Assalamualaikum dan Selamat Sejahtera
Menantu Pertama Hassan n Zarina
Sabtu 29 November 2014 bersamaan 6 Safar 1436H . . . kira-kira jam 10:00 pagi penulis bersama empat orang lagi ahli keluarga memulakan perjalanan ke Batu Pahat, Johor Darul Takzim.
Penulis berlima berhasrat menghadiri resepsi perkahwinan anak saudara penulis Lisa dengan pasangannya Eric.
Lisa atau nama penuhnya Nurrul Khaliesah bte Hassan telah selamat diijabkabulkan dengan Eric atau nama penuhnya Mohd Fadzreeq bin Mokti.
Mereka kini bergelar suami isteri yang sah. Mudah-mudahan gelaran yang mulia ini berkekalan hingga ke akhir hayat.
Nurrul Khaliesah anak kedua sepupu penulis Puan Che Zarina bte Khusaimi dan Tuan Hassan bin Abas. Beliau ini cucu kepada Allahyarham Hj Khusaini bin Mohd Shariff & Allahyarhamah Hjh Zainab bte Abdullah. . . . (daripada keturunan keluarga besar Tok Shariff).
Resepsi perkahwinan Lisa & Eric ini telah diadakan di Pelican Hotel Batu Pahat, Johor Darul Takzim. Majlis berlangsung dari jam 11:00 pagi hingga 5:00 petang.
Alhamdulillah penulis serombongan sempat jua tiba di dewan resepsi hotel (tempat kejadian peristiwa) dari Kuala Lumpur pada jam 2:00 ptg ketika majlis sedang meriah berlangsung walaupun kami tadinya terperangkap dalam kesesakan lalu lintas di Lebuhraya Plus arah Selatan selama kira-kira hampir satu jam.
Penulis juga amat bersyukur dapat bertemu dengan tuan rumah adinda Hassan dan Che Zarina serta keluarga.
Kami amat terhutang budi kepada mereka sekeluarga kerana sudi mengundang kami ke resepsi perkahwinan Lisa & Eric di sini.
Resepsi yang berlangsung bertambah seri dengan kehadiran pasangan hos yang berhemah tinggi dan bijak melayan kehadiran para undangan mereka.
Mereka dibantu ahli-ahli keluarga yang turut bekerjasama memastikan kelancaran perjalanan majlis.
Majlis perkahwinan Lisa & Eric itu menambahkan suatu lagi catatan peristiwa seronok yang pernah kami lalui. Terima kasih.
Kami juga amat beruntung dapat bertemu kaum keluarga dan sanak saudara di majlis yang berkenaan . . . sekali gus dapat mengeratkan ikatan tali silaturahim di kalangan kita semua.
Tidak lengkap rasanya majlis ini jika acara bergambar ramai sanak saudara tidak dilaksanakan sebelum mereka yang berkumpul di sini pulang ke rumah masing-masing . . .
Tahniah penulis ucapkan kepada Tuan Hassan & Puan Che Zarina, pasangan suami isteri yang baru buat pertama kalinya menerima seorang menantu.
Tidak lengkap rasanya majlis ini jika acara bergambar ramai sanak saudara tidak dilaksanakan sebelum mereka yang berkumpul di sini pulang ke rumah masing-masing . . .
So let's photo shoot.
Tahniah penulis ucapkan kepada Tuan Hassan & Puan Che Zarina, pasangan suami isteri yang baru buat pertama kalinya menerima seorang menantu.
Kepada pasangan 'Raja Sehari' Nurrul Khaliesah dan Mohd Fadzreeq . . . yang baru sahaja memulakan hidup berumah tangga ini, Pak Uda sekeluarga mendoakan segala yang terbaik daripada Allah SWT untuk kalian.
Tepat jam 5:10 ptg kami sekeluarga bergerak meninggalkan Pelican Hotel Batu Pahat untuk pulang ke KL. Ketika itu hujan amat lebat. Kami tidak kisah . . . kerana percaya hujan membawa rahmat.
Menghampiri Pagoh . . . hujan mulai teduh. Petang cerah semula. Perut dah lapar pula.
Amad meminta kepada opahnya:
"Jom opah kita berhenti di sini sebentar. Perut Amad dah lapar . . . "
Maka terakamlah suatu hari lagi yang telah dilalui dengan penuh erti dalam hidup kami. Kami syukuri nikmat-MU Ilahi.
Alhamdulillah.
bamuda
dsuarang.blogspot.com
No comments:
Post a Comment