Saturday, April 30, 2016

Nostalgia Berulang: Kalaulah Ada . . .







Assalamualaikum n Selamat Sejahtera







Bola Oh Bola

















Kalaulah ada lagi para pemain yang berbakat seperi mereka yang pernah mengharumkan nama pasukan bola sepak Malaysia pada masa-masa lalu . . . alangkah berlainan jadinya kualiti bola sepak kita . . .












Nama-nama besar seperti penyerang hebat Raja Bola Ghani Minhat, Dutton, Wai Hong, Chin Aun, Namat, Chandran yang pernah tersohor sebagai kapten; Govindarajoo, Gunasegaran, Gabrielle, Syed Ahmad, Hassan Sani, James Wong, Dali Omar, Bakri Ibni, Kuppan, Siang Hock, Abdullah Ali dan ramai lagi yang kencang berlari di sayap kanan mahupun kiri; Tak kurang handalnya Rahim Omar, Kim Leng, Robert Choe, Choon Wah, Arthur Koh yang sentiasa bersungguh-sungguh menyerang dan merempuh gawang lawan sampai rapuh;













Apatah lagi dengan larian dan rembatan kudrat Super Mokh striker berkaliber tinggi alias Mokhtar Dahari; juga Syed Ahmad, Isa Bakar, Thanabalan, Ibrahim Mydin, Karathu, Zulkifli Norbit, Shaharuddin Abdullah yang sentiasa menyerlah di posisi depan atau tengah; tonggak pertahanan Ahmad Nazri, Tuck Choy, Jalil Che Din, Seng Choy, Siang Teik, Abdullah Nordin dan lain-lain tak mudah goyah tak kenal lelah;













Belum cukup kalau tak disebut kekebalan Inder, Soosay, Chin Aun The Towkay, Santokh, Serbegeth, Roslan Buang di barisan belakang; Lourdes, Yusof Bakar, Chee Keong, Cheng Lee, Arumugam, Ong Yew Tiang semuanya pula cemerlang menjaga gawang;



















Kenangan ku lantas kembali kepada zaman gemilang yang pernah dilalui ketika pasukan bola sepak kebangsaan sahih hebat dan para pemain disanjung tinggi! AMB masih ingat bermula sekitar lewat tahun-tahun 50-an Malaya amat disegani sebagai sebuah pasukan dan kemudian bertukar nama kepada Malaysia masih tetap digeruni oleh banyak pasukan lawan khasnya China, Jepun dan Korea Selatan manakala pasukan jiran Asean sering jadi bahan belasahan!











Ketika itu Malaysia amat dihormati dan disegani di rantau Asia kerana pasukan kita berwibawa. Sekarang ketiga-tiga negara pesaing utama itu dan negara-negara Asean tertentu semuanya sudah meningkat jauh lebih maju di kancah bola sepak antara bangsa. Mereka kini terbilang di persada bola sepak dunia! 





















Kita bagaimana dan di mana? Masih terkial-kial . . . mencari salah entah siapa. Semua nampaknya serba tak kena.  Kini semua dah macam letih macam dah macam laih, tidak cergas dan tangkas seperti zaman dulu itu. Banyak yang longlai banyak yang layu, siapa yang lalai siapa yang keliru . . .


























Sudah tiadakah Raja Bola seperti dulu; tak mampukah dilahirkan lagi Super Mokh; sudah hapuskah pemain setangkas Spiderman; sudah pupuskah pelapis sekebal Towkay dan Santokh yang diidamkan;












Entahlah, mari kita sama-sama cari . . . kita sama-sama nanti. Kalau gagal, kita lipat gandakan usaha agar harapan menjadi kenyataan. Bukannya asyik berkhayal dengan nostalgia bola sampai bila-bila!



Penulis rasa terpanggil menulis seperti di atas setelah jemu memerhatikan pasukan kebangsaan tewas perlawanan demi perlawanan . . . menentang berbagai-bagai pasukan bola sepak di rantau ini . . . termasuk pasukan-pasukan yang boleh dikira bertaraf amatur.

Macam ada yang tak kena dalam persatuan. Macam tak kena gaya aje dalam permainan. Macam dah biasa suka-suka bagi alasan setiap kali kalah dalam hampir setiap perlawanan !!! 





Bamuda
dsuarang.blogspot.com




No comments:

Post a Comment