Thursday, January 12, 2017

43 Tahun Hari Ini





Assalamualaikum 
dan 
Selamat Sejahtera






Kenangan Mengusik Jiwa



Khamis 12 Januari 2017 bersamaan 13 Rabiul Akhir 1438H genaplah 43 tahun usia perkahwinanku dengan Alimah Yasin.







Alhamdulillah ... aku bersyukur.



















Mungkin kepada sesetengah pihak tiadalah sangat hebatnya menyatakan kepada umum peristiwa yang sedemikian.

Mungkin bagi mereka itu ... perkara begini juga di alami oleh orang lain.


Biarlah mereka dengan pendirian masing-masing. 

Bagi diriku ... pengumuman ini merupakan sesuatu yang elok dilakukan ... apabila bersesuaian dengan ketikanya. 


Dahulu ... aku tidak pernah mengambil berat untuk mengingati tarikh-tarikh penting peribadi seperti ini yang seharusnya aku ingat. Entah kenapa. 

Bukan aku tak bersyukur kepada-NYA. Bukan aku tak mengasihi mereka yang paling dekat denganku. Bukan, bukan dan bukan.


Aku kurang prihatin mungkin dalam hal begitu! Agaknya kerana aku memang sejak dulu kurang gemar akan tarikh-tarikh yang terdapat dalam mata pelajaran Tawarikh ... (sekarang Sejarah). 

Apatah lagi apabila disuruh guruku dulu untuk mengingati terlalu banyak tarikh berbagai peristiwa!


Berkenaan peristiwa ulang tahun perkahwinan kami ini ... isteriku yang memperingatkan aku.



Baguslah juga. Sekurang-kurangnya dapat aku menyatakan rasa kesyukuran dengan jelas dalam ruangan ini. Dapat aku berdoa ...









"Ya Allah ... peliharakanlah seterusnya ikatan perkahwinan kami ini. Kurniakanlah kebahagiaan yang berpanjangan kepada kami sekeluarga. Berikanlah kami kesabaran dan kekuatan untuk menghadapi segala ujian dan dugaan pada masa depan ... dan kekalkanlah kami sebagai keluarga yang baik dan bersyukur."





{Si omputih jiranku ni . . . sibuk betul. Nak tau juga biji butir isi tulisanku ini. Itulah dulu suruh belajar bahasa Melayu . . . buat tak kisah. Sekarang siapa yang terhidu-hidu.}







Apapun sebagai jiran yang baik dan untuk memelihara suasana kejiranan yang harmonis, aku turunkan jugalah sedikit petunjuk kepada si omputih jiranku ini supaya dia tahu juga apa yang sedang diperkatakan . . .









"On this auspicious occasion, my most sincere thoughts and warmest feelings of appreciation, to my beloved wife Alimah Yasin for all that she had done to make happiness possible and for her art of ensuring a fruitful and comfortable life for me and that of my whole family. Thank you many times over, dear."








Semoga Allah swt melindungi kita.
 Amin.






bamuda
dsuarang.blogspot.com




No comments:

Post a Comment