Thursday, October 29, 2015

Buruk Sahajakah Facebook?









Assalamualaikum dan Selamat Sejahtera





Facebook oh Facebook
(pertama kali disiarkan Monday 18 November 2013)


Ahad November 17 2013 bersamaan 13 Muharram 1435H


Penulis dan isteri berada di Kg Sesapan Batu Rembau, Beranang, Selangor . . . 



Kami ke situ kerana memenuhi undangan Tuan Faizal Hassan dan Puan Norlayly Mat Noor. Mereka pasangan suami isteri yang masih tergolong muda.



Mereka berhajat mengadakan kenduri kesyukuran berpindah ke rumah baru (sambil menyambut ulang tahun perkahwinan mereka yang ke-20 . . . penulis diberi tahu kemudian). 

Maka ucapan selamat juga untuk Tuan Faizal dan Puan Norlayly daripada kami sekeluarga.


Pasangan ini adalah ibu dan bapa saudara (Mak Chu n Pak Chu) kepada Mohd Rashidi Ali (menantu penulis).











Pasangan Empunya Rumah

Tuan Faizal Hassan dan Puan Norlayly Mat Noor




Istimewanya . . . Norlayly dan Faizal menjemput kami melalui facebook(fb) sahaja. 


Mudah dan cepat . . . tapi paling ketara . . . ikhlas!




Conversation started Tuesday





Assalammualaikum tuan dgn sukacitanya saya ingin menjrmput tuan seisi keluarga ke majlis kenduri kesyukuran masuk rmh,pada 17hb ahad ini..majlis bacaan yassin ytahlil akn diadskn sblm zohor (12tghri)..dikg sesapan batu rembau,beranang sel.moga kehadiran tuan seisi keluarga betambah serilh majlis kami..






Waalaikumsalam Pn Norlayly Mat Noor . . . Terima kasih sudi menjemput kami sekeluarga ke majlis puan pada Ahad 17 Nov ini. In Shaa Allah . . . andai tiada aral dan paling penting . . . diizinkan jua olehNYA . . . dptlah kami cuba sama-sama memeriahkan majlis puan kelak.






Semua seisi rmh dijemput ye tuan...rmh saya bkn rmh kak long kt broga....kg sesapan batu rembau....





Maka dengan berbesar hati dan atas semangat ingin mewujudkan tali persaudaraan yang lebih erat . . . kami* tiba di rumah Faizal dan Norlayly pada kira-kira jam 11:30 pagi.



*(Penulis, isteri, ibu mertua dan seorang cucu sebenarnya dipandu sampai ke situ oleh Mazlyn, anak penulis, yang juga isteri kepada Mohd Rashidi. Rashidi sedang menjalani peperiksaan di UM ketika itu dan akan menyusul ke situ kemudian kelak.)

Setiba di perkarangan rumah baru Norlayly dan Faizal . . . penulis lantas masuk ke ruang tamu rumah yang berkenaan kerana ingin turut sama dalam acara membaca surah Yassin yang sudah pun bermula. 

Selesai bacaan surah Yassin . . . bacaan tahlil dan doa selamat pula dilakukan. 

Alhamdulillah . . . segala acara terlaksana dengan baik.

Kami kemudiannya dipersilakan menjamu selera (makan tengah hari) oleh tuan rumah di bawah lindungan khemah yang terdiri di hadapan rumah itu. 







Berbual Santai 

Penulis 
dengan Tuan Hj Zohari sesudah makan tengah hari 








Menjamu Selera



Dari kiri:
Hjh Alimah, 
Mazlyn (pangku Ahmad), Hjh Maimunah 









Kenalan Baru

Tuan Hj Ibrahim dan para jemputan lain








Trio Lama

Dari kiri:
Tuan Hj Zohari, Tuan Hj Ibrahim, Penulis




Akhirnya . . . pada kira-kira jam 2:30 petang penulis 'terpaksa' memohon diri untuk pulang . . . kerana ada lagi acara lain yang menanti dipenuhi penulis di KL.

Terima kasih diucapkan kepada tuan rumah yang telah sudi mengundang kami ke majlis yang penuh keceriaan dan keikhlasan bersilaturahim ini.

Panjang umur ada rezeki . . . in shaa Allah kita berjumpa lagi.






Pasangan Berbahagia


Tuan Faizal dan Puan Norlayly









Kenangan Mesra


Dari kiri:
Puan Norlayly, Tuan Faizal, Penulis







Inti cerita siaran blog penulis kali ini jelas memfokus kepada usaha insan saling mengeratkan silaturahim.


Akan tetapi . . . ada sesuatu perkara lain yang ingin penulis paparkan juga di sini. Polemik penggunaan facebook!


Ramai yang menghukum facebook sebagai sesuatu yang mendatangkan banyak buruk daripada baiknya.


Ada yang berpendapat kemudahan facebook kurang sesuai untuk orang tua kerana menurut mereka golongan remaja sahaja yang gemar menggunakannya bagi tujuan mencari couple masing-masing dan seterusnya memadu asmara!


Ada pula yang berpendapat bahawa penggunaan facebook merupakan aktiviti yang mensia-siakan waktu tanpa mendatangkan sedikit manfaat pun . . . melekakan dan mengkhayalkan pengguna di alam maya!


Dan . . . banyaklah lagi yang diperkatakan oleh mereka yang "bijak-bijak sendirian berhad."


Ironinya ada di antara individu-individu begini yang tidak pernah menggunakan facebook atau tidak tahu atau tidak mahu tahu bagaimana menggunakan kemudahan facebook yang tersedia . . . dengan cara berdisiplin dan memanfaatkan!







Ikatan Persaudaraan


Dari kiri:
Tuan Hj Zohari, Puan Norlayly,
 Tuan Faizal, penulis




Alangkah ceteknya pandangan dan pemikiran end user yang sedemikian tentang teknologi moden ini!


Sebaliknya facebook kalau digunakan dengan bijak dan berhemah dapat mendatangkan banyak faedah kepada setiap lapisan anggota masyarakat atau ahli sesebuah komuniti.

Contohnya, dalam usaha mencegah jenayah, meningkatkan kesedaran terhadap kepentingan negara, bangsa dan agama, menimbulkan keprihatinan terhadap usaha memperbaiki taraf hidup, kesihatan dan ekonomi rakyat, seterusnya meningkatkan status kemajuan warga Malaysia di mata masyarakat antara bangsa . . . dll.


Elakkan penggunaan songsang facebook yang mendokong kerja-kerja maksiat dan yang bersubahat dengan penyebaran kelucahan, fitnah, gosip liar dan khabar angin yang tidak berasas.


Jauhkan diri daripada beraktiviti facebook andai semata-mata bertujuan untuk menimbulkan prasangka atau mewujudkan kebencian terhadap pihak lain.


Janganlah jadikan facebook alat yang memudahkan segala kerja berniat jahat atau kerja mengaibkan mana-mana individu atau perkumpulan.


Gunakanlah facebook dengan cara betul dan sebaik mungkin. Facebook pasti dapat memudahkan urusan harian seseorang . . . dan telah terbukti membantu dalam usaha yang memerlukan kederasan tindakan.








Kita Bersaudara


Dari kiri:
Tuan Razali, Tuan Rahim, Penulis, 
Tuan Mat Zain, Tuan Faizal, Tuan Hj Zohari









Keceriaan Jadi Kenangan


Dari kiri:

Tuan Mohd Rashidi, Tuan Razali, Tuan Rahim,
 Penulis, Tuan Mat Zain, Tuan Faizal, Tuan Hj Zohari





Dan, seperti dalam situasi santai yang penulis alami di atas . . . perhubungan melalui aktiviti "berteman di fb" mampu mengeratkan tali silaturahim hanya dengan memberi respons yang positif terhadap catatan (dalam kes ini, 'undangan') yang di buat . . . walau pun perantaraannya hanya melalui teknologi moden yang bergelar . . . . facebook!




Sekian . . . wallahuaklam.













Alhamdulillah







bamuda
dsuarang.blogspot.com



No comments:

Post a Comment