Tuesday, January 5, 2016

Bersilaturahim via Resepsi Perkahwinan






Assalamualaikum
dan
Selamat Sejahtera





Resepsi Perkahwinan Fini - Fazrul





"Marriages are made in heaven" . . . suatu ungkapan Inggeris yang sering kedengaran apabila soal perkahwinan dibincangkan. 


Bagi penulis, erti yang tersirat dalam ungkapan tersebut ialah segala apa yang terjadi sudah ditentukan. Sudah tertulis. Segalanya berlaku atas kehendak Allah swt.


Penulis beruntung diundang Lt Kol (B) Mohamud bin Hj Mohamad ke majlis meraikan perkahwinan puteri beliau pada Jumaat 1 Januari 2016 bersamaan 20 Rabiul Awal 1437H. 

Majlis diadakan di kompleks Atmosphere, Sri Kembangan. 








Lt Kol Mohamud seorang sahabat yang penulis kenali tatkala mengunjungi Muzeum Tentera Darat, Port Dickson pada awal tahun 2014.

Ketika itu beliau Kurator Pentadbiran muzium yang berkenaan. Beliau kini telah bersara daripada perkhidmatan tentera.   


Alhamdulillah silaturahim yang terjalin dengan Lt Kol (B) Mohamud melalui kunjungan penulis ke Muzium Tentera Darat dahulu itu segar terpelihara hingga sekarang. 









Perkataan Arab 'silaturahmi' . . . dalam pengertian mudahnya . . . membawa maksud 'persaudaraan' atau 'persahabatan'.










Apabila disebut pula perkataan 'bersilaturahim' dalam bahasa ibunda kita , maksud mudahnya (yang penulis fahami)  ialah perbuatan mewujudkan  'hubungan silaturahim' atau 'tali silaturahim'. 

Ringkasnya memulakan dan memelihara sesuatu hubungan / pertalian persaudaraan atau persahabatan. (Walahuaklam).











Penulis teringat akan kata-kata bersahaja seorang sahabat (hamba Allah yang alim dan tetap merendah diri) seperti berikut:




"Hubungan kita dengan Allah tidaklah perlu ditunjuk-tunjuk atau diheboh-hebohkan . . . takut-takut nanti menimbulkan riak dan keangkuhan pada diri yang mahu cuba beriman. Sebaliknya hubungan kita sesama manusia eloklah dizahirkan . . . mudah-mudahan menjadi ikutan kepada insan yang ingin menerapkan semangat bersilaturahim dengan penuh keikhlasan . . ." 








Penulis yang hadir di majlis ini bersama Lt Kol Basri Hj Omar PGB (Bersara) dan isteri beliau Puan Hjh Zawiyah Abdul Aziz telah dilayan dengan penuh berhemah oleh pihak tuan rumah (pihak pengantin perempuan).




Pasangan Suami Isteri




Tuan Rumah Yang Budiman







Lt Kol (B) Mohamud & Puan Noor Suzana


Kedatangan kami disambut mesra khususnya oleh Lt Kol (B) Mohamud dan isteri beliau Puan Noor Suzana Wan Chik serta keluarga.










Penulis Bersama Tuan Rumah



Penulis sempat beramah mesra dengan para tetamu yang berada di sekitar ruang makan di situ . . . lebih-lebih lagi dengan mereka yang duduk 'semeja' bersama penulis. 







Rakan Semeja?
bukan . . .  mantan Bos & Anak Buah!


Brig Jen (B) Dato' Pahlawan Mohd Tairobi bin Abdul Razak (kiri)
 bersama Lt Kol Basri Hj Omar PGB (Bersara)








Saling bertanya khabar . . . 







 updates . . . 






banyak yang hendak dikisahkan . . . 






cerita baru dan lama



Penulis secara spontan menggunakan istilah 'rakan semeja' terhadap kenalan baru kategori ini.


Harapan penulis . . . mudah-mudahan suatu waktu nanti 'rakan semeja' ini mungkin saja menjadi rakan rapat dan mesra penulis.   










 asyik bercerita 
al-maklum sekali sekala bersua . . .  







 begitulah keadaan mereka  . . . 





Puan Hjh Zawiyah bersama Datin Zainon



yang sudah bersahabat lama dan mesra!








 . . . dan, hari ini seronok dapat berjumpa








Dua Sahabat
mantan Jeneral hebat 

Bri Jen (B) Dato' Abdul Rahman bin Ismail (kiri) &
Brig Jen (B) Dato' Pahlawan Mohd Tairobi bin Abdul Razak








Dari kiri:

Brig Jen (B) Dato' Abdul Rahman, Lt Kol Mohamud (Bersara), Lt Kol Basri PGB (Bersara)








Dari kiri:

Brig Jen (B) Dato' Abdul Rahman, Penulis, Lt Kol Mohamud (Bersara)








Meraikan Tetamu

Tuan Rumah bersama Brig Jen (B) Dato' Abdul Rahman 




Waktu Menjamu Selera






menikmati sambil mensyukuri







Puan Hjh Zawiyah bt Abdul Aziz






Hjh Zawiyah bersama Datin







makan bersama memang membuka selera . . . 







seronok dan selesa . . . 






terutama apabila makan sekeluarga . . . 






atau dengan sahabat-sahabat lama . . . 







tak kira yang masih muda  . . . 





Lt Kol Falulin Senan dan Isteri







mahu pun yang sedang meningkat 'lama' . . . 







tetap diselubungi semangat bersaudara!





Ketibaan 
Rombongan Pengantin Lelaki







Yang ditunggu sudah pun tiba . . . 






 rombongan motosikal berkuasa besar 
 menemani pengantin kita . . . 








  . . . gaya terkini si anak muda . . . 





Pasukan Kompang Sudah Sedia








 untuk mengiringi Raja Sehari . . . 







menambahkan kemeriahan, menaikkan seri . . . 







 Kaum ibu pun teruja 
menumpukan perhatian . . . 








kepada pasangan pengantin 
menuju pelaminan . . . 








Kegembiraan terpancar di wajah mereka . . . 







walau pun beberapa kali 
terpaksa berhenti sebentar . . . 







 diminta senyum apabila bergambar! 







Duduk Di Pelamin


Pasangan pengantin baru bersedia untuk acara merenjis oleh ahli-ahli keluarga terdekat.








Bacaan Doa 



Sebelum acara merenjis bermula . . . doa selamat dibacakan. 









Lt Kol Mohamud (Bersara) 



Seperkara yang amat menarik perhatian penulis . . . pembaca doa itu tidak lain tidak bukan ialah bapa kepada pengantin perempuan sendiri.








pengantin baru mengaminkan doa 
yang dibaca ayahanda untuk mereka







amin, amin ya Rabbulalamin 







Fine Teamwork

Lt Kol (B) Mohamud membaca doa . . .
 isteri beliau Puan Noor Suzana mengaminkan




Syabas Lt Kol (B) Mohamud . . . Jarang-jarang sekali dapat kita saksikan perkara begini berlaku.








Senyuman Keluarga Bahagia








Kompang dipalu lagi agar majlis tidak sunyi . . . 







sambil acara merenjis dinanti . . .  







Pasangan Penganti Baru

Fazrul & Fini




Kepada Fazrul & Fini . . . penulis ingin menyatakan bahawa ikatan perkahwinan kalian yang sah ini merupakan langkah awal ke arah membina sebuah kehidupan yang harus menjaminkan masa depan yang penuh kebahagiaan dan kecemerlangan . . . dari dunia hinggalah ke akhirat.



Para tetamu pula terus sahaja bersantai bersama-sama sahabat. 











































Kemudian barulah dilaksanakan upacara merenjis pasangan 'Raja Sehari' hari ini. Pihak lelaki mendahuli, pihak perempuan menyusuli.




Pihak lelaki mendahului . . .







Tahniah anakanda . . . 





kita sekarang satu keluarga . . . 






berbahagialah selamanya . . . 






ayahanda tidak mahu ketinggalan . . . 






mengucapkan selamat kepada kalian . . . 






semoga jodoh berkekalan




 Pihak perempuan menyusuli . . .  







Mari kita pula ambil giliran . . . 





melaksanakan tugasan . . . 





sebagai ibu bapa . . . 





pengantin perempuan . . . 





merestui perkahwinan


direnjis renjis dipilis,
disiram si air mawar . . . 







biar bonda pula . . . 





menyempurnakan acara ini . . . 







untuk kedua-dua anakanda yang dikasihi . . . 






sambil bersyukur kepada Allah . . . 


Alhamdulillah



Farizul dan Fini selesai direnjis mesra oleh kedua-dua belah pihak keluarga . . . 








terasa lega  . . . 









baru selesai acara . . . 







boleh sambut tetamu semula . . . 








yang tak henti-henti tiba . . . 



Alhamdulillah . . . segala urusan yang berkaitan dengan walimatul urus Fazrul & Fini ini telah pun dapat dilaksanakan dengan teratur dan jayanya.










Tahniah diucapkan kepada pasangan pengantin baru Fazrul & Fini dan tentu juga kepada kedua-dua ibu dan bapa mereka masing-masing yang mendapat menantu . . . hmm.








Semoga ALLAH swt sentiasa memberkati perjalanan hidup pasangan yang baru sahaja mendirikan 'masjid' mereka ini.

Semoga ALLAH swt juga memberikan segala nikmat dan rahmat yang diharapkan oleh hamba-hamba-NYA ini. Amin. 



Tempatnya indah, situasinya indah, orangnya pun memang indah . . .


"All's well that ends well."



Hingga bertemu lagi . . . terima kasih daun keladi . . . yang baiknya daripada Engkau ya Allah . . . yang buruk itulah kami.







WASSALAM







bamuda
dsuarang.blogspot.com








No comments:

Post a Comment