Assalamualaikum dan Selamat Sejahtera
Sahabat Sekamar Haji 2011 di Mekah
(Isnin Malam 10 November 2014
bersamaan 17 Muharam 1436H)
Penulis berkesempatan mengunjungi rumah seorang sahabat di Kota Kinabalu ketika bercuti di Sabah baru-baru ini.
Kunjungan itu penulis lakukan atas semangat persaudaraan yang sudah terjalin sejak tahun 2011 ketika penulis menginap sekamar dengan Tuan Hj Salleh Ibrahim (manakala Alimah - isteri penulis, sekamar dengan Puan Hjh Juliah Partono - isteri Hj Salleh) di Tanah Suci sepanjang musim menunaikan ibadat Haji.
Alhamdulillah . . . semangat ini semakin subur dan meluas kepada terjalinnya silaturahim yang sihat dan segar di kalangan ahli keluarga kami semua.
Dari kiri:
Suriani Salleh, Mrs Mohd Firuz Salleh, penulis,
Hj Salleh (memegang baby girl), Hjh Juliah, Dewi Syuria Salleh
Hj Salleh (memegang baby girl), Hjh Juliah, Dewi Syuria Salleh
Dari kiri:
Suriani Salleh, Mrs Mohd Firuz Salleh, penulis,
Hj Salleh (memegang baby girl), Hjh Juliah, Mohd Amirul Razak Salleh
Hj Salleh (memegang baby girl), Hjh Juliah, Mohd Amirul Razak Salleh
Terima kasih atas kesudian keluarga Hj Salleh ini menerima kedatangan saya ke rumah mereka.
Budi baik anda sekalian terakam dalam 'kotak minda' ini sebagai sebuah kenangan yang manis dan tidak mudah terlupakan.
Alhamdulillah . . . kita dapat jua bertemu di rumah tuan yang penuh keberkatan ini.
bamuda
dsuarang.blogspot.com
No comments:
Post a Comment