Wednesday, November 23, 2016

Hikmah dan Rahsia Bercukur atau Bergunting










Assalamualaikum 
dan 
Selamat Sejahtera



Botak di Tanah Suci 



Setelah berwukuf di Arafah jemaah haji bermabit di Muzdalifah.

Pada hari ke-10 Zulhijjah jemaah haji akan melontar di Jamrah al-Aqabah.

Seterusnya pada hari-hari tasyriq jemaah haji akan melontar pula di ketiga-tiga jamrah. 

Jemaah haji dituntut bercukur atau bergunting selepas selesai melontar di Jamrah al-Aqabah pada hari ke-10 Zulhijjah.























Pengertian bercukur merangkumi semua perbuatan memotong rambut. 

Ia termasuk menggunting tiga helai rambut atau lebih, mencabut atau memendekkan walau sekadar mana dan dengan apa-apa alat sekalipun.

Ia merupakan rukun menurut pendapat yang soheh dalam Mazhab Syafie. 

Ini berdasarkan perbuatan Nabi Muhammad SAW sebagaimana yang diriwayatkan oleh Imam Bukhari dan Muslim dan yang lainnya.



Rujukan: Kitab al-Fiqh al-Manhaji
[Dipetik dan disesuaikan daripada Senarai Semak Ibadat Haji terbitan Lembaga Tabung Haji].

































Hikmah mewajibkan bercukur atau bergunting kerana sebelum ihram jemaah haji telah membersih dan merapikan diri masing-masing daripada semua rambut dan bulu yang ada pada badan masing-masing. 

Oleh kerana jemaah haji terdedah kepada debu dan kotoran semasa berada dalam ihram yang lama maka sewajarnya jemaah haji membersihkan segala kotoran tersebut dan tiada lagi sesuatu yang membebankan diri masing-masing.

Yang baki selepas itu hanyalah rambut yang menjadi kemegahan dan kebanggaan seseorang di mana seseorang itu melumurinya dengan minyak dan menghiasinya dengan menyisir atau mengikatnya.

Sekarang dikatakan kepada jemaah haji cukurlah kerana rambut tersebut boleh jadi pernah menjadi saksi kemaksiatan apa yang dilakukan oleh manusia.

Justeru, Allah mahu rambut yang tumbuh dalam keadaan bersih serta taharah yang menjadi tanda berhubung iltizam seseorang.



Rujukan: Syeikh Sya'rawi dalam al-Haj al-Akbar
[ Dipetik dan disesuaikan daripada Senarai Semak Ibadat Haji terbitan Lembaga Tabung Haji]




Bercukur kepala sunat dimulakan sebelah kanan atau jika bergunting afdhalnya seluruh kepala.

Tetapi bercukur ini kerana Rasulullah SAW mendoakan kepada yang bercukur dengan rahmat dan keampunan sebanyak tiga kali sedangkan untuk yang bergunting sekali sahaja.

Bagi wanita pula ia hanya boleh bergunting dengan mengambil sekadar sedikit sahaja daripada rambut.



Rujukan: Buku al-Hajjah al-Maburah
[Dipetik dan disesuaikan daripada Senarai Semak Ibadat Haji terbitan Lembaga Tabung Haji]















Wallahuaklam



Setelah selesai segala kerja haji yang rukun dan wajib ke atas diri teman, dan melihat di cermin wajah teman berkepala botak, teman tiba-tiba terbayang kembali suatu kisah teman di bangku sekolah dahulu.

Biar teman cerita dalam episod kemudian nanti  . . . 










bamuda 

dsuarang.blogspot.com


No comments:

Post a Comment