Wednesday, February 4, 2015

Sahabat Haj di Kuala Terengganu









ASSALAMUALAIKUM dan SELAMAT SEJAHTERA



Bersua Seketika Cukup Sukacita




Pagi Ahad 1 Februari 2015 bersamaan 11 Rabiul Akhir 1436H penulis dan keluarga amat gembira dapat bersua muka lagi dengan sahabat Haj ketika di Tanah Suci tahun 2011 dulu. 

Penulis sekeluarga dikunjungi Tuan Hj Hisham Muda dan Puan Hjh serta seorang daripada anak mereka Puteri di Prinz Park tempat kami menginap ketika berpergian ke Kuala Terengganu.

Walaupun pertemuan kami pagi itu sebentar cuma (kira-kira 1 jam setengah) kerana penulis sekeluarga perlu pulang ke KL untuk memenuhi acara di sana . . . semangat persahabatan antara kami semua amat terasa kesegarannya dan terserlah keikhlasannya. 

Terima kasih kami ucapkan kepada Hj Hisham sekeluarga kerana sudi juga melapangkan waktu untuk membolehkan pertemuan ini terjadi. Semoga Allah SWT membalas budi baik kalian. 

Mudah-mudahan kita dapat bersua lagi dalam masa yang terdekat.   
















































No comments:

Post a Comment