Saturday, May 7, 2016

Cukup Sepetang Di Melaka









Assalamualaikum dan Selamat Sejahtera




Bukit St John dan Zoo Melaka



"Melaka Bandar Bersejarah". Itu slogan yang dapat dilihat di merata tempat di bandar Melaka sekarang.

Dulu pada tahun-tahun 1970-an (sudah hampir 50 tahun sudah) jarang-jarang sekali atau boleh dikatakan tiada langsung kedengaran ucapan atau slogan sedemikian.

Kini sering didengarkan kembali alkisah Hang Tuah lima bersaudara, kisah kehebatan Istana Melaka, cerita kekebalan Kris Tamingsari.

Kisah Hang Tuah difitnah dan dibuang ke Hulu Melaka. Cerita keistimewaan perigi Hang Tuah. Kisah-kisah ngeri lanun mengamuk di perairan Melaka. Cerita setempat Sungai Duyung. Kehebatan pertarungan Hang Jebat dengan Hang Tuah. Kisah kedatangan Laksamana Cheng Hoe dan Puteri Hang Li Po.

Cerita penjajahan Belanda, Portugis dan Inggeris serta kisah-kisah para pedagang berbagai bangsa di Melaka memang banyak diperdengarkan juga.


Sebenarnya itu semua aku sudah tak berapa ambil pusing sangat. Aku sudah lama tahu tentang ceritera itu. Dunia pun tahu akan kisah-kisah itu. 

Apa yang aku hendak utarakan seringkasnya ialah sedikit tentang kesan perubahan dan kemajuan terhadap tempat-tempat pelancongan di Melaka. 

Tidak dinafikan kini industri pelancongan di Melaka telah berkembang dengan begitu meluas!

Dulu, amat kurang tempat dan kemudahan yang tersedia. Oleh itu cepat saja para pelawat atau pelancong dapat memutuskan tempat mana yang hendak dikunjungi (tak banyak pilihan), kadangkala cukup untuk tempoh masa sehari suntuk sahaja. 

Betapa senang dan tenangnya waktu itu bagi mereka yang ingin bersiar-siar di Melaka. Semuanya mudah dan murah. Ke sana sini tak melibatkan kos yang besar.







 St John's Hill, Melaka : Sept 2, 1973 
[Penulis dan isteri masing-masingnya
 memegang adn Fadelah dan Sapiah] 









  St John's Hill, Melaka : Sept 2, 1973 
[Penulis dan isteri masing-masingnya 
memegang adn Sapiah dan Fadelah] 





Aku masih ingat bagaimana aku bersama isteriku Alimah Yasin bersiar-siar seharian di St John's Hill, Melaka (bersebelahan Kota A Famosa) dan kemudiannya di Zoo Melaka pada 2 September 1973.

Tiga orang adik perempuan isteriku iaitu Foziah Yassin, Sapiah Yassin dan Fadelah Yassin turut bersama kami bersiar-siar. 

Belanja sekadar makan dan minum sahaja. Masuk ke Zoo Melaka pada waktu itu tidak dikenakan apa-apa bayaran. 

Haiwan yang terpelihara di dalamnya tetap dapat menarik perhatian para pengunjung. Mungkin orang dahulu tak banyak ragam!








 St John's Hill, Melaka : Sept 2, 1973 
[ Belakang dari kiri: Penulis, Foziah]
[ Depan dari kiri: Fadelah, Sapiah] 




Aktiviti seperti ini dapat dilakukan dengan tenang kerana tidak ramai orang berkunjung ke tempat-tempat seperti itu pada ketika itu. 

Pada waktu itu, selain daripada kurang mempunyai wang untuk berkunjung ke sana sini, tidak semua orang memiliki kereta (motokar). 

Jadi kadangkala halangan yang dihadapi ialah kesukaran mengatasi masalah pengangkutan. 

Ini banyak membantutkan kegiatan kunjungan ke tempat-tempat pelancongan.










[Penulis bersama adn Fadelah 
di Zoo Melaka : Sept 2, 1973]









[Penulis bersama adn Sapiah 
di Zoo Melaka : Sept 2, 1973]









[Penulis dan isteri bersama 
adn Fadelah dan Sapiah 
di Zoo Melaka : Sept 2, 1973]




Apapun begitulah perubahan suasana pelancongan di negara kita . . . sejak zaman itu. 

Senario sekarang berbeza sekali. Sangat merangsangkan!

Bersyukur negara kita indah dan menawan. Doaku supaya keadaan ini semakin meningkat maju! 









Bamuda
dsuarang.blogspot.com


No comments:

Post a Comment