Saturday, June 11, 2016

Dia Maha Pencipta






Assalamualaikum 
dan
 Selamat Sejahtera




Renungan Pasca Ramadan




Aku rasa relevan sangat menghadirkan sedikit catatan di ruang ini . . . untuk merakamkan rasa setinggi-tinggi kesyukuran terhadap kurniaan Ilahi kepada aku sekeluarga . . . dan tentunya juga kepada para pembaca yang budiman . . . selama ini.


Ya Allah . . . berkatilah kami semua terus menerus. Sesungguhnya tanpa pertolongan-MU Ya Allah . . . entah bagaimanakah keadaan kami dan di manalah pula tempat kami!


Aku bersyukur masih diizinkan-NYA menulis dan berfikir seperti dahulu . . . ketika aku berkhidmat sebagai seorang editor. Sudah lebih daripada 16 tahun aku bersara wajib sekarang.


Sepanjang tempoh hidup ini . . . Allah swt telah memberikan kepada aku sekeluarga segala kenikmatan yang diidamkan oleh hambanya.


Aku percaya para pembaca yang budiman juga telah dianugerahkan Allah swt rahmat dan nikmat yang sama. Alhamdulillah.


Namun . . . kadangkala adalah juga ujian dan dugaan terhadap kesabaran dan ketabahan hati ini dalam menjalani hidup sehari-hari.

Aku tetap bersyukur dapat melalui atau mengalami keadaan yang sedemikian kerana aku percaya setiap ujian Allah itu membawa bersamanya sesuatu kebaikan yang tidak terduga oleh akal manusia.

Tentu sahaja ada hikmahnya!

Aku yakin para pembaca yang budiman juga ada berhadapan dengan ujian dan dugaan yang sedemikian dari masa ke masa.

Aku juga yakin segala ujian dan dugaan itu akan dapat diatasi dengan tabah dan hati yang penuh reda akan qadak dan qadar Allah swt.

Dan . . . sebagai hamba yang kerdil . . . aku hanya mampu bersyukur, bersyukur dan bersyukur.

Maka . . . dengan penuh kerendahan hati dan keinsafan . . . ampunilah hamba-MU ini Ya ALLAH.






Bamuda
dsuarang.blogspot.com


No comments:

Post a Comment