Saturday, January 9, 2016

Edisi Baru: Basri PGB








Assalamualaikum 
dan 
Selamat Sejahtera





Seorang Sojar Tegar





Andai dipisah, lagu dan irama . . . lemah tiada berjiwa, hampa.


Demikian boleh diibaratkan kepada seorang hamba Allah bernama Basri Omar.

Beliau yang pada hujung kerjaya utamanya bersara sebagai Lt Kol Hj Basri bin Hj Omar PGB (Bersara) memang tidak boleh dipisahkan daripada warna warni ketenteraan.


































Nostalgia Zaman Kadet




Basri memang tegar sebagai seorang soldadu. Kalau orang dulu-dulu kata 'sojar tegar'. 

Hidup matinya atas semangat ketenteraan. Itu tidak dinafikan. 

Basri sudah menempuh berbagai rintangan sepanjang menjalankan tanggung jawab sebagai anggota tentera yang berani dan setia khasnya sebagai pegawai dalam unit Rejimen Askar Jurutera Diraja Malaysia.












































Ibu bapa / sanak saudara turut hadir meraikan 
 kejayaan anak / ahli keluarga masing-masing . . .






















Selesai Peristiwa 'Passing Out'




Penulis yang telah mengenali Basri sejak zaman bujangnya pada awal tahun-tahun 1970-an bukanlah berhajat terlalu memfokus kepada kewibawaanya sebagai seorang askar . . . yang penyudahnya terbukti cemerlang dengan penganugerahan Pingat Gagah Berani (PGB) kerana keberaniannya menentang musuh negara.


Namun . . . oleh kerana jasanya terhadap negara yang tercinta terlalu besar . . . maka tidak dapat tiada . . . jasa dan bakti itu tetap akan timbul diperbincangkan bersekali apabila kita menyentuh tentang . . . Basri bin Omar.








Saat paling bererti 
Penganugerahan PGB
















Surat Keramat





Berbagai peristiwa kenangan


































Orang ramai memang sudah dimaklumkan akan hal ini. Sudah terpampang di dada berbagai akhbar tentang kewibawaan Basri sebagai seorang pegawai tentera khususnya pakar bom. 

Basri juga sering diundang menyertai berbagai program berkaitan bidang ketenteraan di televisyen. 

Temu ramah dalam berbagai majalah tempatan juga menjadi bukti penghargaan terhadap bakti yang telah dicurahkan Basri kepada negara.




































Atas: 

Keratan berbagai akhbar tempatan
 tentang aktiviti ketenteraan Basri



Sekarang penulis semakin teruja mengetengahkan Basri sebagai seorang 'preman' (civilian)

Penulis ingin melupakan seketika Basri yang sebahagian besar hidupnya dipengaruhi amalan ketenteraan yang tebal.

Penulis ingin menampakkan Basri sebagai orang yang punya perasaan seni dan berjiwa sentimental.

Kenapa? Mudah jawapannya. 

Walau pun beliau akan sentiasa berjiwa askar . . . Basri tidak semestinya tidak boleh memiliki perasaan halus. 

Basri tidak semestinya tidak boleh menyimpan perasaan yang sentimental. 

Pendeknya . . . bukankah Basri masih seorang insan biasa?









Lt Kol Basri Hj Omar PGB (Bersara)




Maka melalui penulisan berikutnya (dalam blog ini), penulis akan cuba menyingkap sifat-sifat 'kemanusiaan' dan ciri-ciri 'keihsanan' dalam diri Basri bin Omar. 

Realitinya . . . Basri seorang anak 'bendang' yang bercita-cita tinggi dan telah berusaha sedaya upaya untuk berjaya.


Buat permulaan biarlah penulis terakan sedikit pandangan peribadi terhadap Basri.

Beliau sudah penulis sekeluarga anggap sebagai rakan, taulan, kawan, sahabat, saudara malah adik-beradik sendiri. {All-in-One . . .} bak kata jiran omputih aku tu!


Paling penting . . . beliau adalah seorang ahli keluarga yang berbudi tinggi . . . sangat mesra dan dikasihi.


Sebelum menyambung lagi penulisan tentang Basri bin Omar (dalam episod lain kelak) . . . penulis berhajat memaparkan sebuah puisi yang pernah penulis abadikan untuknya dahulu . . . buat tatapan sesiapa yang sudi.


Berasaskan 'pemerhatian' ini sekurang-kurangnya akan terbentuk suatu pandangan 'munasabah' terhadap insan yang difokuskan:



Suatu Pengamatan


Lalu . . . dia pun menoleh sebentar
terbayang era persekolahan dan zaman dia membesar:

Keperibadiannya digilap selaras budaya STAR
orang tuanya berdoa saban malam dan siang
lantaran inginkan anak mereka cemerlang . . .

Berkat doa itu dan dengan kegigihannya sendiri
anak kelahiran bumi jelapang padi ini
sentiasa bijak melaksanakan amanah yang diberi
rata dunia dijelajahi meraih pengalaman sebagai perwira
iltizamnya menjulang tinggi, semangatnya marak menyala . . .

Organisasi dirinya yang mantap dan baktinya yang luhur
menyebabkan diiktiraf keberaniannya yang tersohor
anugerah PGB daripada pemerintah menjadi bukti
rahmat daripada Allah pula sentiasa mengiringi!



AMB 22.05.2005



{Kita take-a-break di sini. Insya-Allah penulisan tentang Basri Omar kita sambung dalam episod yg lain.}






bamuda
dsuarang.blogspot.com



Edisi Baru: Dirgahayu Basri









Assalamualaikum dan Selamat Sejahtera








Kebesaran 
Kuasa Allah swt




Apa sahaja yang dikehendaki-NYA akan terjadi . . . pasti terjadi. Begitu maha besarnya kuasa Allah SWT.













{Sesungguhnya keadaan kekuasaannya apabila ia menghendaki adanya sesuatu benda, hanyalah ia berfirman kepada hakikat sesuatu itu: " Jadilah engkau!" maka terus benda itu menjadi.}




Sudah banyak bukti kejadian dipertontonkan kepada kita hamba yang kerdil di muka dunia yang fana ini. 

Seharusnya kita ambil iktibar daripada peristiwa-peristiwa yang amat luar biasa begini . . . dan kita jadikan panduan untuk hidup dengan rasa penuh keinsafan dan kesyukuran .

Aku memulakan penulisan ini dengan nada sedemikian kerana aku sendiri telah melihat banyak kejadian 'aneh' berlaku tanpa diduga. 

Aku dan isteriku Alimah pernah punya pengalaman tersendiri dalam perkara yang pada pemikiran biasa pasti dianggap 'mustahil' boleh berlaku. Biarlah ia berlalu. Allah swt sahaja yang maha mengetahui.

Kalau hendak ditimbang-timbangkan dari segi logik . . . banyak perkara atau kejadian yang 'aneh' atau 'pelik' . . . tidak mungkin boleh terjadi dalam gaya hidup yang semakin serba canggih di muka bumi ini. 

Namun ia tetap berlaku. Mengapa demikian? Jawapannya jelas seperti di atas. Sudah terang lagi bersuluh.

Apapun, aku ingin memaparkan secebis kisah tentang kebesaran kuasa Ilahi. Kisah 'Berpantang Maut Sebelum Ajal.' 

Kisah Lt Muda Basri Omar {kini Lt Kol (B) Hj Basri bin Hj Omar} yang diberitakan terkorban dalam misi membersihkan kawasan sempadan Malaysia-Thailand daripada angkara bahaya jerangkap samar / periuk api akibat kedurjanaan musuh negara.

Peristiwa yang dimaksudkan berlaku pada 25 April 1976.







Keratan Akhbar Utusan Melayu 03 Jun 1976





Basri terkena ledakan jerangkap samar / periuk api ketika bertugas membersihkan jerangkap samar / periuk api daripada kawasan hutan berbukit bukau dan berterowong buatan manusia di sekitar kawasan Gubir di Kedah.

Beliau diberitakan meninggal dunia di hospital Pulau Pinang kerana kehilangan banyak darah akibat terkena jerangkap samar/periuk api yang dipasang pengganas komunis dalam sebuah terowong.


Apabila mendapat berita itu . . . keluarga isteriku (Alimah Md Yasin) di Bukit Sebang, Melaka tentu sahaja berasa amat terkejut dan sugul. 

Maklum . . . Basri adalah kawan karib adik iparku Aziz . . . yang juga seorang pegawai tentera ketika itu . . . {kini Mejar (B) Hj Aziz bin Hj Yasin}.

Lagipun Basri telah mengenali . . . malah amat mesra dengan hampir semua ahli famili Yasin Ahmad dan Maimunah Mahat (bapa dan ibu mertuaku).

Basri yang masih bujang ketika itu juga sudah menjadi kenalan mesra aku.







Keratan Akhbar Berita Harian 02 Jun 1976




Sebaik sahaja menerima berita buruk itu, ibu dan bapa mertuaku pantas mengadakan majlis tahlil arwah untuk Basri pada malamnya di rumah mereka di Bukit Sebang. 

Itulah yang dapat mereka lakukan. Itulah tanda simpati mereka terhadap keluarga Basri yang diselubungi keadaan pilu di utara tanah air pada waktu itu. Itulah tanda kasih sesama insan.

Namun . . . andai belum sampai ketika dikehendaki-NYA . . . sesuatu perkara yang sudah difikirkan pasti pun akan tersilap di mana-mana. 

Rupa-rupanya Basri masih hidup walaupun dengan kecederaan yang amat parah akibat ledakan bom jerangkap samar / periuk api itu.

Alhamdulillah . . . Basri selamat. 

{"Nasib baik Basri hanya cedera parah." Orang kita sering membuat ungkapan positif dalam hal-hal semacam ini. } 


Begitulah . . . sudah menjadi seperti satu norm dalam komuniti kita . . . sudah ditimpa musibah pun masih dikatakan bernasib baik!










Keratan Warta Tentera Malaysia Jun 1976





Tentu ada hikmahnya perkara ini terjadi . . . fikirku.

Mesti ada kebaikannya Allah mahukan Basri terus hidup. 

Dan . . . {over the years bak kata jiran omputih aku yang kadang-kadang terlalu prihatin sampai tahap terover} aku dapat memerhatikan bahawa beliau menjadi tonggak yang mengasaskan kebangkitan dan kemajuan keluarganya dari masa ke masa!

Basri pula ada bercerita tentang Allahyarham ayahandanya Tuan Hj Omar bin Hj Ismail yang pernah berpesan kepada beliau lama dahulu . . . Bunyi pesanannya kira-kira begini:

"Bagilah mengaji anak-anak dengan baik . . ."

Betapa sesuainya pesanan itu walaupun telah diperkatakan lama dahulu!

Maka aku cenderung untuk membuat kesimpulan mudah bahawa ini merupakan salah satu sebab Basri dipanjangkan usia oleh Allah SWT . . . untuk memikul dan melaksanakan amanah menjaga keluarganya dengan sesempurna mungkin . . . pada masa 'muka' dalam kehidupannya. 

Wallahuaklam.









bamuda 
dsuarang.blogspot.com