Saturday, January 9, 2016

Edisi Baru: Basri PGB








Assalamualaikum 
dan 
Selamat Sejahtera





Seorang Sojar Tegar





Andai dipisah, lagu dan irama . . . lemah tiada berjiwa, hampa.


Demikian boleh diibaratkan kepada seorang hamba Allah bernama Basri Omar.

Beliau yang pada hujung kerjaya utamanya bersara sebagai Lt Kol Hj Basri bin Hj Omar PGB (Bersara) memang tidak boleh dipisahkan daripada warna warni ketenteraan.


































Nostalgia Zaman Kadet




Basri memang tegar sebagai seorang soldadu. Kalau orang dulu-dulu kata 'sojar tegar'. 

Hidup matinya atas semangat ketenteraan. Itu tidak dinafikan. 

Basri sudah menempuh berbagai rintangan sepanjang menjalankan tanggung jawab sebagai anggota tentera yang berani dan setia khasnya sebagai pegawai dalam unit Rejimen Askar Jurutera Diraja Malaysia.












































Ibu bapa / sanak saudara turut hadir meraikan 
 kejayaan anak / ahli keluarga masing-masing . . .






















Selesai Peristiwa 'Passing Out'




Penulis yang telah mengenali Basri sejak zaman bujangnya pada awal tahun-tahun 1970-an bukanlah berhajat terlalu memfokus kepada kewibawaanya sebagai seorang askar . . . yang penyudahnya terbukti cemerlang dengan penganugerahan Pingat Gagah Berani (PGB) kerana keberaniannya menentang musuh negara.


Namun . . . oleh kerana jasanya terhadap negara yang tercinta terlalu besar . . . maka tidak dapat tiada . . . jasa dan bakti itu tetap akan timbul diperbincangkan bersekali apabila kita menyentuh tentang . . . Basri bin Omar.








Saat paling bererti 
Penganugerahan PGB
















Surat Keramat





Berbagai peristiwa kenangan


































Orang ramai memang sudah dimaklumkan akan hal ini. Sudah terpampang di dada berbagai akhbar tentang kewibawaan Basri sebagai seorang pegawai tentera khususnya pakar bom. 

Basri juga sering diundang menyertai berbagai program berkaitan bidang ketenteraan di televisyen. 

Temu ramah dalam berbagai majalah tempatan juga menjadi bukti penghargaan terhadap bakti yang telah dicurahkan Basri kepada negara.




































Atas: 

Keratan berbagai akhbar tempatan
 tentang aktiviti ketenteraan Basri



Sekarang penulis semakin teruja mengetengahkan Basri sebagai seorang 'preman' (civilian)

Penulis ingin melupakan seketika Basri yang sebahagian besar hidupnya dipengaruhi amalan ketenteraan yang tebal.

Penulis ingin menampakkan Basri sebagai orang yang punya perasaan seni dan berjiwa sentimental.

Kenapa? Mudah jawapannya. 

Walau pun beliau akan sentiasa berjiwa askar . . . Basri tidak semestinya tidak boleh memiliki perasaan halus. 

Basri tidak semestinya tidak boleh menyimpan perasaan yang sentimental. 

Pendeknya . . . bukankah Basri masih seorang insan biasa?









Lt Kol Basri Hj Omar PGB (Bersara)




Maka melalui penulisan berikutnya (dalam blog ini), penulis akan cuba menyingkap sifat-sifat 'kemanusiaan' dan ciri-ciri 'keihsanan' dalam diri Basri bin Omar. 

Realitinya . . . Basri seorang anak 'bendang' yang bercita-cita tinggi dan telah berusaha sedaya upaya untuk berjaya.


Buat permulaan biarlah penulis terakan sedikit pandangan peribadi terhadap Basri.

Beliau sudah penulis sekeluarga anggap sebagai rakan, taulan, kawan, sahabat, saudara malah adik-beradik sendiri. {All-in-One . . .} bak kata jiran omputih aku tu!


Paling penting . . . beliau adalah seorang ahli keluarga yang berbudi tinggi . . . sangat mesra dan dikasihi.


Sebelum menyambung lagi penulisan tentang Basri bin Omar (dalam episod lain kelak) . . . penulis berhajat memaparkan sebuah puisi yang pernah penulis abadikan untuknya dahulu . . . buat tatapan sesiapa yang sudi.


Berasaskan 'pemerhatian' ini sekurang-kurangnya akan terbentuk suatu pandangan 'munasabah' terhadap insan yang difokuskan:



Suatu Pengamatan


Lalu . . . dia pun menoleh sebentar
terbayang era persekolahan dan zaman dia membesar:

Keperibadiannya digilap selaras budaya STAR
orang tuanya berdoa saban malam dan siang
lantaran inginkan anak mereka cemerlang . . .

Berkat doa itu dan dengan kegigihannya sendiri
anak kelahiran bumi jelapang padi ini
sentiasa bijak melaksanakan amanah yang diberi
rata dunia dijelajahi meraih pengalaman sebagai perwira
iltizamnya menjulang tinggi, semangatnya marak menyala . . .

Organisasi dirinya yang mantap dan baktinya yang luhur
menyebabkan diiktiraf keberaniannya yang tersohor
anugerah PGB daripada pemerintah menjadi bukti
rahmat daripada Allah pula sentiasa mengiringi!



AMB 22.05.2005



{Kita take-a-break di sini. Insya-Allah penulisan tentang Basri Omar kita sambung dalam episod yg lain.}






bamuda
dsuarang.blogspot.com



No comments:

Post a Comment