggakan. Wassalam.


   
bamuda
dsuarang.blogspot.com
  

No comments:

Post a Comment