Assalamualaikum dan Selamat Sejahtera
Hari ini merupakan hari ke-10 terakhir kita berada dalam bulan Ramadan yang mulia buat tahun 1436H (2015).
Alhamdulillah kita masih diizinkan Allah swt mengisi ruang dan mengambil peluang untuk meneruskan hidup di dunia yang fana ini.
Menoleh ke detik-detik kehidupan sebagai rakyat atau warga negara Malaysia yang tercinta . . . pernahkah kita terfikir apa sumbangan yang telah kita berikan terhadap keamanan dan kemakmuran negara ini selain daripada sumbangan yang 'wajib' untuk keluarga sendiri dan seterusnya komuniti kita.
Pernahkah kita benar-benar meluangkan masa memberi perhatian kepada bentuk dan jenis peranan berfaedah yang harus kita laksanakan demi kebaikan negara kita Malaysia.
Rungutan atau sungutan sering kedengaran daripada kelompok tertentu warga atau rakyat di negara kita.
Mereka itu gemar mempersoalkan apa yang negara boleh atau telah berikan kepada mereka!
Tindak tanduk mereka itu jelas menampakkan sikap tidak mahu bersyukur dan tidak tahu menghargai rezeki dan nikmat hidup yang telah Allah swt limpahkan kepada mereka.
Ramai yang masih tidak insaf bahawa mereka terlalu banyak meminta berbanding memberi. Sikap negatif itu yang harus diperbetulkan terlebih dahulu . . . bukan kegemaran asyik menimbulkan persoalan tadi. Itulah hakikatnya!
Ramai yang tidak menghargai dari mana dan bagaimana mereka dapat menikmati keselesaan hidup seperti sekarang.
Mungkin sahaja kerana sudah agak lama berada dalam 'zon keselesaan' ramai yang mudah alpa akan peranan masing-masing sebagai warga negara Malaysia yang setia lagi bertanggung jawab . . . dan sebagai bangsa yang sudah berpuluh-puluh tahun Merdeka.
Janganlah kerana terlalu leka bersengketa sesama sendiri dan angkuh melanjutkan perseteruan sendiri-sendiri . . . bangsaku akhirnya rugi.
Janganlah menang sorak, kampung tergadai!

[Pada ketika begini aku terkenangkan kisah seorang sahabatku. Dia seorang yang berpendirian amat 'simple' dalam pendekatannya terhadap gaya kehidupan di negara Malaysia ini. 'Simple' tetapi cukup mengesankan!
Aku siarkan semula kisah berkenaan yang telah aku tuliskan (maaf ya dalam bahasa Inggeris) kira-kira enam tahun yang lalu.]
What's Your Contribution?
Assalamualaikum
and greetings to one and all
"What have you contributed to your family, (and/or) your kin, your neighbours, your community, your friends (and/or) the society at large today? What have you contributed to your country?
Nothing much? Nothing of great importance? Nothing worthy of mention? Nothing at all?
Don't panic ... you're doing OK. You're a normal citizen in a normal society of a normal country!"
Nothing much? Nothing of great importance? Nothing worthy of mention? Nothing at all?
Don't panic ... you're doing OK. You're a normal citizen in a normal society of a normal country!"
I was taken aback when an old friend of mine said those words to me quite recently. I thought he was trying to pull my leg. He always like to pull a fast one on people especially those close to him.
This instance I just could not restraint myself from asking him a question.
This instance I just could not restraint myself from asking him a question.
I asked why was that so.
He smiled and said,"Yeah, in truth you have contributed something you might not be aware of".
"How come?" was my next question.
"By not giving headaches and problems to people around you. At least you're not troubling society. That's what you have contributed!"
I knew he was sincere when he said those words. He was that simple in thought and action!
Surely you too have such friends...
Sekian . . . para pembaca yang budiman. Hingga bersua lagi . . . selamat berbahagia. Berusahalah terus menjadi warga Malaysia yang berbudi pekerti dan berhemah tinggi!
bamuda
dsuarang.blogspot.com
No comments:
Post a Comment