Wednesday, November 9, 2016

Studio Seniman Serba Boleh




Assalamualaikum 
dan
 Selamat Sejahtera






Melawat Irama Studios 




Seseorang yang menjejakkan kakinya ke tempat ini pasti akan tertarik kepada apa yang dilihat sekelilingnya.

Ada banyak lukisan yang indah-indah menghias ruang di sana sini.

Pada dinding dalam studio ini terdapat catan (lukisan dengan cat), lukisan minyak, lakaran atau sketsa yang menarik. 

Barang-barang seni yang lain juga dapat dilihat tersusun rapi di atas rak. Bagai sebuah galeri seni lukis layaknya!










Antara lukisan-lukisan menarik
hasil tangan Mahzan Manan & anaknya Azahar Mahzan















Memang cantik, memang menarik






















































Tiada gambar secantik lukisan . . .














Seni semulajadi mengalir dalam dirinya . . . 









Di sebalik kejayaan setiap lelaki, mesti ada perempuannya
begitu kata pujangga . . .


Setelah seseorang meneliti sekali lagi di manakah sebenarnya mereka sedang berada maka barulah keadaan menjadi nyata. 

Sesungguhnya ini bukanlah galeri seni lukis tetapi sebuah studio rakaman . . . Irama Studios Sdn Bhd.










Di suatu sudut ruang tamu studio ini ada terlihat notasi muzik di atas meja. Tempat ini seperti stesen kerja kecil. Siapakah yang sering duduk di sini agaknya?


















Nota muzik tulisan tangan oleh Mahzan Manan yang begitu artistik


Berbagai poster dan brosur mengenai kegiatan seni muzik juga kelihatan di situ. Ini tentu ada kaitan dengan kegiatan yang dilakukan oleh sesiapa yang menggunakan stesen kerja ini.














Kejayaan terbaru komposer yang sudah bergiat sejak tahun-tahun 1960-an lagi . . .












Konsistensi yang layak mendapat apresiasi . . .












Inilah suatu manifestasi . . .


Ada pula bingkai gambar-gambar peralatan muzik seperti rekorder, gitar, terompet, biola dan lain-lain tergantung menghiasi dinding stesen kerja ini. 

Gambar-gambar berbingkai kemas itu kelihatan seperti kulit buku.

Benar, kulit buku dengan nama penulisnya  ... MAHZAN MANAN terpampang di situ!






Sebuah dokumentasi . . .







Kulit hadapan dan belakang buku-buku muzik hasil karya Mahzan Manan



Dan . . . Mahzan Manan akan berada di meja kerjanya di sudut ini setiap kali dia datang berurusan di studionya.








Ketekunan dan keyakinan tinggi ketika menjalankan tugas . . .









Beliau akan melakukan kerja-kerja muziknya di sini. Di tempat inilah ilham yang dianugerahkan Tuhan kepadanya sering kali diterjemahkan menjadi kenyataan.

Demikian antara sedikit modus operandi komposer kita ini!
















Komitmen dan konsistensi . . . membawa kepada segala kejayaan Mahzan Manan



Jadi, apakah istimewanya manusia bergelar Mahzan Manan ini? 

Beliau bukan doktor, loyar atau majistret. Mahzan Manan terlibat dengan muzik!









Tuan Hj Mahzan Manan









Gaya terbaru Tuan Hj Mahzan Manan di studio rakaman miliknya


Alahai apalah sangat mereka yang terlibat dengan muzik! Semestinya orang tak berapa bagus di bidang akademik! 

Lalu terjunlah mereka ke bidang muzik!

Demikian pandangan songsang majoriti anggota masyarakat kita terhadap manusia yang berkecimpung dalam bidang muzik atau seni persembahan pada suatu masa dahulu khususnya pada tahun-tahun 1950-an hinggalah 1960-an. 

Anak seni sering diperlekeh walaupun hasil seni mereka diam-diam dikagumi oleh golongan yang memperlekehkan mereka itu!

Begitu mentaliti orang kita ketika itu!

Dan . . . berleluasalah pandangan serong terhadap pencinta dan pengamal seni hinggakan ramai yang bergiat separuh jalan sahaja. Malu diperlekehkan sebagai orang yang tak cukup akademik!


Dalam hal ini, keadaan dan senarionya amat jauh berbeza dengan prinsip atau pegangan Mahzan Manan (Tuan Hj Mahzan Manan, KMN). Beliau tidak pernah malu atau menyesal menjadi pendokong seni muzik. Mengapa mesti malu atau menyesal?







"Tak perasan dah banyak juga anugerah ni."



Beliau cukup berbakat . . . dan, bakat adalah anugerah Tuhan. Lagipun Mahzan Manan juga cukup berpendidikan.

Cukup dari segi pendidikan formalnya dan tidak kekurangan pula dari segi akademiknya.

Beliau berkelulusan khas dalam bidang pendidikan bahasa dan muzik. Beliau seorang pendidik berkaliber!


Mahzan Manan pernah menjadi guru bahasa Inggeris dan kemudiannya pensyarah khas muzik di beberapa buah sekolah dan institusi pendidikan di negara ini sebelum bersara secara rasmi daripada jawatan-jawatan tersebut.


Apa yang menarik ialah beliau tidak henti-henti bergiat mencurahkan bakatnya dalam arena seni muzik nasional. Beliau percaya seni muzik juga pendidikan. 

Beliau tidak syak lagi banyak menyumbang kepada khazanah seni muzik negara dari zaman mudanya hingga melampaui zaman persaraannya.

Bukan sembarangan orang yang boleh atau sanggup melakukan sedemikian. Mahzan Manan sememangnya seorang pendidik berjiwa seni!







" Menang anugerah memang seronok. Dan . . . apabila
hasil ciptaan kita diterima umum . . . kepuasannya tentulah lebih lagi."



Selain daripada berkebolehan dalam bidang seni muzik, Mahzan Manan juga seorang pelukis hebat. 

Lukisan yang dihasilkannya sering dipamerkan di galeri lukisan terkenal dalam negara. Minat dan sambutan khalayak terhadap lukisannya amat menggalakkan. 

Seniman serba boleh yang berasal dari Taiping ini juga telah menghasilkan buku-buku muzik dengan syarikat-syarikat penerbitan terkenal.


Sejak tahun-tahun 50-an dahulu Mahzan Manan membuktikan beliau adalah pencinta seni yang tulen.  Beliau masih aktif berkarya hingga sekarang. 

Beliau tidak pernah mengenal erti bosan dalam kerja merangkap 'hobinya' ini.



















Antara banyak anugerah yang diterima



Kuatnya azam dan cita-cita beliau untuk meneruskan penglibatannya dalam bidang yang menjadi 'first love' beliau itu menyaksikan tertubuhnya sebuah studio rakaman milik beliau di 47-2 Jalan Bandar 16, Pusat Bandar Puchong, Selangor DE. 

Studio tersebut diberi nama Irama Studios. Mahzan Manan kini menjadi usahawan pula.








Beliau dengan penuh semangat keusahawanan memperluaskan lagi penceburannya dalam bidang muzik. 

Khidmat yang tersedia melalui studionya ini termasuklah seni persembahan muzik, seni lagu dan seni suara.








Mahzan Manan dibantu menggerak dan memastikan perjalanan lancar studio rakaman ini oleh anaknya Saiful Ekramm yang juga seorang usahawan dan ahli muzik. 

Saiful mentadbirkan segala urusan projek dan penjadualan aktiviti di studio ini.










Studio yang sederhana besar ini menempatkan ruang tamu yang cukup selesa, sebuah bilik rakaman utama, dua buah bilik untuk berlatih muzik (jamming session), suatu sudut stesen kerja dan surau kecil.

Semuanya tersusun rapi. Nampak bersih dan kemas.








Bukan sekadar hiasan . . .









 Mahzan Manan bersama diva Datuk Sharifah Aini. 









 Mahzan Manan bersama penyanyi lagu asli terkenal Andre Goh.
 (Foto-foto ini dirakam di Irama Studios)









Mahzan Manan bersama kumpulan keroncong pimpinannya



Di ruang tamu inilah pihak Irama Studios menerima dan melayan para tetamu. Di sini juga perbincangan ringan berlangsung. Paling tidak perbualan atau komunikasi santai antara kenalan, sahabat dan saudara berlaku.








Penulis berbual mesra dengan Mahzan Manan








Berbagai-bagai perkara menjadi tajuk perbincangan . . . 








 . . . berteraskan muzik 









Sambil berbual sambil saling bertukar-tukar pandangan . . .








. . .  dan saling mendapat 'updates' daripada kedua-dua pihak.







Perbualan berlangsung secara santai di antara dua sahabat lama 
(sejak tahun 1969 ketika sibuk bernasyid di Stadium Merdeka KL)













Cik Puan ni sempat memerhatikan penulis 'mengganggu' ketenteraman
 susunan trofi Tuan Hj Mahzan Manan di kabinet itu . . .






 Alahai nak cari bahan penulisan ni, Puan Alimah!








Yang ni pulak tengok-tengok apa? Dah sah dah. Memang hebat pencapaian Tuan Hj Mahzan kita ni. Hingga tercabar kebolehan komposer-komposer lain yang juga berkemahiran menggubah lagu!










Semua di atas menjadi pengalaman indah para pengunjung ke ruang tamu Irama Studios



Studio rakaman pula merupakan nadi penggerak Irama Studios. Peralatan di studio ini sesuai dan memenuhi keperluan sebuah studio rakaman.

Di sinilah aktiviti rakaman berbagai irama lagu seperti Asli, Langgam, Keroncong, Nasyid dsb dijalankan.

Paling istimewa rakaman bacaan kitab suci Al-Quran pun sering dilakukan di sini.





Aksi di Control Room








Asyik . . . mendengar lagu
ciptaan terbaru Mahzan Manan







Sengaja le jenguk sini jenguk sana . . .





 . . . bikin kecoh sikit







Mahzan Manan menerangkan sesuatu tentang control room ini . . . 






Beliau dibantu anakandanya Saiful Ekramm







Oh begitu rupanya . . . 






 Marilah relaks sekejap dengar lagu yang dimainkan komposer ini.







Menikmati hasil maestro touch komposer terkenal . . . Mahzan Manan













Penulis berbicara dengan Saiful Ekramm, 'orang kuat' Irama Studios. 








 Ini lagu baru . . . untuk Penulis!







Kemahiran teknik diperlukan untuk menghasilkan rakaman berkualiti ... 




 . . . sembang-sembang tentang kualiti bunyi muzik . . . 






Penulis di kiri . . . Saiful Ekramm di kanan . Itu ini . . . begitu begini 
 sembang-sembang kami . . .









Seronok berada di control room bersama pemilik Irama Studios





Aksi di bilik rakaman







Cuba-cuba try . . . kata orang kita






Penulis ni . . . macam tahu nyanyi.






Takpe le SE pasang je mike tu . . . biar nampak hebat.







"Lagu Tiga Kupang, Burung Nyanyi Saja  . . . 






Tentu Senang Hati, Kalau Orang Suka . . ."





Dua buah bilik latihan sesi muzik yang terdapat di Irama Studios pula sentiasa dipenuhi para penggemar dan pemain muzik. 

Ini terutamanya berlaku pada hujung minggu dan pada sebelah malam selepas waktu kerja. 

Peralatan di kedua-dua bilik ini amat memuaskan. Alat-alat muzik untuk kegunaan pelanggan cukup lengkap.


























Pelbagai instrumen di bilik jamming












Untuk kaki pukul . . . kalau pecah . . . bayo le kome!







Rasa macam nak masuk campur lak dalam sesi latihan muzik nanti. 
Tapi biar le teman peluk tubuh dulu.  Ngeri gak nak tunjuk skill depan professional ni!



Kini sudah kira-kira enam (6) tahun Irama Studios beroperasi. Dan . . . hasilnya tentulah berbaloi!

Ramai yang menggunakan kemudahan yang tersedia di Irama Studios dengan kadar bayaran yang berpatutan.

Apabila ditanya sama ada beliau akan menukarkan hobi seninya kepada hobi yang lain andainya diberikan pilihan sekarang . . . jawabnya pantas "TIDAK!"

Dan apabila penulis mengutarakan soalan berikut kepadanya:

"Andai kata waktu boleh dibalikkan kepada zaman lampau, apakah cita-cita yang mahu tuan kejar dan capai?"

Tuan Hj Mahzan Manan tidak teragak-agak menjawab:

 "Masih tetap seperti sekarang . . . menjadi ahli muzik . . . tetapi . . . ahli muzik yang jauh lebih hebat daripada sekarang!"

Beliau lantas menambah dalam bahasa Inggeris yang faseh:

 " I just cannot imagine not being a musician. A much greater one . . . at that . . .

untuk menekankan apa yang dimaksudkannya!



"Well, Sir (form of address for an ex-educator) you are already one," I thought.







Tahniah, Tahniah, Tahniah




Memang tidak dinafikan Mahzan Manan adalah satu nama gah dalam bidang muzik tanah air.

Sejak tahun 1962 lagi beliau telah memenangi award demi award dalam pertandingan menggubah lagu pada peringkat nasional.















Penghargaan yang diterima komposer ini seawal tahun-tahun 1960-an



Beliau juga merupakan komposer yang memenangi hadiah terbaik pertandingan menggubah lagu dalam Pesta Lagu Malaysia pertama yang dianjurkan pihak Radio Televisyen Malaysia (RTM) pada tahun 1980.










Kemenangan seperti ini berterusan sehingga ke hari ini. Paling baru beliau menjadi Johan dalam Pertandingan Cipta Lagu Irama Malaysia anjuran RTM pada tahun 2010.







Banyaknya trofi dan perisai!








Meneliti poster pertandingan dan mendengar penerangan MM















Penghargaan yang setimpal dengan usaha yang bersungguh-sungguh
















Hasilnya menjadi kenyataan




Syabas Tuan Hj Mahzan Manan. Usaha yang murni pasti mendapat ganjaran yang baik daripada Allah SWT.

Kami mengharapkan banyak lagi sumbangan karya hebat daripada tuan untuk memperkayakan khazanah seni muzik negara kita.















Kami doakan agar Tuan Hj Mahzan mencapai sepenuhnya cita-cita murni dalam bidang kegemarannya ini.

Sebagai penutup, penulis ingin menyatakan kekaguman terhadap kebolehan Mahzan Manan dalam berbagai cabang seni yang diceburinya. 

Tidak kiralah dalam seni lukis, seni muzik atau penulisan buku muzik Mahzan Manan tetap menghasilkan yang terbaik.

Sebagai komposer, pemuzik, pelukis, penulis, penyelenggara berbagai kegiatan muzik berkumpulan, atau sebagai pemimpin band, atau jurulatih koir dan lain-lain lagi Mahzan Manan tetap sentiasa mementingkan kualiti tertinggi. Beliau boleh dikatakan seorang perfectionist.








Terima kasih kerana sudi menerima kunjungan kami.




Beliau begitu berkeyakinan dalam apa sahaja yang hendak dilakukannya . . . terutamanya apabila berhasrat berkarya sehingga akhir hayat. Mudah-mudahan diizinkan Allah SWT.

Paling berkesan kata-kata semangat yang sering penulis dengar diucapkannya ialah :



The best is yet to come!









And once again Sir, I trust . . . God willing, it is not impossible,Tuan Haji Mahzan Manan!











bamuda
dsuarang.blogspot.com



No comments:

Post a Comment