Thursday, August 8, 2019

Biarkan Biarkan


Assalamualaikum 




Aku Manusia Biasa



Ketika aku masih bekerja dahulu para pegawai bawahan dan bos-bos atasan semuanya mengenali aku dengan singkatan nama AMB. Baik di dalam mesyuarat atau pada waktu kerja biasa mereka amat setia memanggil aku dengan singkatan nama itu.

Kadang-kadang aku sendiri pun secara "senang" menerima panggilan itu tanpa mempersoalkan mengapa mereka tidak "boleh" atau kurang "gemar" menggunakan nama aku yang sebenar . . . Abdul Majid Baharom (memang singkatannya AMB . . .) Setiap kali mereka menyebut namaku mesti singkatan nama itu yang kedengaran. Ada yang sampai memanggil aku Encik AMB. Suka hatilah!





Encik 'AMB'
mengacarakan suatu majlis


Pada suatu hari, selepas suatu mesyuarat mingguan, salah seorang daripada kawanku di dalam Jawatankuasa Pengurusan telah bertanya kepada aku.

" Jid, engkau sedar tak . . . singkatan nama engkau yang mereka gunakan apabila memanggil engkau tu apa maksudnya?"






Biarlah Begitu




Aku dengan selamba menjawab, " Alah . . . singkatan nama salah sebuah bank le tu . . . supaya senang mereka ingat. Nak kata maksudnya 'Aku Masih Bujang' . . . anak dah enam!"

Kawanku ketawa. Kemudian dia berkata dengan nada serius," Biarkan mereka terus memanggil engkau dengan singkatan itu."








Dunia Ku





Aku Manusia Biasa
Abdul Majid Baharom


Tiba-tiba aku berkata kepada diriku," Ya lah, betul kata bapak aku dulu . . . aku manusia biasa . . . kenalah hidup cara biasa . . . aku manusia biasa . . . aku manusia biasa."

Dan, dengan serta merta aku sedari bahawa . . . singkatan AMB itu amat sesuai dipenuhkan supaya bermaksud "Aku Manusia Biasa".


Maka aku pun mendapat inspirasi untuk mencoretkan sesuatu tentang aku sebagai manusia biasa . . . AMB.






Kesederhanaan
dalam mengharungi aliran hidup






Alhamdulillah














Bamuda
dsuarang.blogspot.com
Nuffnang Ads

No comments:

Post a Comment